Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 12, 2014

Sometimes...

Assalamu'alaikum...

Sometimes...


We try to be real nice and friendly to people, but sometimes they take advantage of that - Layne Staley




p/s: Pejam mata + fokus.. Tarik nafas perlahan-lahan.. Tahan 5 saat + istighfar dalam hati.. Lepaskan perlahan-lahan.. Ulang berulang kali.. 

Saturday, October 11, 2014

Sorry..! I'm Closed...

Assalamu'alaikum...

Sorry..! I'm Closed...


Nak berehat sekejap.. 
Letih dok hadap karenah orang kat alam maya ni.. 




p/s: Sementara tu, boleh la godek-godek entry yang terdahulu.. Jika nak baca, silakan.. Jika malas nak godek, abaikan.. Apa yang penting, jika 'terjumpa' entry yang 'berbau busuk', janganlah disebarkan.. Simpan sahaja cerita itu di sini.. Terima kasih..

Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN jika....

Assalamu'alaikum...

Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN jika....


Pandai macam mana sekalipun...
Cantik atau kacak macam mana sekalipun...
Kaya macam mana sekalipun...
Hebat macam mana sekalipun...
Terkenal macam mana sekalipun...
Sopan macam mana sekalipun...
Lemah lembut macam macam mana sekalipun...
Baik macam mana sekalipun...


Jika anda tidak pandai menyimpan rahsia...
Jika anda tidak jujur dalam membuat urusan...
Jika anda suka menipu tanpa alasan...


Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN..!





p/s: Anda itu boleh merangkumi engkau, aku, dia, mereka dan siapa sahaja.. 

Friday, October 10, 2014

Budi..

Assalamu'alaikum...

Budi..


Pisang emas dibawa belayar..
Masak sebiji di atas peti..
Hutang emas boleh dibayar..
Hutang budi dibawa mati..




Pisang ni bukan beli.. Pisang ni dari pokok sendiri tapi benihnya iaitu anak pisang diberi oleh jiran sebelah rumah.. Dah lama abang aku tanam tapi baru ni mengeluarkan hasil.. Cantik buah dia.. Alhamdulillah...


Pokok pisang ni ditanam berhampiran dengan rumah.. Masa dapat benih dia hari tu, aku dah bagitau awal-awal kat abang supaya tanam pisang ni kat atas.. Jangan tanam kat bawah.. Atas tu maksud dia dekat dengan rumah la dan bawah tu dekat tanah reserved jalan jauh di belakang rumah.. 


Aku tak nak kes pisang kena curi berulang lagi.. Kesian mak aku sebab dia selalu tengok pokok pisang yang ditanam.. Dia seronok bila tengok pisang dah berbuah tapi bila pisang kena curi, sedih la hati dia..




p/s: Berbudi pada tanah, insyaAllah, ada hasilnya.. Berbudi dengan jiran, lagi la berganda-ganda hasil yang kita dapat iaitu pahala... Apatah lagi jika berbudi pada masyarakat... 

Hidup dan Kesedaran...

Assalamu'alaikum...

Hidup dan Kesedaran...


Hidupmu ibarat daun..
Segar hijau menumpang ranting..
Siang berpanas, malam berembun..
Warna hijaumu kan berganti kuning..


Hidupmu semusim alam..
Terang gelap bertukar ganti..
Jangan dirimu lemas di daratan..
Haus dahaga di telaga budi..


Haruslah engkau mengerti..
Hidup dengan kenyataan..
Haruslah kau menginsafi..
Sebagai satu kesedaran..


Carilah jalan yang benar..
Jangan hidup diburu dosa..
Jujur dan ikhlas, yakin dan sabar..
Jadi pelita di sepanjang masa..



Suka dengar suara Rina Rahman ni.. 


p/s: Bukan sekadar menghayati lagu tapi hayati juga maksud liriknya..

Thursday, October 9, 2014

Letgo novel..

Assalamu'alaikum...

Letgo novel..


Aku nak letgo lagi novel-novel ni.. Almari buku aku dah penuh.. Dah tak boleh nak isi novel baru beli.. Siapa yang berminat, boleh PM aku kat fb fanpage aku ni.. Harga boleh runding.. Bergantung pada berapa buah yang dibeli.. 


Kondisi buku insyaAllah masih okay.. Malahan ada yang seperti baru.. Cuma ada beberapa buah buku yang terdahulu yang aku sudah tuliskan nama pada muka surat yang ada tajuk novel tu.. Sebab tulis nama adalah supaya orang tak berani nak ambil koleksi novel aku.. Tu je.. Sekarang ni buku yang baru beli aku dah tak tulis nama dah.. 


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Jemari Seni dan JS Adiwarna..


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Penulisan2U dan Karya Seni..


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Kaki Novel dan NB Kara..


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Buku Prima..


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Alaf21..


 Novel-novel dari syarikat penerbitan Alaf21..


Novel-novel dari syarikat penerbitan Fajar Pakeer..


p/s: Sekali lagi, jika berminat nak beli, boleh inbox atau PM aku kat fb fanpage ini..  Yang serius nak beli je ya.. Dan yang jujur.. No backout buyers... Dalam hal bisnes, aku tak suka nak main-main walaupun lingkungan bisnes itu hanyalah sekecil kepala mancis.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)