Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 27, 2010

MENGINTAI DARI KAMAR TIDUR....hihihi...

Assalamualaikum...

Ekekekeke, best kan kalau dapat ngintai orang ni. Apatah lagi kalau mengintai kapel yang tengah syiok memadu kasih sampai tak hengat donia. Sesekali ngintai takpe la kot.... Tapi kalau dah berkali2 buat kerja tu, baik join je dengan kapel tu. Cakap je kat dorang, aku nak join leh tak.... muahahaha, harus kena pelangkong.....

Sebenarnya dari semalam lagi kapel ni buat kerja kat bawah pokok rambutan rumah aku ni. Semalam kat pokok rambutan tepi bilik air tu. Yang ni, aku tak dapat nak skodeng sangat sebab takde tempat nak berlindung. Ceewahhh.... Giler punya penyekodeng...!!! Dulik la. Siapa suruh buat kerja kat kawasan rumah aku... huahuahua....

Hari ni dapat la aku skodeng dorang. Pagi ni boleh pulak dorang buat kerja kat bawah pokok rambutan sebelah bilik tidur aku..!! Ni siapa yang ngintai siapa ni..?? Hahaha.... tak tau...!!! Elehh, dorang kat luar tu mana boleh nampak aku yang kat dalam bilik ni. Aku je yang nampak dorang kat luar tu sebab tingkap bilik aku tu bercermin gelap dan bertutup rapat.... hohoho...

Aku sebenarnya tengah menyapu bilik waktu tu. Bila terdengar je suara2 gurau senda kat luar, teringin gak nak tau. Apakah..? Ya betul sangkaan aku. Niat dihati nak rakam guna kamera enpon, tapi takut la pulak. Kalau aku kena saman nanti camner? Pastu mula la fikir nak tangkap je gambar kapel tu. Tapi takut jugak kot2 dorang perasan. Kang tak pasal2 dorang tunggu aku kat simpang empat jalan nak ke kedai tu. Sudahnya, aku tengok je la tanpa bukti yang kukuh... huhuhu...

Sampai tengahari tau dorang buat kerja tu tanpa menghiraukan bahang panas matahari. Sungguh setia rupanya orang yang tengah masyuk bercinta ni ehh. Patutlah sampai ada yang buat pepatah bahawa cinta itu buta. Jika benar cinta itu buta.... butakah mataku... Itu lagu Ameng Spring laa... apa daaa.... Mana aku tau, aku bukan pernah bercinta... Wekkk.....!!

Akupun dah tak tahan dah ni dok tengok gelagat dorang berdua. Naik gerampun ada gak ni. Haisshhh... siapa yang nak pegang aku ni. Aku nak melompat dah ni. Nak lompat betul2 kat depan dorang, biar dorang terkedu seketika... hahaha... hambekkk.....

Tiba2 aku terdengar si lelaki tu bersuara. Jeng....jeng...jeng...:
I
I
I
I
V

~> Kak, pokok ni nak cantas aje ke....atau nak bagi potong habis...???

Wakakakakaka..... Padan muka korang...!! Korang ingat aku ni spesis penyekodeng tegar ke haper haaa..?? Hohh....!!!

Yang sebetulnya, kapel tu adalah pasangan suami-isteri yang masih muda dan mempunyai sepasang anak yang masih kecil. Dorang berdua tu datang rumah aku untuk menebang pokok2 rambutan yang dah besar ni haa. Aku respek la dengan skill dorang menebang pokok ni. Kemas dan teratur je. Dan aku jugak respek kat dorang sebab dalam panas2 bekerjapun masih boleh bergurau senda. Usik mengusik je kerjanya. Tu yang aku ralit je nengok dari tadi tu.... ekekekeke... (curi2 amek tips bebb...hikk3..)

Apsal kalau kat dalam drama kita selalu sangat dipamerkan pasangan suami isteri bergaduh ehh.. Padahal kerja kat dalam opis tu..!! Siap ada ekon bagai.... Tak kan la tak sejuk2 hati tu kan, sebagaimana sejuknya pendingin hawa (ke hawa pendingin ehh....lupa lak..) yang diimport dari luar negara... ahakk...

p/s: Bagaimana dengan korang?? Adakah masih panas hati dengan seseorang?? Nasihat aku la kan... Kalau dah selalu sangat PANAS, cuba2 la tukar cari yang SEJUK pulak. Tapi... lagi la teramat molek jika dapat yang SUAM-SUAM... Kalau PANAS sangat, takut pulak melepuh. Kalau SEJUK sangat, bimbang pulak membeku. Untuk mereka yang masih berkapel dan belum menjadi suami-isteri tu, fikir2kan la yaa. Kalau yang sudah jadi suami-isteri tu, pandai2 la kemudi kapal. Aku doakan korang bahagia selamanya. Amin...
.

6 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

wah mmg xmenahan den bca pd mulanya... alih2 couple yg sah ikatannya.. :))

apa pun kak, dlm tb 2 hnya rekaan aje.. kalo xwat mcm 2 mna nak dpt duit... ;p

Maiyah said...

haha.. buat suspen je

Acik Erna said...

pandai azz..buat cerita..bolih buek novel ni..novel seram pun jadik...novel cintan cinton laaaaaaaaggggggggggggiiiiiiiiiiiii pandai...o.k akak tunggu novel seterusnya...

Cik Azz said...

LP Lum~> wassalam Linda....hahaha...terkena jugak ekk...hehe...

*Drama dlm tb tu mmg la rekaan, tp tak mustahil ada jugak yang diadaptasi dari kisah sebenar....

Cik Azz said...

Maiyah~> sesekali buat saspen pe salahnya kannn...hehe..

Cik Azz said...

Kak Erna~> hikk3...manade pandai kak... Baru nak belajar menulis je ni...Macehh la ya atas pujian tu....hahaha....

*Takde pengalaman la nak buat novel cintan cinton ni.... Kalau ada pengalaman, baru la ada "feel" nak menggayakan ayat....huhuhu...

Buat cerita kanak2 je la.....kisah kucing debab mengejar tikus mondok....hohoho...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)