Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 24, 2009

MASAK.....MASAK....MASAK...

Assalamualaikum...


Kali ni nak bagi korang cuba resepi ni pulak. Kalau ada yang suka belajar memasak tu, cuba2 la ehh... Samada sedap atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting cuba dulu. Bila dah 'terror' nanti barulah boleh 'adjust' rasa masakan tu... hehehe..


MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK MY WAY


Bahan-bahan:
5/6 biji telur itik yang segar (jangan masuk angin)
1 1/2 biji kelapa (jadikan 2 mangkuk besar santan)
15 biji cili api (dikisar)
1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 helai pucuk kunyit (basuh dulu>lap bagi kering>hiris halus)
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1) Masukkan santan dalam kuali.


2) Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi.


3) Masukkan asam keping.


4) Nyalakan api dapur. Masak kuah dahulu dengan api yang sederhana besar sambil kacau supaya santan tak bergentil.


5) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya.


6) Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah mendidih seketika.


7) Masukkan pula telur itik yang pertama. Jangan kacau kuah tetapi jiruskan sedikit demi sedikit kuah dengan lembut ke atas telur tu untuk mengelakkan telur dari hancur/pecah.

(Proses ni agak rumit sedikit kerana terpaksa tunggu telur pertama separuh masak, barulah dimasukkan telur yang kedua. Tunggu hingga separuh masak juga, dan begitulah seterusnya untuk telur yang terakhir).


8) Bila semua telur itik dah mula pejal, barulah dimasukkan serai dan hirisan pucuk kunyit. Kacau gulai perlahan-lahan.


9) Tunggu sehingga pucuk kunyit lecur/masak. Kemudian bolehlah tutup api dapur.


p/s: Korang juga boleh masukkkan 7/8 biji belimbing buluh yang dibelah dua untuk menggantikan pucuk kunyit tetapi dengan syarat jangan pulak letak asam keping...takut nanti gulai tu bertambah masam...SELAMAT MENCUBA....!!!

4 Tukang Tembak:

Rose said...

sedapnya masak lemak telur itik ni...aritu makan kat restotan rebung chef ismail...

Cik Azz said...

Rose~> kalau sedap cuba la try masak sendiri...manatau kot2 masakan Rose lagi sedap dr chef ismail tu hehe...

afiq said...

uuiii lamo x makan...

Cik Azz said...

afiq~> ni kalau jumpo mau abeh 3 bijik tolo itik tu gak ehh...sobab dah lamo x makan...hehehe...

macehh singgah umah buruk akak ni ya...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)