Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, June 6, 2010

APO NAK DIKATO....

Assalamualaikum...

Petang Jumaat hari tu aku balik ke Nilai lagi. Kalau ikutkan hati, aku malas nak balik sebab baru je bulan lepas dah balik. Tapi, disebabkan mak aku beria-ia sangat nak menghadiri majlis per- kahwinan cucu-cucu arwah kawan karib dia, maka aku terpaksalah ikut. Tinggallah kucing-kucing aku kat rumah di bawah jagaan abang aku.. Rindu kat dorang.... huhuhu...

Hari Sabtu kitorangpun bertolak dari Nilai ke Rembau. Konvoi tiga buah kereta. Aku sepatutnya naik kereta anak buah aku, tapi dia lambat sikit sebab pergi bengkel dulu. Maka kitorangpun naik la kereta Abang Long aku yang kebetulan hanya dia seorang je yang balik. Sebenarnya ada dua kenduri kat kampung ni. Kitorang pergi kenduri rumah sedara sebelah arwah abah dulu, lepas tu baru balik kampung mak pulak.

Aku ambil gambar dari luar pagar je.. Malas nak masuk kat dalam kawasan rumah pusaka ni... Tanggo pun dah takdo.. huhuhu... Sodihhh dennn....

Mak aku punya la seronok dapat jumpa kawan-kawan lama dia dan sedara-mara yang datang sama ke majlis tu. Aku pulak dapat gak jumpa kawan-kawan sekelas masa zaman Sumiha dulu. Ada dua orang kawan yang aku jumpa. Yang sorang lagi tak sempat nak jumpa sebab dia dah balik dulu... Dalam pada tu, sempat la jugak aku ambil gambar rumah pusaka mak aku yang kian menyembah bumi. Sedihnya laa haiii... Mak aku jangan cakap la kann... Dia lagi la sedih sebab itu la satu-satunya rumah pusaka yang dia ada..

Kawasan laman rumah ni telah dibersihkan oleh keluarga yang nak buat kenduri tu untuk dijadi- kan tempat letak kereta. Lepas ni mungkin laman tu akan jadi hutan kecil semula.. Lagi laa sedih sebab laman tu la tempat permainan aku dulu... sobbsss3...

Pandangan dari depan dengan laman yang luas tempat permainan aku dulu... Sobbsss3...



Nota bernas campur sengal: Jauh dikenang dekat disayang...Walaupun jauh, tetap diingat sampai bila-bila kerana itulah yang paling disayang..

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

salam?azz..memqng sedihkan..tadi akak pun balik rumah mak..agaknya nanti nasib yang sama akan menimpa rumah tu..
Macamana mak azz..bolih pi pahang pulak ye..

Unknown said...

salam kak azz~

wah... balik kg.. :)
umah tu kalo di baiki msti cntik kan kak??

paku payung said...

terkenang dulu2 ler nih...

Cik Azz said...

Kak Erna> Tu la pasal kak.. Rumah kalau kena tinggal cmni laa jadinya.. Sayang kt rumah ni tp nak buat cmner, dah takde sape yg dok situ lps arwah pakcik pindah umah lain...

Pindah Pahang sbb arwah abah saya jadi peneroka Felda kak... Lagipun nak cuba ubah nasib, sbb kitorang bukannya dtg dr keluarga yg kaya... huhu... Alhamdulillah dgn kehidupan skang, cuma sedikit ralat sbb arwah tak dpt nak rasa duduk kat rumah baru skang ni...

Cik Azz said...

LP Lum> Wassalam Linda... ha'ahh... asek balik kampong je skang ni... hehe.. tp tak jugak pegi jumpa Linda... Maaf ehh, takde org yg nak hantar laa... huhuhu...

Rumah tu dah tak boleh nak repair dah... Menghitung hari utk dirobohkan je... *sodihh...*

Cik Azz said...

Aku Memang Begini> Terkenang tempat tumpah darah... Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tanam uri... huhu..

Btw, mekasihh ya sudi singgah dan komen lagi tu... Lenkali datang la lagi ehh... :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)