Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label RESEPI dan PETUA.... Show all posts
Showing posts with label RESEPI dan PETUA.... Show all posts

Friday, July 14, 2023

Masak udang goreng dengan asparagus.

Assalamu'alaikum.

Masak udang goreng dengan asparagus.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masak asparagus yang aku tanam ni dengan udang. Mudah je masak lauk ni dan rasanya sudah semestinya sedap hingga menjilat jari. 🤤🤤🤤

Cara masak ada dalam video last tu. Cuba la buat. Sedap sangat dengan rasa manis dari udang tu. Walla!!















p/s: Aku masak lauk takde letak gula ya. Muak la kalau laukpun manis. 

.

Thursday, October 2, 2014

Penangan cucur manis.. :D

Assalamu'alaikum...

Penangan cucur manis.. :D


Dalam banyak-banyak entry yang ada kat blog dapo aku, entry pasal cucur manis yang paling tinggi mendapat sambutan.. Tak sangka pulak ramai yang mencari resepi cucur manis ni.. Dah lebih 13 ribu tu.. Kiranya satu pencapaian yang baik untuk blog picisan aku tu.. Apapun, berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi kepada Maiza yang memberi resepi.. 








Harap-harap menjadi la cucur manis yang korang buat.. Resepi apapun, kena rajin try and error la.. Baru boleh dapatkan hasil yang sesuai dengan piawaian selera kita.. 


p/s: Ada masanya aku ni rajin jugak try and error.. Ada ketikanya pulak, bila sekali buat tak menjadi, terus menjunam mood aku.. ahahaha..

Thursday, September 12, 2013

Dah lama tak buat projek ni... hehh..

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat projek ni... hehh..


Lepas raya hari tu, aku memang takde buat kuih apapun.. Makan je serdak kuih raya yang masih berbaki.. Tumpi dengan rempeyek yang keras kedengkung tu pun (tak tau siapa yang bawak balik)aku tibai jugak sampai habis bengkak gusi.. Sayang punya pasal.. Kang kalau tak makan, tengik pulak dia. Dah tak lalu nak makan.. Dah jatuh tahap membazir.. So, layankan jugak la walaupun mulut naik herot petot mengunyah.. haha.. Makan dua tiga hari jugak la menahan bisa bengkak gusi tu.. Amekawww.. hehe..


So, malam tadi akupun buat la projek ni balik semula.. Kali ni bahan dia aku main ejas sendiri je. Takde nak guna resepi macam buat projek yang lepas.. Doh macam biasa, iaitu guna doh karipap tapi bahan dalam tu aku gunakan bahan untuk buat kerepek pagoda.. Kena la try and error.. hehh..


Jom layan gambar berserta penerangan yang aku buat ni.. Ecehhh... :p


Buku resepi kena ada sebagai panduan.. Jangan nak berlagak expert sedangkan pada hakikatnya masih lagi terkial-kial.. hehh..


Dalam ni ada campuran 1 kilo tepung gandum, 1 sudu makan serbuk kari, 2 sudu makan serbuk cili, 2 sudu teh garam halus, 6 sudu makan udang kering + 1 sudu makan jintan manis + 1 sudu makan lada hitam (semua bahan ni dikisar halus). Kacau sebati bagi rata. Gaul guna tangan lagi mudah..


Kemudian masukkan 1 buku butter dan 7 sudu makan minyak masak. Gaulkan hingga jadi seperti serbuk roti..


Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di jari.. Sukatan air suam tu anggaran 1 mug bergantung pada kesesuaian doh.. Pastikan doh tu lembut dan kenyal..



Ni dah siap goreng.. Kuih gunting kali ni lembut sebab guna butter lebih.. Takde la sakit gigi mengunyah..


Sekilo tepung dapat banyak ni je...?


Dah siap.. Oh ya, coklat Hershey's Kisses tu aku kirim kat jiran masa dia pergi rombongan ke Langkawi hari tu.. 


p/s: Dah biasa nak ada kudapan. Bila takde kudapan, mula la rasa semacam je.. Nak tak nak, kena la rajinkan diri masuk dapur menguli.. 

Friday, August 30, 2013

Atasi masalah perut kembung..

Assalamualaikum...

Atasi masalah perut kembung..


Sekali lagi aku kongsikan petua yang aku ambil dari buku koleksi aku.. Daripada petua tu duduk dalam buku tu, cuma aku sorang je yang baca, ada baiknya aku kongsikan kat blog aku ni.. 


Petua kali ini adalah berkenaan dengan masalah perut kembung. Jika kita alah dengan sesuatu makanan, perut kita akan mudah jadi kembung atau dengan lain perkataan, perut dah masuk angin. Bila perut dah kembung, sudah pasti kita rasa tak selesa. Sakit perut kembung ni nampak macam tak serius tapi sekali kena, mau bergulung-gulung badan dibuatnya.. So, jangan nak ambil mudah ya.. Jangan nak pandang remeh..


Petuanya mudah je.. Yang penting kena rajin mencuba.. Jangan malas okay.. hehhh... Bahan yang diperlukan adalah cuma bawang putih dan minyak masak sahaja..


Caranya ialah; ambil dua ulas bawang putih, kemudian tumbuk lumat bawang putih tadi dan lepas tu campurkan dengan tiga sudu makan minyak masak. Kemudian, sapukan dan gosok-gosok bahan tadi pada perut dan belakang badan. Biarkan beberapa minit hingga keluar kentut.. Bila kentut dah keluar, mesti rasa lega dan kembung perutpun hilang.. Lakukan beberapa kali sehingga perut betul-betul selesa dan tidak kembung lagi..


p/s: Biasa tengok bidan mengurut orang bersalin..? Lebih kurang macam ni la petua dia... hehh...

Wednesday, August 28, 2013

Petua cegah keputihan..

Assalamualaikum..

Petua cegah keputihan..



Keputihan adalah sejenis penyakit yang sering melanda kaum wanita. Bila ada keputihan, maknanya akan ada ketidakselesaan..


Kat sini aku kongsikan satu petua untuk mengubati penyakit keputihan yang aku ambil dari sebuah buku koleksi aku. Petuanya mudah je. Bahan yang diperlukan pun mudah dicari. Silap-silap haribulan, ada yang menjadikannya sebagai bunga hiasan sebab tak tau nak menggunakannya.. Bahan utama adalah daun pegaga..


Daun pegaga amat baik untuk mengubati penyakit keputihan dan gatal-gatal di bahagian kemaluan wanita. Caranya ialah:


Gambar koleksi peribadi.. Sebagai hiasan je.. hehh..


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih dan rebuskan dengan air di dalam periuk. Setelah mendidih, angkat periuk tadi dan isikan dengan sedikit garam. Biarkan air tu suam.. Kemudian, ambil air rebusan yang telah suam itu untuk mencuci kemaluan. Lakukan cara ini tiga kali dalam seminggu. Insya-Allah, penyakit keputihan dan gatal-gatal tadi akan hilang..


Jangan pulak sapu air rebusan tu kat muka. Mana la tau kot-kot ada yang silap baca pulak.. Orang kasi petua nak hilangkan keputihan, dia gunakan petua tu untuk putihkan muka.. 


*Jenis garam dan jenis pegaga tidak dinyatakan secara terperinci.. Maknanya, boleh je guna garam kasar ataupun garam halus, pegaga kampung yang daun kecil tu ataupun pegaga berdaun lebar macam yang dalam gambar tu..


p/s: Jika ada yang nak cuba sapu kat muka, boleh je kot.. Sendiri la tanggung akibatnya nanti.. Tapi kalau berjaya dan muka tu putih, bagitau la ya.. Nak buat pulak.. heeeeee.....

Thursday, August 15, 2013

Oh my homemade slurpee/fanta... :D

Assalamualaikum...

Oh my homemade slurpee/fanta... :D


Siapa yang ada join grop masak-masak atau yang berkaitan dengannya, mesti selalu nampak geng grup yang share atau tempekkan resepi untuk buat air fanta sendiri ni.. Kiranya macam homemade fanta la.. Ada yang kata slurpee.. Ada yang kata fanta.. Ikut la mana yang sesuai.. Den tak kisah dohh... ahaha...


Aku dah lama perhatikan tapi setakat tengok gitu-gitu je la.. Masa tu belum ada keinginan nak mencuba.. Entah macam mana, baru sekejap tadi aku teringin pulak nak mencuba padahal aku bukannya peminat minuman bernama fanta tu.. Malahan, rasa air fanta tu sendiri aku tak tau macam mana.. Kiranya kalau homemade fanta aku ni menjadi atau tak menjadi, aku anggap menjadi je la.. hahahaha...


Okay, mari kita tengok bahan yang diperlukan.. Gula pasir takde dalam gambar ya.. Terlupa nak enterframe-kan gula pasir tu.. heeeeeee...


Sukatannya adalah 3 kilo gula pasir, 2 liter air, 300 ml pati sunquick, setengah botol esen pisang brand Star dan setengah botol pewarna hijau.. Aku gunakan botol Peel n Fresh tu untuk sukat air. Senang sebab isian dia memang 2 liter. Jika ikut resepi asal, dorang kata gunakan sunquick oren dalam botol kecil tapi disebabkan sunquick oren tu dah kehabisan masa raya hari tu, maka aku gunakan sahaja sunquick mandarin ni. Hentam saja la, janji sunquick.. haha.. Lepas tu pewarna hijau tu aku cuma gunakan suku botol je sebab dah itu je yang tinggal.. Tu pun kuat jugak kaler hijau dia.. Yang lain-lain tu, aku ikut seperti dalam resepi lah.. ^___^




Mula-mula masakkan gula bersama air hingga gula larut dan mendidih..




Kemudian, masukkan pewarna hijau dan pati sunquick tadi. Kacau lagi dan tunggu hingga mendidih lagi.. Biarkan mendidih agak lama sedikit supaya air tu benar-benar masak dengan sempurna. Pastikan api jangan terlalu besar dan jangan sekali-kali tinggalkan periuk tu begitu sahaja sebab takut nanti air tu membuak. 




Kemudian, tutup api dapur dan curahkan perlahan-lahan esen pisang. Sambil curah, sambil kacau. Maknanya dua-dua tangan kena bekerjasama la ya.. Jangan main curah macam tu je sebab nanti air tu akan membuak-buak. 




Member kat grup dah ada yang terkena dah.. Dia tinggalkan periuk atas dapur untuk buat kerja lain, lepas tu bila masuk je ke dapur, tengok air tu dah melimpah ruah atas lantai.. Dah jadi satu kerja pulak nak mencuci dapur dan lantai dapur tu.. Banyak yang terbuang dari yang masuk dalam botol.. 


Dan inilah hasil homemade fanta aku tu.. Masa ni memang ada keluar buih-buih halus macam air ber-gas tu. Untuk satu mug air macam dalam gambar ni, aku cuma perlukan dua sudu makan pati fanta tu je.. Itu bermakna pati ni sangatlah manis.. Aku tak letak ais sebab kat rumah aku memang takde buat ais ketul.. Harap maklum.. hehe..


Tak boleh minum selalu.. Kalau nak minum jugak, jangan letak banyak sangat pati fanta tu.. Buat yang nipis-nipis je...


Lepas ni tak payah dah beli pati syrup kat kedai.. Buat je sendiri.. Jimat ooo jimat... hehehe.. 


p/s: Bila google je, melampuh keluar pasal air fanta ni.. Macam-macam versi ada.. Pilih je sukatan mana yang kita nak buat..

UPDATE
__________

Tadaaaaaa.....!!!
Ni la hasilnya..
Dapat dua botol pati dan dua botol yang sudah dibancuh...
Slurpeeeee...!!!
Hehe....


Air yang dah siap bancuh dalam botol kecil tu dah aku bagi kat akak sebelah rumah.. Rezeki, apa salahnya dikongsi.. kan... :)

Saturday, August 3, 2013

Fizz Fairuz dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Fizz Fairuz dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Dah lama tak tengok rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ni.. Lagi dekat nak raya, lagi terlupa nak tengok tv.. haha.. Apa-apapun, layankan aje la si Fizz Fairuz ni memasak..




Ohh ya, video ketuk-ketuk ramadhan 2013 ni tak boleh dah nak tengok kat blog aku.. Kalau korang perasan, kat atas video tu dia tulis suruh tengok video tu kat web yang dinyatakan. Benda tu bukan aku yang tulis atau buat tau.. Tu automatik keluar.. Mungkin pihak sana tu dah ubah code dia.. Suka hati dia la kan nak ubah apapun.. Dia yang punya siaran.. Kita ni 'tumpang' promot je.. hehh...


Cuma, sedikit ralat la sebab pada awalnya video tu dah disediakan code dan katanya boleh tempek kat mana-mana.. Namun akhirnya, kena tengok kat website dia la pulak.. Dah la website tu punya la lambat nak loading.. So, hmmmmmmmmmmmmm je laa..


Jadi, aku minta maaf la ya kalau ada yang tak dapat nak tengok video ketuk-ketuk ramadhan 2013 tu kat sini. Semua entry aku yang berkaitan, yang ada video berkaitan jugak, tak boleh nak tengok secara terus kat blog aku ni.. Kena klik link yang automatik keluar kat atas video tu.. Maaf di atas segala kesulitan.. 


Get Embedding Code for your website or blog tapi bila letak kat blog, tak boleh pulak nak tengok.. Padayappa sungguh.. hehh..


ps: Ini merupakan entry terakhir aku berkaitan dengan ketuk-ketuk ramadhan 2013 ni.. Apapun tak boleh.. :p

Monday, July 29, 2013

Ira Syazira dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Ira Syazira dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni Ira Syazira pulak yang jadi tetamu jemputan Sheila Rusly dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ni.. Semenjak ada anak ni, makin cantik pulak si Ira ni.. Anak diapun comel.. Gebuuuuuuuu... Tapi aku tak tau anak dia ni lelaki ke perempuan.. Maklum la, aku tak ikuti sangat perkembangan para artis kita ni.. Kiranya aku ni selalu kena tinggal dek keretapi la.. huhuhu...




Resepi takdo lagi kat page tv1 tu... Entah mana la admin tu pergi.. 


p/s: Entry dah dua tiga hari lepas tapi baru boleh published sebab video takde code... Lemau la dorang ni.. hmmmm....

Friday, July 26, 2013

Yus Waisar dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum..

Yus Waisar dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni pelakon Yus Waisar pulak menjadi tetamu undangan Sheila Rusly dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013. Sebetulnya aku tak tau nama pelakon yang sorang ni tapi aku suka tengok lakonan dia dalam drama Trilogi Cinta terbitan Suhan Movies tu. Itu masa dia mula-mula muncul dalam drama tu la. Nampak baik dan sabar je melayan karenah isteri dia yang garang giler tu.. hehe..




p/s: Resepi tak update lagi kat page TV1 tu... Mungkin dorang sibuk kot.. Tak sempat nak update.. Nanti kalau dah ada resepinya, aku cuba kongsikan kat sini ya.. Lagipun nampak macam sedap je apa yang dorang berdua tu masak. Kecur air liur menengoknya.. Sementelah puasa la pulak, kan... huhuhu...


Wednesday, July 24, 2013

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni tetamu jemputan Sheila Rusly dalam slot Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ialah si pelakon yang putih melepak dan gebu iaitu Zila Bakarin.. Dah ada dua orang anak rupanya si Zila ni.. Baru tau.. hehh..




Resepi yang Zila Bakarin masak ialah Udang Masak Tomato.. 

Bahan-bahannya:

Udang bersaiz besar 8 ekor
Tomato 2 biji di cincang
Bawang besar 2 labu dicincang atau dipotong dadu
Cili merah 5 tangkai
Cili padi merah 15 biji
Serbuk perasa
Garam
Gula


*Cili merah dan cili padi di kisar sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan goreng udang seketika dan toskan. Ketepikan.
2) Tumiskan pula bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bawang, tomato, serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
5) Gaul sehingga semua bahan masak rata.



Manakala Sheila Rusly pulak masak Ketam Gulai Padang..

Bahan-bahannya:

Ketam Bersaiz Besar 3 ekor
Daun limau purut 4 helai
Daun salam 2 helai
Daun kunyit 1 helai
Santan 500 ml
Serai 1 batang dititik
Lengkuas 3 keping
Asam keping 1 keping
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 5 biji
Ketumbar biji 1 sudu kecil
Jintan manis 1/4 sudu teh
Kunyit hidup 1 inci
Buah keras 3 biji
Cili padi 15 biji

*Cili merah,bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup, buah keras dan, jintan manis ketumbar di tumbuk sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan serai.
2) Gaul dan tunggu sehingga bahan nampak kering atau pecah minyak.
3) Masukkan santan, air, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Kacau rata.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan ketam,biarkan sehingga ketam masak..



p/s: Pandai-pandai sendiri la nak faham resepi ni ya.. Aku tak sempat nak edit... hehh...

Friday, July 19, 2013

Heliza Helmi dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Heliza Helmi dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni Ketuk-Ketuk Ramadhan 2013 menampilkan tetamu jemputan yang mempunyai mata yang besar.. Siapa lagi kalau bukan si Heliza Helmi tu.. Besarkan mata dia.. Macam guli je.. Bersinar gitu.. hehe..




Resepi Heliza ialah Kari Ketam Rina.. Tak tau la kenapa pulak ada nama Rina tu.. Apa-apapun, cuba tengok bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam - dipotong dua
3 sudu besar n
atural yogurt 
1 labu b
awang besar 
3 ulas b
awang putih 
3 ulas b
awang merah - dihiris
1 inci h
alia 
4 sudu besar r
empah kari 
6 helai d
aun limau purut 
6 biji c
ili padi 
1 sudu teh s
erbuk lada hitam 
3 kuntum b
unga lawang** 
5 kuntum b
unga cengkih**
3 biji b
uah pelaga** 
2 batang kulit k
ayu manis**

*Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar sekali.


Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan**. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
2) Kacau dan tunggu hingga pecah minyak dan kering sedikit.
3) Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sebati.
4) Masukkan bawang merah, yogurt dan daun limau purut.
5) Perasakan dengan garam secukup rasa.
6) Masukkan ketam. Gaul sehingga masak rata.


Dan ini pula resepi Rendang Nangka Daging yang dimasak oleh Sheila Rusly..

Bahan-bahannya:

1 kilo n
angka muda - direbus empuk
300gm daging batang pinang 
300ml s
antan 
2 sudu besar k
erisik 
3 keping a
sam keping 
3 helai d
aun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut 
5 batang s
erai 
2 inci h
alia 
2 inci l
engkuas 
1 inci k
unyit hidup 
3 labu b
awang besar 
5 ulas b
awang putih 
40 biji c
ili padi
2 batang s
erai - dititik

*Serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih dan cili padi dikisar sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar.
2) Masukkan serai yang dititik dan gaul sehingga pecah minyak dan kering sedikit.
3) Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak empuk.
4) Masukkan daun limau purut, daun kunyit, santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
5) Masukkan nangka yang telah direbus empuk.
6) Masukkan kerisik dan daun kunyit.
7) Gaul sehingga kesemua bahan masak rata.

[sumber resepi]


p/s: Siapa yang suka makan nangka dengan daging, boleh la cuba resepi ni..

Adira AF9 dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...

Assalamualaikum...

Adira AF9 dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...


Siapa yang minat Adira, boleh la cuba masak resepi dia ni..




Resepi Adira untuk episod Ketuk-ketuk Ramadhan kali ni ialah Rendang Sri Bayu..

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam - potong 16
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 batang serai
1 peket kecil cili boh
200 gram serbuk rendang
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
Sedikit kerisik
Garam
Serbuk ayam 

*Kisar bawang putih, bawang merah, lengkuas dan halia


Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2) Kemudian masukkan serai yang dititik,masukkan cili kisar dan gaul sehingga mendidih.
3) Campurkan sedikit air ke dalam serbuk rendang dan curah ke dalam masakan.
4) Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air.
5) Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan bunga kantan yang telah dihiris, kacau rata dan masak sehingga kuah kering.


Dan ini pula resepi Udang Karipuley dari Sheila Rusly...


Bahan-bahan:

1 kilo udang saiz 'L' - buang kulit tapi kulit ekor jangan dibuang
20 tangkai cili kering - dikisar
3 labu bawang besar - dikisar
5 pelepah daun kari
Asam jawa
Kicap manis
Tepung jagung
Lada sulah
Garam

*Udang digaulkan bersama dengan garam, lada sulah dan tepung jagung.


Cara memasak udang:

1) Panaskan minyak dan goreng udang. Angkat dan toskan.

2) Dengan menggunakan minyak lebihan goreng udang tadi, masukkan daun kari, bawang yang dikisar dan cili kisar. Kacau dan biarkan seketika.
3) Masukkan garam secukup rasa, kicap manis dan asam jawa. Kacau sebati.
4) Setelah kesemua bahan sebati, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.

[sumber resepi]


p/s: Resepi yang dorang tulis ni agak lintang-pukang la.. Kena pandai sendiri la nak bagi faham.. huhuhu..

Thursday, July 18, 2013

Bersama Nor Albaniah dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Bersama Nor Albaniah dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni giliran pelakon Nor Albaniah pulak yang menjadi tetamu undangan Sheila Rusly.. Baru aku teringat, Nor Albaniah ni la yang berlakon dalam drama Hujan kat TV3 yang sedang ditayangkan sekarang bermula pukul empat petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Tapi rasanya sekarang ni watak lakonan Nor Albaniah ni dah takde dah kot sebab dah dimatikan.. huhu..




Kali ni aku kongsikan resepi yang dimasak oleh Sheila Rusly sebab itu resepi negeri aku iaitu Negeri Sembilan.. Bila lagi nak promot resepi kebanggaan negeri sendiri, kan... hehe.. Resepi yang Sheila Rusly masak kali ni ialah Sambal Tempoyak Daun Kayu.. Kalau aku, panggil Sambal Daun Kayu je.. Meh kita tengok apa bahan yang diperlukan untuk memasak Sambal Tempoyak Daun Kayu versi Sheila Rusly ni.. 


Bahan-bahannya:

500 gram t
empoyak
400 ml santan
2 ikat  pucuk ubi - dihiris halus 
6 helai daun kunyit - dihiris halus 
6 batang serai - dihiris halus
6 helai daun kaduk - dihiris halus
8 helai daun pucuk labu - dihiris halus
30 biji c
ili padi 
1 inci kunyit hidup 
1 mangkuk p
etai 
20 ekor udang
1 keping a
sam keping 
Air


*Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan kuali dan masuk bahan yang ditumbuk sekali.
2) Masukkan serai, daun kaduk dan daun pucuk labu.
3) Masukkan tempoyak dan sedikit air. Gaul rata.
4) Masukkan petai, santan dan asam keping.
5) Garam gula secukup rasa.
6) Kacau sehingga mendidih.
7) Masukkan udang.
8) Kacau hingga kesemua bahan masak rata.




Okay, kalau nak diikutkan  resepi asli/asal Sambal Tempoyak Daun Kayu/Sambal Daun Kayu ni, takde letak udang. Mula-mula kena masakkan kuah dulu iaitu santan + cili padi + kunyit hidup + tempoyak + serai + garam dalam periuk atau kuali. Asam keping tak letak sebab tempoyak tu dah masam + manis. Airpun tak perlu sebab santan dah ada.. Tak payah nak panaskan periuk atau kuali tu dulu. Redah je masukkan semua bahan tu.


Biarkan kuah tu mendidih dulu. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu untuk mengelakkan santan tu pecah minyak. Bila dah mendidih dan kuah sedikit pekat, barulah masukkan petai dulu. Akhir sekali barulah masukkan segala jenis sayuran yang dah dihiris tadi. Bila dah mendidih dengan jayanya, barulah boleh tutup api dapur tu.. Jangan sampai kering pulak kuah tu.. Ada kuah sikit baru sedap.. Aku tak suka jenis pekat-pekat ni.. 


p/s: Resepi tradisi ni kalau boleh janganlah ditokok-tambah hingga merosakkan keaslian masakan tu sendiri.. Itu pendapat aku la.. Macam kuih bahulu yang ada pelbagai jenis sekarang ni, dah macam makan kek je.. Dah takde rasa seperti kuih bahulu tradisional dah.. Dah la bahulu ni kegemaran aku.. huhuhu..

Wednesday, July 17, 2013

Nasi Serai Udang Sheila Rusly..

Assalamualaikum...

Nasi Serai Udang Sheila Rusly..


Ada satu komen yang bertanyakan tentang resepi Nasi Udang Sheila Rusly dalam program Ketuk-ketuk Ramadhan hari tu. Komen tu datangnya daripada tuanpunya blog ni.. So, aku usahakan cari resepi tu kat page fb TV1..

Terima kasih sudi tinggalkan komen... :)


Dan kat bawah ni resepi Nasi Serai Udang ciptaan Sheila Rusly tu ya..

Bahan-bahannya:

3 pot beras brasmathi
1 sudu besar j
intan kisar 
1 labu b
awang besar 
4 ulas b
awang putih 
2 inci h
alia 
8 batang s
erai 
3 sudu m
ajerin adela 
3 sudu besar s
tok ayam 
1/2 tin s
usu cair 
1/2 kg u
dang 
Bawang goreng secukupnya

* bawang besar, bawang putih dan halia dikisar sekali.


Cara memasak kuah untuk nasi serai udang:

1) Panaskan 3 sudu besar marjerin adela.
2) Tumiskan jintan kasar.
3) Masukkan bahan yang dikisar.
4) Masukkan serai.
5) 3 sudu besar stok ayam.
6) Garam secukup rasa, kemudian masukkan udang.
7) Gaul rata sehingga udang separuh masak.


Cara memasak nasi serai udang:

1) Masukkan beras brasmathi ke dalam periuk nasi.
2) Masukkan susu cair dan air ikut sukatan.
3) Kemudian masukkan kuah serai udang tadi
4) Tunggu sehingga nasi masak.

p/s: Siapa yang rajin mencuba, dipersilakan mencuba ya.. Nasi serai udang ni Sheila Rusly masak masa tetamu jemputannya Memey.. Klik sini untuk tengok video tu..

Tuesday, July 16, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Roy Azman...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Roy Azman...


Edisi Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly bersama Roy Azman ni sangat la kelakarnya.. Suka aku tengok si Roy tu yang asyik gelak je.. Bila tengok orang gelak, secara spontan kitapun ikut gelak, ya tak..? Kalau tak gelak jugak, sila la pergi klinik.. Manatau kot ada mana-mana wayar yang short... hehehe..


Resepi kejap lagi la ya.. Kalau pihak TV1 dah tempek resepi kat page fb dorang, barulah aku tempek kat sini pulak.. 




Okay, resepi dah ada dah kat page TV1.. Resepi Roy Azman untuk hari ni ialah Mee Goreng Udang..

Bahan-bahannya:

1 paket m
ee kuning 
10 ekor u
dang bersaiz besar - dibuang kepala dan kulit
3 batang sawi
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - di
tumbuk 
2 sudu besar/makan kicap manis
2 sudu besar/makan sos tiram
2 sudu besar sos cili
Air
Garam 


Cara-caranya:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.
2) Masukkan kicap manis, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.
3) Masukkan udang, mee kuning dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
4) Masukkan daun sawi. Gaul sehingga kesemua bahan sebati dan masak.

p/s: Seronok tengok orang masak-masak ni..

Monday, July 15, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hazama...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hazama...


Saksikan Hazama memasak ya.. 





Resepi dari Hazama ialah Asam Pedas Daging...

Bahan-bahannya:

500 gm d
aging 
35 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut - disiat-siat
1 kuntum bunga kantan - dipotong ikut suka
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
Garam  

*cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan - dikisar sekali
*1 inci tu anggaran 1/2 daripada panjang ibu jari tangan orang dewasa.. :)

Cara-cara memasaknya:

1) Panaskan minyak dan tumiskan serai.

2) Masukkan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak.

3) Masukkan daging.

4) Masukkan asam jawa dan tambah sedikit air.

5) Masukkan bunga kantan dan daun limau purut.

6) Taburkan lada hitam.

7) Perisakan garam dan gula secukup rasa.


p/s: Kelakar pulak lagu baru Hazama tu.. Patut la Sheila ketawa.. hehe..

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Memey...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Memey...


Hari ni Ketuk-ketuk Ramadhan bersama dengan Memey Suhaiza pulak.. Resepi tak sempat nak cari.. Kejap lagi la letak resepi ni.. Tengok aje la dulu video ni ya... 





Okay, resepi ada dah.. Resepi dari Memey ialah Ketam Lada Bercili..

Bahan-bahannya:

6 ekor ketam - saiz besar  
8 biji lada merah 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 batang serai - di titik 
2 inci halia 
2 biji limau nipis - jadikan jus
3 biji telur  
2 sudu besar/makan sos cili 
2 sudu besar/makan sos tiram  

* lada merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sekali...


Cara-cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.

2) Masukkan 2 batang serai.

3) Tambahkan sedikit air, masukkan sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

4) Gaul dan biarkan sehingga semua bahan kering sedikit. 

5) Masukkan ketam, jus limau nipis dan pecahkan telur.

6) Gaul rata sehingga kesemua bahan masak sebati.


p/s: Hamboiihh... Sheila punya soalan.. huhuhu...

Saturday, July 13, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hafiz Awan Nano...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hafiz Awan Nano...


Suka tengok budak Hafiz ni. Comel je muka dia.. Makin tembam pipi dia.. hehe.. Untuk peminat Hafiz AF yang tak berkesempatan menyaksikan dia memasak, boleh la tengok kat video bawah ni.. Enjoy.. heeee...





Kali ni Hafiz masak Ayam Masak Coke. Dah namanya budak-budak, mesti tak lari daripada minuman bergas tu... huhu.. Apapun, ni dia resepinya..

Bahan-bahannya:

1 botol air coke
1 ekor ayam - dipotong 21 dan buang kulit
1 ketul kiub ayam
2 ketul halia - anggaran sebesar dua ibu jari dewasa
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1-2 keping asam keping
1/2 sudu besar/makan lada hitam - dikisar
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:

1) Kisarkan halia, bawang merah dan bawang putih.

2) Perapkan ayam bersama bahan kisar tadi. Perap selama 20 minit.

3) Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau sebati dan tunggu hingga ayam separuh masak/empuk/lembut.

4) Masukkan kiub ayam dan lada hitam. Kacau rata.

5) Masukkan air coke dan asam keping.

6) Kacau rata dan tunggu hingga kuah mendidih dan ayam benar-benar masak..


p/s: Apa la rasanya ayam berkuahkan air coke ni agaknya ya.. Ada yang berani nak mencuba ke..? Kalau berani, silalah buat... Den macam tak sanggup je nak masak camni.. huhuhu...

Friday, July 12, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Farah Fauzana..

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Farah Fauzana..


Siapa yang terlepas nak tengok aksi Farah Fauzana atau Fafau bersama Sheila Rusly dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan sekejap tadi, boleh la tengok kat video klip kat bawah ni.. 




Resepi yang Fafau masak ialah Sambal Udang Galah Pedas...

Bahan-bahannya:

1 kg udang galah
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - dihiris membulat
10 biji cili padi
20 biji petai
6 sudu besar/makan cili kisar
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan


Cara membuatnya:

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan..

2) Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.

3) Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

4) Setelah semua bahan nampak macam dah pecah minyak, masukkan pula udang galah. Kacau sebati.

5) Akhir sekali, masukkan petai dan hirisan bawang besar.


p/s: Masa terhad, jadi dorang masak semuanya dengan cepat.. Tapi kalau kat rumah, kena la masak betul-betul.. Takut nanti sakit perut pulak makan makanan yang tak berapa masak.. Lagi satu, biasanya petai tu masukkan dulu sebab jika masuk kemudian, nanti petai tu tak empuk..

Wednesday, July 10, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...


Siapa yang terlepas nak tengok rancangan ni tengahari tadi, boleh la cuba tengok kat link bawah ni ya.. Akupun tak sempat tengok tadi.. Leka kat luar siram pokok bunga. Masuk rumah je, tengok dah separuh rancangan dah.. Aku memang suka tengok rancangan ni.. Kelakar dan sempoiiiiii.... hehe...


Klik kat gambar untuk tengok mana-mana rancangan yang disukai..


Tetamu jemputan Sheila Rusly untuk episod pertama hari ni ialah Wilma (alaaa..., yang jadi ibu Firash dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia kat TV3 hari tu.. hehe..)




Resepi yang Wilma masak ialah Ayam Odobor. Macam mana la rupa resepi tu ya. Meh kita tengok bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 18
10 ulas bawang putih - ditumbuk kasar bersama kulitnya sekali
5 helai bay leaves atau daun salam
1 genggam lada hitam - ditumbuk kasar
5 sudu besar/makan cuka makan
3 sudu besar/makan kicap cair
3 sudu besar/makan sos tiram
3 sudu besar/makan kicap pekat
Sedikit garam
Minyak
Sedikit air - ikut keperluan


Cara membuatnya:

1) Perap ayam bersama kicap pekat, kicap cair, sos tiram ,cuka dan lada hitam. Lumurkan pada sebati dan peram selama lebih kurang 10 minit.

2) Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.

3) Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan tunggu hingga air ayam tadi sedikit kering.

4) Masukkan bay leaves/daun salam. Kacau sebati.

5) Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan ayam benar-benar masak..


Dan ini pula resepi Spaghetti Ikan Masin yang dimasak oleh Sheila Rusly..

Bahan-bahannya:

1 paket spaghetti
4 potong ikan jeruk masin - dipotong dadu
Sedikit minyak zaitun
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1/2 sudu makan/besar oregano kering
1/2 sudu makan/besar daun pasley kering
6 keping cendawan hitam
1 ketul kiub ikan bilis
Air secukupnya


Cara-caranya:

1) Panaskan minyak zaiton dan goreng seketika ikan masin. Setelah masak, toskan dan ketepikan..

2) Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan kiub ikan bilis dan cili padi. Kacau rata.

3) Tambahkan sedikit air dan masukkan cendawan.

4) Taburkan oregano dan daun parsley kering.

5) Kemudian masukkan spaghetti. Gaul hingga sebati.

6) Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.

7) Gaul hingga kesemua bahan masak sebati.


[sumber resepi]

p/s: Dalam drama SSID, Wilma tu nampak kecil dan rendah je.. Tapi bila digandingkan dengan Sheila, ehh, nampak tinggi Wilma lagi daripada Sheila tu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)