Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, April 12, 2009

Bibir lambang keperibadian seseorang...

Assalamualaikum....

Moga semua sihat sokmo....

Kali ni aku cuma nak kongsi apa yang aku baca aje....Ianya mengenai BIBIR...Aku cilok 100% apa yang ditulis dalam buku ni....hehe...jangan sampai kena saman dah la ehh....huhu...

Bibir adalah pelengkap wajah seseorang. Dari bibir seseorang itu boleh mencerminkan rasa hati dan perasaan seseorang ketika itu. Tetapi AWAS, ada juga orang yang boleh tersenyum ketika hatinya menjerit pedih (macam aku la..)..

Namun demikian, bentuk bibir seseorang itu dapat melambangkan keperibadian mereka..

BIBIR TEBAL..
___________

Pemilik bibir ini biasanya suka mementingkan diri sendiri, dan apa sahaja yang dilakukan jarang mendapat kejayaan. Bagaimanapun, anda mempunyai fikiran yang terbuka dan sanggup menerima sebarang cabaran...

BIBIR ATAS NIPIS..
_______________

Anda bukan seorang yang tamak dengan kasih sayang, tidak juga seorang yang cemburu. Anda kurang memberi kasih sayang kepada orang yang anda kasihi. Selain dari itu, anda seorang yang tegas dan berani...

BIBIR LIMAU SEULAS..
__________________

Setiap orang akan mudah tertarik kepada anda kerana anda seorang yang mudah mesra dan pemurah. Anda pandai bercakap tetapi kurang bekerja dan anda juga seorang PEMBOROS....

Tu je yang ada dalam buku ni...Kalau korang ada baca kat mana2 pasal BIBIR ni selain dari yang ada kat sini, bolehlah kongsi2 apa yang korang baca tu.. Jangan kedekut ilmu okeyyy.....

KORANG DALAM KATEGORI YANG MANA SATU??...

p/s: akupun tak pasti aku dalam kategori mana.....huahuahua....jumpa lagi...
.

2 Tukang Tembak:

Anonymous said...

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya

Cik Azz said...

macehh ya sudi kongsi dgn saya.....naper tak letak nama ehh...tp sy rasa sy tau sapa yg bg komen ni hehe....
macehh lg sekali....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)