Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kisah Aku dan Dia..... Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku dan Dia..... Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Patut la berat semacam je!

Assalamu'alaikum.

Patutlah berat semacam je!


Ni kisah petang semalam. Masa tu aku tengah dok ralit siram pokok bunga kat laman depan. Tiba-tiba je getah paip tu tak boleh nak tarik. Dia macam berat je. Dah kenapa pulak ni?


Rupa-rupanya.............. Jeng! Jeng! Jeng! Suspen ni. Silalah tarik nafas panjang-panjang. Haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ooooooo....... Kau punya kerja ya Tot! Patut la tak bergerak getah tu! Cuit-cuitpun tak nak berganjak. Cait!


Tot? Apa tu? Ha, ni la dia si Tot tu. Nama panjang dia Kontot. Nama manja dia, Tot. Cute tak nama dia? Ahahahaha.






Dah kenapa letak nama dia Kontot? Sebab ekor dia kontot. Ahahaha. Kontot ni betina dan manja ya amat. Suka meleser. 


p/s: Sesekali meleser takpe. Kalau selalu meleser, rimas jugak dibuatnya. Heh.

Saturday, January 7, 2012

Dia dah takde dah...

Assalamualaikum...

Dia dah takde dah... 

Aku melihat dia untuk kali yang pertama pada 26 Disember 2011. Aku buat entry pasal dia pada 1 Januari 2011. Pada petang 4 Januari 2012, aku mandikan dia.. Dan pada malam 5 Januari 2011, dia dah takde dah... 

Sebaknya aku tak terkata saat melihat dia berjuang untuk hidup. Merembes-rembes airmata aku keluar. Dah begitu lama aku tak menangis kerana kematian seekor kucing. Sebab itulah aku dah malas nak bela kucing ni. Aku menangis untuk kucing yang aku bela dari kecil dan yang aku sayang je la terutama sekali macam anak angkat aku tu yang takde ibu. Tapi kalau tengok video kucing kena dera atau kena bunuh tu pun boleh buat aku menangis jugak.. Asyik menangis je, takut pulak nanti jadi buta macam dia ni... huhuhu...

Masa aku dok membelai-belai kucing tu, mak aku tetiba je masuk. Cepat-cepat aku tolak bakul kucing tu kat bawah katil. Aku tak nak mak aku nampak aku menangis. Aku tak suka orang tengok aku menangis.. Dan aku tak berapa suka nak tunjukkan kesedihan aku kat depan orang. Selagi aku boleh tahan, aku tahan.. Mungkin sebab tu ada orang kata aku ni takde perasaan. Sebabnya hanya kerana dia tak pernah nampak aku menangis..!!!


Sian dia... huhuhu...


Masa ni dia tengah nazak dah ni. Tercungap-cungap mencari nafas... ;(


Bila dah mula sayang, semuanya menghilang... Selalu sangat macam tu, dari dulu hingga sekarang. Syukur aku masih ada Dia yang sayangkan aku.. 

p/s: Sayang jangan dibuang.. ;)

Sunday, January 1, 2012

A long story of my anak angkat...

Assalamualaikum...

A long story of my anak angkat...

Ini kisah anak angkat aku yang baru. Kesian kat dia. Ditinggalkan dalam keadaan masih kecil dan kelaparan... huhuhu...

Hari tu, sewaktu aku ke rumah jiran untuk memberikan semangkuk gulai siput sedut, aku ternampak la si kecil ini bersama dengan ibunya (mungkin) sedang mengiau-ngiau di depan pintu dapur jiran aku tu. Disebabkan aku takut dia termasuk ke dalam longkang, tambahan pula masa tu hari asyik hujan je, maka akupun naikkan dia ke tembok kaki lima yang tinggi sedikit. Cepat-cepat aku angkat dia sementara menunggu jiran aku tu membuka pintu setelah aku memberi salam.. 

Aku pura-pura tanya, anak kucing siapa ni..? Lantas jiran tadi menjawab, entah la.. Siapa punya kucing entah.. Ada lagi sekor tadi.. Mana entah dia pergi... Iskkk... Dan selepas menghulurkan mangkuk gulai tadi, akupun balik la ke rumah... Namun dalam hati aku berkata jugak, tak lama lagi anak kucing ni mesti dah takde kat rumah dia...




Selang dua hari lepas tu, jiran tadi datang bertandang ke rumah aku. Kebetulan petang tu ada beberapa orang sedang lepak kat depan rumah aku tu.. Sambil borak-borak, dorang makan rambutan dan duku. Dan, anak kucing tadi ada ikut dia sekali. Ahh sudah.. Ni mesti kes nak selamatkan diri dari anak kucing tu.. Aku dah faham sangat dah sikap jiran aku yang tak suka kucing ni..

Disebabkan kereta selalu keluar masuk kat rumah aku tu sebab adik-adik aku balik bercuti, dan anak kucing tadi tersangatlah kecilnya, maka akupun pegang la dia sekejap. Tak lama lepas tu, jiran tadipun dengan selambanya balik la tanpa sedikitpun bertanyakan tentang anak kucing yang ikut dia tadi.. Hmmm.., dah agak dah.. Nampak gayanya terpaksalah aku bela si kecil itu.. 




Petang tu jugak aku terus masukkan anak kucing tadi ke dalam sangkar. Lepas maghrib aku terdengar suara dia mengiau kat luar bilik aku ni. Ni mesti ada orang yang keluarkan dia dari sangkar ni sebab tak tahan nak dengar suara dia yang nyaring tu. 

Akupun ambil balik kucing tu sambil mulut membebel. Siapa yang letak anak kucing ni kat luar..? Orang dah masukkan dalam sangkar, pandai-pandai je letak kat luar.. Takde siapa yang nak mengaku. Tau takut... Akupun belek-belek badan dia sebab dia asyik menangis je. Aku tengok ada dua ekor kerengga dan beberapa ekor semut melekat kat bulu dia. Mungkin semut tu gigit dia masa dia diletakkan di luar rumah tadi. Dan akupun turut sama menangis semasa membersihkan badan dia yang sedang menggigil-gigil tu. Tak tau kenapa, tersentuh sangat hati batu aku ni...




Selang dua hari lepas tu pulak, mak aku bawak balik sekor lagi anak kucing sebaya si kecil tadi. Mungkin adik-beradik dia kot. Bangun pagi tu aku tengok dah ada dua ekor kat dalam sangkar. Tapi keadaan yang sekor tu memang menunggu masa je. Lembik semacam. Aku tanya mak aku, mana dia dapat kucing tu. Mak akupun cakap dia ambil kucing tu kat tiang pagar rumah jiran aku tu. Dia kata kucing tu mengiau-ngiau sambil memeluk tiang tu. Lagi la sayu hati aku.. Tapi, aku tak nangis depan mak aku.. Malu la aku nanti, kan... ;)

Walaupun kucing yang sekor tu memang takde harapan nak hidup, namun aku tetap bagi dia minum susu. Mujurlah adik ipar aku ada bawak lebih syringe. Jadi, dapatlah aku bagi dorang minum susu dengan menggunakan syringe tu. Namun, dua hari lepas tu, kucing yang lemah tadipun mati. Maka tinggallah yang sekor tu dan aku kurung dia kat dalam sangkar sementara nak tunggu dia besar sikit.

Begitulah kisah anak angkat tu. Nama diapun aku tak letak lagi. Dah pening nak cari nama.. ehehh..

p/s: Tak suka kucing tu tak mengapa.. Tapi apa la salahnya bagi dorang makan ataupun minum. Setakat belikan susu tepung tu berapa sangat la harganya. Duit berkepuk bukan boleh bawak masuk kubur... (=,=" )

Tuesday, March 1, 2011

JANGAN TERLALU MUDAH MENILAI ORANG...

Assalamualaikum...

Jangan terlalu mudah menilai orang...

Baik dari sudut apa sekalipun samada dari cara pakaian dia, percakapan, penulisan, pemakanan dan apa aje la yang berkaitan dengan cara hidup mereka. Kadang-kadang pelik bin ajaib jugak dengan sikap sesetengah golongan manusia yang seakan-akan begitu seronok menjalankan penilaian sehingga dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri..

Susah jadinya bila bercerita tentang kebenaran, tentang kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling kita jika apa yang kita ceritakan itu dijadikan bahan untuk menghentam kita balik. Kalau macam tu la persepsi kita, lebih baik cerita yang baik-baik aje agar dapat menutup mulut orang dari bergosip. Bukankah itu hipokrit namanya? Berpura-pura baik namun pada hakikatnya..??

~~~~~~~~~~~

Tiba-tiba teringat kisah lama. Memang dah lama berlalu kisah ni tapi masih lagi aku ingat untuk aku jadikan panduan agar tidak cepat menilai orang lain.

Sewaktu berjalan-jalan di satu shopping kompleks, mata terpandang pada seorang gadis yang berpakaian agak kurang menyenangkan mata. Aku hanya memandang tapi kawan aku dah mula bersuara dan berkata, seksinya baju dia. Aku kata itu uniform kerja dia, terpaksa la dia pakai. Kawan ni cakap lagi, dah la skirt pendek, baju ketat lak tu, macam nak terjojol je 'benda' dia. Dia ketawa dan aku ikut ketawa dengan bebelan dia. Tapi mata aku terus meleret memandang gadis tu. Aku tau gadis tu perasan yang kami berdua sedang memerhatikan gerak-geri dia yang mengusung dulang kecil ke sana sini..

Kemudian, kami terserempak lagi dengan gadis tadi di hadapan tandas bersebelahan ruang solat kat shopping kompleks tu. Kami berdua yang konon-kononnya sopan berpakaian baju kurung serta bertudung ini hanya masuk ke tandas untuk melepaskan hajat dan keluar semula bila dah merasa lega. Namun, gadis yang berpakaian seksi tadi keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam ruang solat tersebut.

Mata kami berpandangan sesama sendiri. Bilik yang berdinding kaca dan dilindungi dengan langsir tebal itu kami jenguk. Mata terpaku bila nampak gadis tadi tu menyarung telekung dan tersenyum memandang ke arah kami. Kalau tadi mukanya dipenuhi dengan mekap, kini mekap tu dah takde dah. Tiba-tiba muka aku terasa panas. Aku malu sendiri..

Aku: Ko tengok. Dia yang pakai baju camtu boleh sembahyang. Kita ni?

Dia: (Gelak). Ha'ah la kak. Buat malu je kita ni, kan kak...

Aku: Tu la. Lain kali jangan cepat sangat nak kutuk orang..

Dia: (Gelak). Akakpun sama jugok. Tadi akak gelakkan dia jugok..

Aku: Akak gelak sebab ko kata tersembul tu. Bukannya gelakkan baju dia..

Dia: (Gelak lagi). Ye la.. Ye laa.. Pasni tak gelakkan orang dah. (Gelak lagi).

Sudahnya kami gelak tak habis-habis. Solatnya tidak jugak. Sia-sia je berbaju kurung dan bertudung...(Bisik dalam hati)

Namun, kejadian ini membuka mata kami. Jika keluar bershopping dan tidak sempat untuk solat di rumah, kami akan solat di ruang solat yang disediakan. Dan terima kasih kepada gadis itu yang telah 'menyedarkan' kami secara tidak sengaja..

Ayat copy paste:
Ketawa merupakan puncak kegembiraan dan keceriaan. Namun begitu, ketawa yang diizinkan tidak berlebihan sebagaimana pepatah:

"Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

Aku kata: Memang seronok ketawakan orang. Namun, adakah kita juga turut merasa seronok jika orang ketawakan kita..?

Sunday, February 13, 2011

R-I-P: PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..

Assalamualaikum....

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...
YANG PATAH AKAN TUMBUH...
YANG HILANG AKAN BERGANTI...

Begitulah lumrah kehidupan...

Sepanjang minggu lepas, berderet-deret kucing aku mati. Daripada yang dah besar bujang trang tang-tang hinggalah kepada yang kecil macam si Neng tu. Aku tak tau apa punca kematian semua kucing-kucing ni tapi yang jelas dorang seperti hilang selera nak makan, macam orang demam. Peliknya, yang mati tu kebanyakkannya adalah kucing jantan. Menurut anak sedara aku, mungkin kucing-kucing tu terkena virus. Virus apa tu, entah la.. Jangan tanya kenapa aku tak bawak dorang pergi klinik...

Boleh dikatakan hampir separuh daripada semua kucing aku tu mati. Yang tinggal semuanya ibu kucing yang sedang bunting waktu tu kecuali Bubu yang mati lepas beranak hari tu. Kini kesemua ibu yang bunting tu sudahpun melahirkan anak masing-masing dan yang terkini adalah si Mimi yang baru je beranak empat tengahari semalam.. Tahniah Mimi... Harap-harap kesemua anak-anak kucing dan ibu masing-masing dipanjangkan umur sebab aku tengok si Tett dengan anaknya dah macam kelelong je.. Sedih aku tengok si Tett... Nangis aku wehh... huhuhu...

Mula-mula si mata biru ni yang mati. Sehari sebelum tu aku tengok dia dah melepek kat atas simen kat luar dapur. Itupun abang aku yang bagitau sebab dia nampak kucing ni dah lain macam je...

Si Comel..

Kemudian keesokannya si Olen dan si Tebes pulak mati. Dorang berdua ni lebih kurang serupa je kaler bulu dorang dan masa sakitpun pada hari yang sama jugak. Yang sadisnya, matipun sama-sama berdua kat bawah longkang kat depan rumah aku...

Ini Olen...

Beberapa hari selepas tu, berturut-turut kucing yang lain mengikuti jejak langkah saudara dorang sampai aku tak ingat siapa yang mati dulu. Dan ada ketikanya, abang aku terpaksa menanam 3 ekor kucing yang mati sekaligus. Mujurlah waktu tu musim hujan dan tanah lembut untuk dicangkul. Kalau tidak, kesian jugak kat abang aku tu...

Akhir sekali yang mati ialah si Neng ni. Masa dia mati, aku takde kat rumah sebab masih lagi berada di Labu. Bila balik je, aku tanyalah abang aku macam mana dengan kucing-kucing yang sakit tu. Dan abang aku cakap semua dah mati kecuali ibu-ibu yang sedang bunting tu...

Kini kat rumah aku dah takde baka kucing jantan. Yang ada ni masih kecil lagi dan sentiasa menjadi buruan si kucing jantan jalanan yang terus bertandang kat rumah ni. Mudah-mudahan para ibu iaitu Gapil, Mimi, Putih, Celet, Popok dan Tett menjaga anak dorang dengan sebaiknya. Aku sekadar bela dan bagi makan je sebab aku tak sampai hati nak buang kucing-kucing ni semua. Kalau dah tiba masanya dorang mati, biarlah mati tu bukan kerana aku buang. Aku bukanlah penyayang sangat kat kucing-kucing ni. Aku cuma kesian je..

Aku kata: Mana ada aku sentap dan marah-marah. Aku hanya berkongsi cerita je. Tolong jangan salah faham ya.. Cuma cara aku meletakkan ayat di ruangan Aku Kata ni kadang-kala agak kasar sedikit dan ada masanya ia kelihatan seakan-akan memberi sindiran sinis. Terpulanglah kepada pemahaman masing-masing untuk menilainya. Ianya adalah untuk peringatan kepada diri aku sendiri, atau mungkin juga untuk orang lain yang mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang aku tuliskan, cuma mereka tak terlahirkan aje perasaan mereka tu... PEACE-NO-WAR..

Sunday, January 30, 2011

AMARAN..!!! JANGAN TENGOK GAMBAR INI..!!

Assalamualaikum....

AMARAN....!!!

Barangsiapa yang tak tahan untuk melihat gambar yang dipaparkan ini, disarankan agar tidak memandangnya sama sekali. Kalau anda ditakdirkan terpengsan, silalah bangun sendiri ya... huhuhu...

http://www.emocutez.com

Ini adalah gambar anak-anak kucing aku yang baru semalam dilahirkan oleh ibu mereka. Aku tak tau masa bila ibu kucing tu beranak. Masa aku tengah menyapu kat beranda, tiba-tiba je aku ternampak kelibat anak-anak kucing ni kat atas lantai. Mula-mula aku ingatkan anak tikus sebab nampak semacam je kulit dorang tu. Lepas tu aku tengok la dekat-dekat.. Tiba-tiba....

Maaakkkkkkkkkkk....!!!
Ooooo......... maaakkkkkkkk....!!!
Mak aku buat tak dengar je.... huwaaaaa...!!!
Maaaakkkkkkkkkkk.....!!!

Menjerit aku memanggil mak aku sebab terkejut giler ni. Mulut akupun dah mula kembang, rasa nak muntah je tengok dua ekor anak kucing tu terbiar kat atas lantai tu. Sekor yang sebelah kiri tu masih hidup lagi manakala yang sekor lagi tu memang dah mati dah.. Aku angkat yang hidup tu dan masukkan ke dalam bakul yang biasa untuk kucing beranak tu.. Menggigil weii tangan aku nak ambil anak kucing ni. Aku ambil pakai tisu dapur tu... huhuhu...


Aku ingatkan dua ekor tu je la. Lepas tu, aku tengok ada sekor lagi kat atas rak kasut ni ha... Apa lagi, menjerit lagi sekali la jawabnya kannn... Yang sekor ni pun dah mati sebab dah kena hurung dengan semut dah. Kesiannya la haiii... Sadis sungguh laaa...


Lepas tu, aku letakkan kedua-dua anak kucing yang dah mati tu kat atas tisu dapur ni. Aku jerit-jerit panggil abang aku sebab kucing yang beranak ni kucing dia (dia yang manjakan sangat kucing ni), tapi abang akupun buat tak dengar je. Sengaja dia masuk kat dalam bilik main-main enpon. Padahal sebelum tu aku tengok dia elok je melepak kat depan tv dengan mak aku.. Cehhh..., dia nak melarikan diri la tu dari mengemop lantai yang berlendir tu...


Aku tangkap ibu kucing yang keletihan tu dan masukkan dia ke dalam bakul ni. Tujuannya supaya dia jilat-jilat badan anak dia tu. Tapi dia boleh buat tak tau je. Malahan, dihempapnya badan anak dia tu. Puas aku tonyoh-tonyoh mulut dia kat badan anak dia tu. Namun usaha aku tu tak berhasil sebab ibu kucing ni memang tak pandai nak buat semua tu. Tambahan pulak ini adalah anak sulung dia. Sama jugak dengan kes si Tett yang berciciran anaknya semasa beranak sulung dulu...


Akhirnya, anak kucing yang tinggal sekor ni pun mati jugak. Dan petang tadi, ibu kucing ni pulak yang mati. Aku suruh abang aku yang uruskan upacara menanam. Aku tak sanggup..!! Mau berjurai-jurai airmata aku keluar nanti walaupun kucing ni bukan kesayangan aku...

Selamat tinggal Bubu dan anak-anaknya.. :(

Aku kata: Masih ada 3 ekor lagi ibu kucing yang sedang menghitung hari untuk beranak termasuklah si Popok. Puas aku jaga si Popok tu, namun akhirnya dia "terbunting" jugak...http://www.emocutez.com huhuhu...

Tuesday, January 4, 2011

JANGAN SALAH TEMBAK weiii....!!!

Assalamualaikum.....


Rasa macam nak belajar menembak la pulak...
Hahaha...
Kadang-kadang macam best je kalau main tembak-tembak ni kan...
Diulangi... Main tembak-tembak... :P

Teringat masa zaman selenga dulu...
Tau tak selenga tu apa...??
Selenga tu singkatan daripada selekeh dan berlengas...
Se daripada perkataan selekeh...
Lenga daripada perkataan lengas...
Maka terciptalah perkataan selenga... hikk3...
Bukan Lenga yang kat Muar tu tau. Kang marah pulak orang Lenga... =D
Pandai-pandai aku je bagi maksud selenga ni... Padahal bukannya taupun... hahaha...


hello kitty with machine gun Pictures, Images and Photos
Kiut tak..?? Ni konon-kononnya aku la ni....
Hahaha... Sila gelak kuat-kuat ya... LOL

Berbalik pada isu menembak tadi tu... hehh... ;))
Dulu main tembak-tembak ni kat tepi sawah...
Opkos la main dengan budak lelaki yang selekeh perasan hensem...
Lagipun bilangan budak lelaki lebih ramai dari budak pompuan...

Kat tepi sawah tu ada satu kubang kerbau yang agak besar...
Punya la busuk bau kubang tu... huhuhu...
Kawasan kubang ni pulak dikelilingi oleh rimbunan pokok buluh...
Sangat sesuai tempat ni untuk berbalas tembakan... ahakkk..!!!

Pastu kat tepi kubang tu ada sebatang pokok yang besar dan rendang...
Ni pokok rendang yang berbuah tau... Bukannya rendang tak berbuah...
Nama buah tu buah cenderai...
Dan nama pokoknya dah tentulah pokok cenderai kannn.... kehkehkeh...
Buah cenderai ni kalau masak berwarna kehitaman dan boleh di makan...
Kecik je buah dia, lebih kurang saiz terung pipit/belimbang tu...
Rindu pulak kat buah ni... Mana nak cari ni ehh... huhuhu...


Buah ni la yang dijadikan peluru untuk menembak...
Kena ambil buah yang muda dan saiz buah tu kena la bersesuaian dengan mulut senapang buluh tu.
Senapang buluh tu pulak kena guna buluh yang kecik la...
Kalau guna buluh besar, baik sumbat kelapa je kat dalam tu... ;))
Pastu kena ada satu batang lagi buluh untuk dijadikan penjolok kepada peluru tu nanti...
Kiranya macam senapang tu punya trigger la...
**Trigger=picu/pemetik...


Mula-mula kitorang akan main tembak-tembak sesama sendiri dulu...
Kau tembak aku.. Aku tembak kau...
Terkedek-kedek la semuanya menyorok ...
Sambil menembak sempat jugak makan buah cenderai yang masak tu...
Sedap pe buah tu... Rugi siapa yang tak pernah merasa...
Bila dah penat menembak, masing-masing mulalah mencari mangsa baru...
Siapa lagi kalau bukan geng-geng kerbau yang malas ni kan...
Asyik berkubang je kerja dorang tu...
"Alaaa... Setakat kena tembak dengan peluru buah cenderai tu apa la sangat. Tak terasa langsung..," kata si kerbau...





Caiiitttt...!!!
Mentang-mentang la kulit dia tebal....
Dalam pada tu, dorang ni jeling-jeling jugak kat kitorang penembak amatur ni...
Haaa... tang jeling ni la masing-masing dok diam je...
Mula la ketar tangan, pandang-memandang sesama sendiri...
Mula la masing-masing berebut-rebut memanjat pokok cenderai tu...
Masing-masing dok cakap aku dulu laa... aku dulu laa...
Taupun takut... hahaha..
Tapi apsal lak nak panjat pokok tu..??
Kerbau mana boleh panjat pokok... kannn...
Lain la kalau harimau bintang... **paleh awokk....
Takut jugak la kalau-kalau tetiba je kerbau tu boleh panjat pokok...
Kiranya ni macam misi menyelamatkan diri laa...
Huhuhu...


∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞

Sebenarnya kan, aku geram sangat dengan sekor kucing jantan sape tah...
Dia panjat masuk ikut tingkat kat dapur rumah aku ni sebab ada satu cermin yang dah pecah dan belum diganti lagi...
Pastu dia melompat turun dan terus jatuh atas kepala paip kat sinki tu...
Agaknya la sebab kepala paip tu patah wehhhh....!!!
Masa mula-mula dengar bunyi tu aku buat tak tau je la...
Pastu aku dengar bunyi air menyembur...
Kelam kabut la aku berlari ke dapur...
Tup-tup aku tengok kucing tu tengah duduk atas cermin tingkap tu, pandang kat muka aku...
Cilakak punya kucing...
Hahahammbekk...!!!
Aku pulak tak dapat la nak balas dendam sebab terpaksa pergi keluar untuk tutup kepala paip kat meter tu..
Kalau ikutkan hati, mahu je aku jotos kepala kucing tu dengan kepala paip yang patah tu..
Yang lebih buat aku geram ialah kepala paip kat sinki tu baru je sebulan ditukar...
Dah la mahal harga dia...
Ada la dalam 55 hengget.. Mahal tak..??
Mahal la tu sebab kena bayar masa membeli....
Lain la kalau dapat free.... =D

machine gun kitty Pictures, Images and Photos
Benggg...!!! Benggg...!!! Bengggg...!!!
Kalau aku dapat, aku masak goreng kicap...!!!


Aku kata: Tembak jangan sembarangan ya.. Salah tembak buruk akibatnya... :-)

Monday, December 20, 2010

BANYAKNYA HARTA KARUN DIA... =)))

Assalamualaikum...


Apsal la ngantuk sangat ni...
Huwaaarrrggghhhhhh....!!!
Asyik menguap je dari tadi...
Mungkin sebab malam tadi aku tak cukup tidur...
Semalaman memotong kain...
Sementara ada mood waktu tu, teruskan aje la buat kerja...

Hari ni pagi-pagi lagi anak sedara aku buat hal...
Dia berak dalam seluar lagi... huhuhu...
Padahal sebelum tu aku baru je lepas mandikan dia...
Kalau ikutkan dia memang tak nak mandi sebab air kolam tu tersangatlah sejuknya...
Tapi aku mandikan jugak, tak nak manjakan sangat budak tu...



Lepas mandi tu, aku ajak la dia sarapan...
Aku dah keluarkan nugget untuk digoreng...
Mak aku pulak dah siap buatkan lempeng gandum...
Rotipun dah sedia atas meja, dengan biskut marie...

Aku bagi seketul roti kat dia...
Dia makan sikit, pastu dia cakap "oti ni tak shedapp la..."
Aku suruh dia makan lagi...
Dia kata "adik nak aget (nugget)"
Okay la kalau camtu... Aku simpan balik roti dia tadi...
Tak lama lepas tu aku tengok dia mencangkung kat atas kerusi tu...
Aku suruh dia duduk balik sebab takut dia terjatuh nanti...
Lantai dapur tu licin, kerusi tu pun licin jugak...
Tapi dia tak nak duduk, terus je menyangkung...

Akupun tengok la... Cakap kat dia kenapa dia tak nak duduk...
Tup-tup aku nampak seluar dia basah...
Ada air kat atas kerusi tu..
"Laaa... Apsal adik kencing atas kusi ni.."
Dia diam je...
Pastu aku suruh dia turun sambil tarik tangan dia...
Dia macam tak nak bergerak...
Akupun mula la nak angkat dia...
Tup-tup aku bau semacam je...

"Waaaaa.... Ya Allah dikkk... Adik beyak ke..?"
Dia diam lagi sambil tangan sebelah menekup bontot...
Mak aku dah mula bising...
"Dah bosapun beghak dalam suar... Eeeiii..., apo la nak jadi dongan kau ni dikk.."
Aku tarik dia supaya turun...
Rupa-rupanya dah banyak "harta karun" yang terkumpul kat dalam seluar dia tu...
Aku pimpin tangan dia, bawak dia pergi bilik mandi kat luar...
Tak jadi masuk situ, bawak pulak dia masuk jamban...
Sampai tercicir-cicir "harta karun" tu kat depan pintu bilik mandi tu...
Huhuhuhu...
Nasib baik bilik mandi tu kat luar...

Aku suruh dia teruskan misi meneran kat situ...
Sambil tu, aku siram dua baldi air kat "harta karun" yang tercicir tadi...
Tak sanggup den nak kutip harta ittewww.... **yuck...
Selesai tugas tu, aku tenguk pulak dia kat dalam jamban tu...
Aku selesaikan seluar dia yang "berharta" tu... **LOL
Sampai nak termuntah aku dibuatnya...
Punya la busyukkkk...
Lagi busyuk dari beyak si Popok... =))

Tergendala misi aku nak goreng nugget...
Mujurlah mak aku tolong gorengkan...
Selesai je semua kerja, aku ajak balik semula budak tu bersarapan...
Dan diapun makan la nugget tu dengan rasa gembira... =D

Aku kata: Eeeiiii... Tak mayuuuu...!!! Beyakk dalam syuarr.... hahaha....

Friday, November 6, 2009

ANDAI KU TAHU

السلام عليكم

اكو توكر سديكيت ليريق دري لاڬو ني

كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ
كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ

كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن
كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن

ده نصيب اورڠ تق سودي

باڽق يڠ اكو كسلكن.
باڽق ايرمات يڠ اكو بذيركن.
باڽق كصبرن يڠ چوبا اكو ڤرتاهنكن.
اكو تيدق كسل اتس ڤوتوسڽ سبواه ايكتن يڠ بلوم ڤستي منجنجيكن كبهاڬيءن.
اكو چوما كسل كران اياڽ سأوله-اوله منجادي بادي دالم هيدوڤ اكو سكارڠ
.


Tuesday, November 3, 2009

BOMOH vs DOKTOR

Assalamualaikum....

Bomoh vs doktor...


Korang pernah jumpa bomoh tak? Percaya tak kat bomoh-bomoh ni? Aku kalau pasal bomoh-bomoh ni kurang sikit nak percaya, tapi aku tak nak la cakap besar, takut gak kot ada kroni-kroni bomoh yang baca blog ni, kang abeh aku kena hembus... Maaf ya pak bomoh, tolong jangan hembus saya ya.. Pelisss... huhuhu....



Aku ada kisah berjumpa dengan bomoh-bomoh ni.. haha.. Itupun terpaksa aku lakukan setelah ubat-ubat klinik tidak menunjukkan tanda untuk aku sembuh. Engkau sakit apa? Apsal aku tak tau ni? Jap laa, ni aku nak bagitau la ni.... haishh..., tak menyompek-nyompek.....



Penghujung 2000 aku diserang satu sakit misteri. Misteri la sebab doktorpun tak dapat nak pastikan sakit apa. Amek darah, check urine tapi result dia bak kata doktor tu..., cantikk!! Jadi, apa masalahnya ehh.. Mana la aku tau..!! Grrrrrrr....



Mula-mula kaki aku membengkak. Aku pergi la klinik. Doktor India tu suruh buat urine test, ikut je la. Pastu, dia tanya aku..."U sekarang ni tengah period ke..., datang bulan.." Terkedu sekejap aku bila orang lelaki tanya soalan camtu. Rasa merah je muka menahan malu. Tapi aku jawab jugak la.."Tak la doktor. Kenapa..?" Pastu doktor tu pun cakap la.. "Kencing U ada darah". Gulppp, rasa macam tak tertelan air liur aku. Takut kalau-kalau ada effect dengan buah pinggang. Doktor tu pun bagi la aku ubat yang sepatutnya dan aku diberi MC seminggu. Huhh.., bosan...!!



Dekat sebulan aku tak baik-baik jugak. Kaki aku makin membengkak terutama sekali kat atas dan bawah tapak kaki. Nak berjalanpun susah, sakit yang teramat sangat sampai kena gunakan tumit padahal tumit tu pun bengkak jugak!! Bila makan je aku muntah. Dalam tiga hari je badan aku susut, perut aku jadi rata macam padang bola, tak payah nak diet-diet bagai.... hahaha...



Kawan aku cadangkan aku jumpa bomoh. Aku terpaksa ikut sebab dah tak daya menahan sakit, tambah pulak duduk rumah sorang-sorang tak pergi kerja, memang la boring tahap cimpenzi. Jadi, malam Jumaat tu akupun ikut la kawan aku ke rumah bomoh itu. Sepanjang atas motor kapcai kawan aku tu, dada aku dupdapdupdap je. Waduhh..., nak jumpa bomoh macam nak jumpa bakal mak mertua lak rasanya... muehehehehe...


Sampai je, aku tengok orang dah ramai. Dah la keadaan rumah tu suram dan gelap sikit. Ishh.., makin seram je aku rasa. Tiba giliran aku, makcik bomoh tu tanya.. "Ada bawak telur ayam kampung tak..?"... "Errr..., takde".. Takut-takut je aku jawab. "Takpe la kalau tak bawak, guna je telur yang makcik punya ni dulu.." Aku angguk je la.., tapi dalam hati makin kuat debarannya. 



Makcik tu suruh aku baring. Akupun ikut je. Lepas tu, dia pun mulalah mengoles dengan menggelekkan sebiji demi sebiji telur ayam kampung tu dekat kawasan perut aku. Haa.., masa ni kan, aku rasa geli sangat.... ekekekeke...


Mulut makcik bomoh ni kumat-kamit baca apapun aku tak tau. Lepas tu dia pecahkan telur ayam tadi kat dalam mangkuk. Dia suruh aku tengok apa yang ada kat dalam telur tu. "Ada nampak tak, tu yang kat dalam telur kuning tu ada darah..?" Akupun tengok la... "Tak nampakpun..?" Bomoh tu cakap lagi.. "Tu haa, takkan awak tak nampak..? Akupun jawab secara jujur.. "Takde, saya tak nampakpun.." Lepas tu, diapun amek sudu dan tunjuk kat tempat yang dia kata ada darah tu dengan batang sudu tadi...



"Ni haa, takkan tak nampak, banyak ni.... Apa la awak ni..?"
Aku dah mula cuak. Buatnya bomoh ni marah, abeh la aku. Dengan suara yang agak perlahan, akupun jawab la. "A'ah, nampak dah." Kali ni jawapan aku betul-betul tak jujur.. Lepas aku cakap camtu, baru la makcik bomoh tu tersenyum. "Haa.., kan makcik dah cakap. Awak je yang buat-buat tak
nampak.."
Cehh..., nak kena ampu jugak ke bomoh ni.... huhu...



Selesai urusan tu, akupun balik la. Tapi bomoh tu suruh aku datang lagi dua malam Jumaat yang seterusnya sebab nak genapkan tiga malam aku berubat. Alahaiiii....!! Ikut aje la bebb, walaupun tak suka. Akupun ikut la apa yang bomoh tu suruh buat. Kena mandi dengan air limau nipis tiga hari berturut-turut selepas waktu Maghrib. Punyo la sojuk den. Dah la badan makin mengecut, kena lak mandi malam-malam ...agagagaga... Gigil bebb...



Kesimpulannya, sakit aku dok camtu jugak la... Makin teruk sehingga aku diserang sesak nafas yang memaksa aku berjumpa bomoh yang kedua, kat tempat lain pulak. Dah la, aku malas dah nak panjang-panjangkan cerita... Pi mai pi mai dok tang tu jugak... hmmm....



p/s:
Tapikan, kat tempat bomoh kedua ni, ada isteri yang jumpa si bomoh semata-mata nak dapatkan balik suami dia yang sedang lupa diri sebab tengah syok giler berkasih-kasihan dengan perempuan lain. Erkkkk.... aku no komen la... ehehh....

Monday, October 19, 2009

SELAMAT...DAH JUMPA...!!!

Assalamualaikum...

Kesian kucing aku ni. Malam kelmarin, masa aku tengah syiok ngadap pc ni, anak buah aku ketuk pintu bilik. Aku lak macam biasa tanya dia, "Ada apa..?" Diapun cakap... "Indok, kucing indok jatuh dalam kolam.." Haaaaaaahhh........!!!


abeh lencun kain2 tu....4 lapis kain aku bungkus Mimi...

Akupun bingkas bangun sambil tanya..."kolam mana, sape yang jatuh tu...?" Diapun jawab... "Mimi, jatuh dalam kolam ikan.." Zassss.... sepantas kilat aku terus je pergi kat kolam ikan tu...


gosok2 leher dia nak bagi dia tenang...huhu...

Aku buka lampu. Aku nampak Mimi tengah berenang2 sambil mengiau. Sian dia, aku tau dia kesejukan... dan juga ketakutan. Dah la baru lepas hujan, konpem air kolam tu sejuk giler....


siyes....masa ni aku rasa gigilan Mimi kuat sangat....

Aku suruh anak buah aku tu cari tangguk supaya senang aku nak cekau Mimi. Sementara tu, aku cari penyapu laman dan kuis2 kat dalam kolam tu. Jenuh jugak la masa ni. Aku terus panggil2 nama Mimi suruh dia panjat batang penyapu tu... Tangguk tak juga sampai2 lagi ni (anak buah aku ni tau ke tak tangguk tu apa....). Waduhh, gawat nih....


dah tenang sikit dah....(lain kali main la panjat2 lagi ya....)

Akhirnya, selepas beberapa minit, Mimi berjaya diselamatkan. Cepat2 aku bungkus badan dia dengan kain buruk. Aku capai je kain apa yang ada kat situ. Mujur masa tu aku pakai seluar panjang. Kalaulah masa tu aku pakai kain batik, memang sah aku bungkus badan Mimi dengan kain tu.. (jangan imejin yang bukan2 ya....). Muahahaha...

----------------------------------------------------------------------------

Aku dah dapat balik subang aku. Memang jatuh kat depan TV tapi abang aku yang jumpa dan simpan. Nasib baik bukan anak buah aku yang kecik2 ni jumpa. Kalau la dorang yang dapat dulu, aku rasa tentu dah masuk celah lubang manatah dorang baling... ekekekeke....

p/s: Terima kasih pada semua yang sama2 beri komen/doa/nasihat masa subang tu hilang. Sayangg korangg..... hikhik.. (disebabkan dah jumpa subang tu, maka gambar tak jadi di upload kan.... hehehe....)

Saturday, August 8, 2009

SERBA SALAH....



Assalamualaikum......

Masih lagi berkisar sewaktu belajar menjahit dulu. Tapi kali ni berkenaan dengan seorang kawan seasrama. Dia ni dari Petaling Jaya. Masih lagi muda kerana dia sedang menunggu keputusan SPM waktu tu. Good looking gak la.... Hmmm....

Aku jarang bercakap dengan dia. Rasa2nya dalam tempoh 6 bulan tu aku cuma tegur dia 4 kali je kot. Mungkin sebab dia berlainan kursus dengan aku dan kami pula hanya berkongsi asrama yang sama. Dan lagi satu, dia ni seolah2 tak suka berkawan dengan orang yang lebih "tua" dari umur dia. Kalau boleh dia hanya nak berkawan dengan rakan sebaya je. Aku tak kisahpun sebab masih ada ramai lagi kat dalam asrama tu yang nak kawan dengan aku walaupun aku dah agak "kertu".... muahahahaha....

Ada satu hari tu, kawan2 yang lain ajak pergi jalan2 kat KL. Dia ikut sekali sebab konon2nya dia orang PJ, so dia tau la area mana dan jalan mana yang nak ikut. Hello... macam la aku ni tak pernah pergi tempat tu. Tapi takpe la, demi kerana kawan2 yang lain, aku ikut je rentak dia... hahahaha...

Akhirnya, semua merungut sebab dia ikut jalan yang agak jauh padahal punya la banyak jalan pintas nak ke tempat tu. Bukannya nak pergi manapun....cuma ronda2 kat sekitar Dataran Merdeka je, tu pun berpusing2 dia nak cari jalan... wakakakaka. Tu la, lain kali jangan la berlagak sangat. Tak pasal2 semua serik nak ikut dia lagi.... ekekekeke...

Satu je yang aku pelik dengan dia ni. Dia selalu pasang kaset Britney Spears atau Christina Aquelira dengan kuat betul2 masa azan maghrib tengah berkumandang kat radio. Masa tu orang sibuk nak solat, masa tu la dia sibuk dok nyanyi2 lagu2 tu. Pastu bila kitorang semua pandang2 dia, boleh lak dia senyum2 je. Ingat sedap sangat ke suara dia tu agaknya.

Selagi takde siapa yang suruh dia perlahankan suara kaset dia tu, selagi tu la dia memekak. Bayangkan, kat sebelah katil yang ni ada orang tengah solat... dan selang 1 buah katil lagi ada "setan" tengah sibuk bertendang. Susah betul tinggal bersama dengan "orang bandar" ni.... Aduhaiii......

p/s: Bila ditegur dia marah sambil cebik2 bibir. Kalau diamkan je makin menjadi2 pulak. Ditegur salah.... tak tegur salah.... jadi semua serba salah. (Aku juga banyak kekurangan, so tegurlah aku jika korang benar2 sayang kat aku..... sobbbsss.....)
.

Thursday, July 23, 2009

MALU TAK BERTEMPAT...

Assalamualaikum.....


Rombongan ke Air Papan, Mersing...

rindunya dengan pantai Air Papan ni.....(pic google je...)

Aku suka pergi pantai ni. Rasanya dah 5 kali kot aku pergi. 3 kali ikut rombongan syarikat dan 2 kali pergi dengan kawan2. Kali terakhir aku pergi ialah sebelum aku berhenti kerja dulu. Dah lama tu.... huhuhu. Terasa rindu lak nak pergi sana balik semula, tapi rasanya dah tak boleh dah nak melahu
sana sini.


Semenjak aku berhenti kerja, aku dah tak pernah jejak kaki lagi dah kat bumi Johor. Dah rasa terikat lak bila duduk kat rumah ni. Padahal, baru2 ni ada je rombongan ke Johor sempena sambutan Hari Peneroka kat Labis, tapi aku macam dah takde nafsu nak ikut geng2 makcik ni pergi rombongan. Sebab kalau aku ikut nanti, konpem aku termasuk sekali dalam kategori makcik2 yang dah beranakpinak dan bercucu tu, padahal aku solo lagi pe... wakakakaka siyot je statement
aku ni kan...


Ehhh.... terbabas lak. Sambung balik kisah kat Air Papan ni.... hehehe. Aku dengan seorang kawan pergi la belajar berenang kat tepi laut tu. Entah macam mana, aku rasa kaki aku makin lama makin tak jejak pasir dalam air tu. Akupun mula la naik gelabah. Dah la aku tak pakai pelampung, berenang lagi la tak pandai. Aduhhh, air dah mula masuk dalam hidung, masuk mulut lagi la banyak. Kawan aku dah lepas tempat lain dah. Camner ni.... huwaaaa......


Bersebelahan dengan aku, ada satu kumpulan anak2 murid dengan seorang cikgu dorang. Budak2 tu pakai pelampung. Aku rasa nak sauk je pelampung dorang, tapi segan la pulak. Pastu cikgu dorang mungkin perasan yang aku tengah gelabah kot. Cikgu lelaki yang hensem dan seksi tu (sebab rambut dan badan dia basah okay...) pun tanpa segan mula tanya aku..."Pandai berenang ke tak ni...?"...Dan aku dengan muka eksen (sebab aku fikir dia nak ngorat aku...) buat tak tau je dengan pertanyaan cikgu tu. Pastu aku tengok cikgu tu senyum2 je pandang aku. Dia cakap lagi..."Baik2... kang lemas kang...."...Waduhhh....macam nak gugur jantung aku dengar suara cikgu tu....Aku senyum sinis je, maklum la kan, hati tengah kecut fikir camne nak bagi jejak kaki kat pasir tu. Dalam aku terkial2 tu, kawan akupun datang dengan sebiji pelampung. Fuhhhh....leganya la aku. Cepat2 aku tarik dan
pegang kuat2 pelampung tu. Kawan akupun tanya kenapa muka aku macam cemas je. Akupun cakap la yang aku nyaris lemas. Lepas tu kitorang berdua terus je naik kat pantai, dah tak masuk2 laut dah.


Bila aku cerita pasal cikgu tu kat kawan aku, diapun marah aku sebab sombong tak bertempat. Aku
sebenarnya bukan sombong la ngokk. Aku malu la sebab aku tengah basah lencun. Geli la kalau orang tengok aku tengah basah2 ni.... huahuahua....



p/s: Inilah kali terakhir aku pergi pantai. Selepas kejadian tu, aku macam fobia dengan laut. Sekarang ni kalau nampak air sungai yang melimpah ruah pun badan aku dah rasa menggigil semacam je.... Tapi, aku sukakan keindahan pantai dan laut.....


Di tepi pantai yang indah.....ku duduk seorang diri... suasana... sepi..... Ceewahhhhh...

Wednesday, July 15, 2009

KASUT vs KUSUT...

Assalamualaikum....

KASUT vs KUSUT...


Ini kisah yang berlaku sewaktu aku bekerja kat Johor dulu. Hari tu hari Jumaat. Seperti biasa, hari Jumaat aku pakai baju kurung. Sebenarnya tiap-tiap hari aku pakai baju kurung. Kalau kena kerja hari Sabtu atau Ahad, baru la aku pakai t-shirt dan slack je.... muehehehehe...


Hari tu aku kena 'stayback' bersama line leader aku. Aku benci sungguh kalau kena 'stayback-stayback' ni... huhuhu... Dah la kena stay, tak berbayar lak tu. Kalau setakat 10 minit takpe la jugak, ni makan masa sampai dekat sejam. Eeeiii....gerammm.... Aku cepat-cepat setelkan apa yang MD suruh. MD tu Manager of Department.. Sambil-sambil tu aku dengan line leader aku tak henti-henti membebel... ekekekeke.. Biasa la, nak lepaskan geram, bebel je la penawarnya..., hikk hikk hikk...


Lebih kurang sejam lepas tu, akupun mula la beransur balik. Aku balik sorang sebab line leader aku tinggal kat taman lain. Aku jalan kaki je sebab jarak hostel dengan kilang cuma 10 minit. Akupun mula la berjalan perlahan-lahan sebab badanpun dah lesu je rasanya. Entah di mana silapnya, tiba-tiba je aku jatuh terjelepuk. Aku betul-betul jatuh terduduk kat dalam longkang yang hanya beberapa meter sahaja dari lampu trafik. Punya la sakit ponggong aku terhenyak kat gigi longkang tu....uhukkk.. Aku segera berusaha untuk bangun sebelum lampu bertukar jadi hijau. Dari jauh aku dapat tengok orang yang tengah berhenti kerana lampu merah tu memandang ke arah aku. Sobbs..


Aku berjaya bangun sebelum lampu bertukar warna. Tapi baru je aku nak mula berdiri, aku jatuh balik semula.. Terduduk dalam longkang yang sama. Sakitnya la kaki aku terpeleot. Uhukk... Aku usaha lagi untuk terus bangun. Yesss, kali ni aku berjaya. Tak lama lepas tu, kenderaan dari sebelah sanapun mula bergerak. Fuhhh...!!! Nasib baik la masa tu aku dah mula berjalan. Sampai je kat hostel, kawan aku yang tengah sidai baju terus tanya kat aku...


Kawan: Baru balik wakk....

Aku: Hmmm...(senyum-senyum kelat). Saya jatuh wakk...

Kawan: Haaahhhh....!!! Jatuh kat mana..??

Aku: Kat tepi jalan la...., terduduk masuk longkang...

Kawan: Laaa...., siannya awak. Penat sangat la tu. Pergi la mandi, bilik air takde orang tu....

Aku: Takde orang ke...? (aku cepat-cepat masuk dalam rumah sambil campak kasut tu masuk ke dalam tong sampah)

Kawan: Apsal lak buang kasut tu...?

Aku: Sebab dia la saya jatuh tadi....

Kawan: Pulakkkk...(senyum-senyum kambing je...)


p/s: Lepas solat maghrib, aku keluar dan ambil balik kasut kat dalam tong sampah tu.... wakakakakakaka... sayang bebbb. Kasut tu masih boleh pakai lagi.... Bukan salah kasut tu pun...

Thursday, June 25, 2009

KESIAN DIA....

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, aku sering teringat pada seorang kawan yang sama2 bekerja kat Johor dulu. Dan 2 malam yang lepas, tak semena2 aku menangis terkenangkan dia. Apakah nasib dia sekarang. Apakah dia masih lagi menjadi mangsa penampar suaminya? Adakah dia bahagia dengan hidupnya, dengan suami pilihannya, dengan anak2nya yang masih kecil itu. Dan yang menjadi persoalan aku sekarang ni, adakah dia masih lagi memegang status seorang isteri ataupun sebaliknya. Andaikata dia telah ditinggalkan, aku tumpang bahagia. Aku dapat merasakan bahawa kawan2 yang lain turut gembira jika dia berpisah.

Apalah ertinya sebuah kehidupan alam rumahtangga jika dia sering menjadi mangsa penampar sang suami, sedangkan dia seorang wanita yang sangat tulus dan jujur. Namun sayang, akibat dari kejujuran serta ketulusannya itulah, dia sering menjadi mangsa suami yang cemburu buta serta panas baran.

Dia...gadis dari Pantai Timur, datang mencari rezeki di negeri orang. Aku akui dia memang cantik, dengan kulitnya yang putih kemerahan tanpa sebarang parutpun yang kelihatan. Dia seorang anak yang baik, tidak pernah lupa untuk menghantar wang saku untuk keluarga di kampung. Bayangkan, ayahnya hanyalah penoreh getah, dengan bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang. Mana mungkin ayahnya mampu untuk menyediakan semua keperluan tanpa sedikit sumbangan dari anak2 yang sudah bekerja.

Ramai yang minat dan jatuh hati dengan kawan aku ni. Tapi entahlah, mungkin sudah jodoh dia, ditakdirkan berkenalan dengan sang pembengis. Dari awal lagi kami sebagai kawan sering menasihati. Pilihlah lelaki yang lain kerana dia punya kuasa untuk memilih. Namun dia tetap dengan pilihannya itu... Dan apalah daya kami untuk menghalang...

Masa berkawan lagi dia sudah kena tumbuk di mata. Aku sedih sangat tengok dia masa tu. Dia cuba sembunyikan tanda lebam tu dengan memakai cermin mata, padahal dia bukannya rabun! Punca kena tumbuk sikit je, dia hanya terlambat 5 minit untuk turun ke bawah berjumpa boyfriend dia tu. Hanya 5 minit...!!!

Aku ingatkan selepas bertunang keadaan akan menjadi lebih baik namun semua itu hanyalah sementara. Dia ditumbuk lagi, tempat yang sama, di mata. Kali ni lebamnya agak ketara sampai supervisor tanya aku kenapa dengan mata dia. Aku nak jawab apa?? Akupun orang lain yang bagitau sebab dia malu nak pandang muka aku. Masa ni kami dah tinggal berasingan kerana syarikat nak jimatkan kos asrama, jadi kami terpaksa berpecah untuk mengisi mana2 asrama yang kosong. Aku memang tak tau cerita pasal ni sehinggalah aku tengok dari jauh muka dia, tengok keadaan diri dia yang semakin kurus. Dan aku curi2 pandang muka dia yang semakin layu dan cengkung, kerana dia memakai tudung yang sengaja di tarik ke depan untuk menutupi kesan lebam kat mata dia tu...

Kini, kami benar2 terpisah jauh. Aku sudahpun berhenti. Dan dia masih lagi bekerja waktu itu.Aku cuma mampu untuk meminta maaf sebelum pergi. Tak sanggup lagi aku nak cakap banyak2 dengan dia.Apatah lagi waktu tu dia dalam keadaan sarat mengandung.

Masa bercinta, si lelaki sanggup tunggu betul2
kat depan pintu pagar, tapi bila dah sarat macam tu, takde lak dia tunggu kat situ. Sebaliknya si suami tunggu kat seberang jalan. Terpaksalah kawan aku naik jejantas, berjalan dengan laju untuk cepat sampai kat suami. Dia sememangnya sudah sedia maklum, lambat bermakna penampar...!!

Aku terpaksa berhenti di sini dulu kerana airmata aku sudah mula mengalir kembali. Sebagai kawan, aku doakan agar dia bahagia walau di manapun dia berada. Dan yang pasti, aku amat merindukan dia yang dahulu...ceria sepanjang waktu...

Tapi kini.......

p/s: Bagaimana aku nak tolong dia sedangkan kami benar2 sudah terputus hubungan...Selamatkanlah dia ya ALLAH...
.

Monday, June 22, 2009

YANG AKU RINDU.........

Assalamualaikum.....

Sambungan dari kisah semalam....
Inilah WAJAH yang aku RINDU sangat2 tu.....
HARUM dan WANGI je bau dia...

Itulah dia BUAH KUININ.....



Wakakakakaka.......
Korang jangan la marah aku ehh....
Larikkkkkkkkkkkkk....huahuahua....


p/s: Gambar ni bukan dari koleksi aku, tapi aku ambil dari blog sapa tahh... Maaf ehh hehehe...

Saturday, June 20, 2009

HANTU...........

Assalamualaikum......

Kali ni nak kongsi citer pasal hantu lak...hihihihihi...takut tak? Zaman kecik2 dulu aku sering dimomokkan dengan citer2 hantu ni. Asal degil sikit je... mak akan cakap "Haa, degil la... kang ambik dek antu baru tau..." So, aku percaya je la.. kalau mak kata jangan buat, memang aku tak akan buat punya la.. takut hantu punya pasal...

Ada 2 kejadian yang berlaku masa aku kecik2 dulu, yang aku ingat sampai sekarang. Kejadian yang pertama tu, aku tak pasti samada ianya mimpi ataupun realiti, tapi aku memang takut bila ingat2 balik. Manakala kejadian yang kedua tu memang benar2 berlaku di depan mata aku.....

Peristiwa pertama...(mimpi atau realiti...???)

Aku dengan kawan2 selalu pergi bermain2 dekat satu tempat lapang dalam kebun getah mak aku. Sebelum sampai ke kebun getah tu, kitorang kena lalu tanah perkuburan sebab tu je lorong yang ada. Main punya main, tak sedar hari dah mula gelap. Lepas tu mula la masing2 kelam kabut lari balik ke rumah. Mana yang jalan kaki tu kena la pecut lelaju sebab nanti kena tinggal dengan kawan2 yang naik basikal.

Aku naik basikal dengan kawan aku. Bila je melepasi tanah perkuburan tu, tetiba je ada satu benda jatuh bergolek betul2 depan tayar basikal yang kawan aku bawak. Nasib baik dia sempat ngelak. Kawan aku tu memecut punya la laju. Dalam pada tu aku sempat lagi menoleh ke belakang dan nampak benda yang bergolek tu bercahaya macam ada api kat dalamnya.. dan nampak asap putih naik ke atas.. huwaaaaaaaa....

Sampai je kat rumah badan aku terus menggigil2, sampai tak boleh bercakap. Mak aku dah dapat agak dah.. terus mak aku mandikan aku. Pastu aku tak ingat apa2 dah. Tidooo. Esoknya mak aku cakap benda yang aku jumpa tu mungkin hantu bungkus... Tidakkkkkk.....

Peristiwa kedua (realiti...)

Kitorang ramai2 dengan family, dengan kawan2 pergi tengok wayang terbuka kat padang sekolah. Dalam seronok2 tengok wayang tu (lupa citer apa), tetiba je ada satu benda bergerak laju melintasi padang tersebut. Kitorang ramai2 tengok je benda tu lalu. Dalam pada tu, ada yang berbisik bagitau..."Tu polong tu..." Meremang sehhh bulu roma aku. Benda tu bercahaya. nampak macam ada api yang terjuntai2 kat hujung dia. Ada gak yang cakap tu hantu penanggal.

Entah la, yang mana satu betul aku tak pasti. Yang aku pasti aku dengan kawan2 semua dah mula berpeluk2 ketakutan. Masa benda tu lalu, semua orang termasuk suara cerita kat skrin tu terdiam sekejap. Ajaibkannnnnnn... Dan padang pada masa tu terang seketika.... hahahaha....

Lepas tu benda tu pun hilang... dan ada bau yang kurang enak yang dia tinggalkan. Akibat kejadian tu, aku dengan kawan2 jadi serik nak tengok wayang kat padang sekolah lagi...

p/s: Amacam dengan korang ?? Pernah jumpa hantu tak ?? Ataupun korang memang dah jadi HANTU... hihihihi.....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)