Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 13, 2010

MENU BERBUKA RAMADHAN KE-3: Selamat berpuasa...

Assalamualaikum...

MENU BERBUKA RAMADHAN KE-3: Selamat berpuasa...


Aku baru siap masak untuk berbuka petang ni. Terpaksa la masuk dapur sebab adik aku dengan keluarga dia nak balik berbuka kat rumah hari ni. Kesian pulak kalau takde lauk. 


Aku bab berbuka puasa ni sempoi je, janji ada nasi. Lauk tu ala kadar je dah cukup. Jadi, mak aku masakkan asam pedas ikan parang campur terung. Aku pulak masak lemak kobis campur suhun sikit. Pastu aku masak sambal sotong yang besar tu campur dengan kentang. Apa ke nama sotong tu... Spesis sotong kurita kot... Tapi yang pasti bukan Paul si sotong kepercayaan sesetengah individu tu... Mengonggg... kat sotongpun nak percaya... muahahaha....


Maaf la ya, aku ambil gambar dari dalam periuk je. Malas aku nak senduk-senduk kat dalam mangkuk. Dah nak berbuka kang baru aku senduk... Letih la bebbb... huhuhu... Sesekali nak jugak tunjukkan periuk vision mak aku tu... Korang ada..?? Hahaha.... Saja je nak menggeletis jap hilangkan kepenatan... Jangan marah haaaa.... =))


Tu dia.... penuh seperiuk. Harap-harap cukup la rasa masinnya... ;p


Sambal sotong + kentang = trademark aku mesti ada kentang.... ngehngehngeh...



Asam pedas ikan parang + terung... Konpem mengusap perut lepas berbuka nanti... kihkihkih...


Errr..... hahahaha....


Kesian si Tett... Semua pakat balun numpang nyusu kat dia. Yang dah tua bangka tu pun nak jugak menempel... huhuhu...


p/s: Korang boleh aje kalau nak mengkritik aku. Tapi korang tidak berhak untuk menghakimi aku. Siapalah KITA untuk menjatuhkan HUKUMAN... Selamat beramal.. =)

14 Tukang Tembak:

hatim a.r said...

ya allah sodap eh nampak sayur lemak tu.saya baru semalam menu sambal sotong. yang kucing tua bangka tu bukan menyusu dah tu kak itu kira kes pencabulan kat mak kucing tu haha

anisizatyA.J said...

Sama dgn my friend, masak kena ada kentang. Tp kentang sedap what.hehe

Mimie.Candy Cane said...

sedapnye asam pedas ikan parang..merembes2 air liur..

nice blog..follow u.. :P

ibundo said...

ek ele kesiannya mak kucing tu. kau rembat je lah dengan penyapu lidi...

ckLah @xiiinam said...

Selamat menempuh hari ke 5 pula....

Acik Erna said...

azz..patut tak nak..sendok..rupo e nak..tunjuk periok vision..akak tak do piok tu azz..tak boghani piok kaco ni..takut pocah..he he..

Cik Azz said...

Hatim> Yo koo nampak sodap lomak kobis tu..? Tp mmg sodap pon... hahaha...

Tu la... yg tua2 ni suka bebeno gomol si Tett tu... Jgn ada org tua yg pangai cmni dah la... hehehe...

Cik Azz said...

Anis> Kannn... kentang mmg sedap kalau kena cara masaknya... hehe..

Btw, thanx yaa sudi singgah sini dan komen.. =)

Cik Azz said...

Mimie> Fuhhh... memang sedap asam pedas ni dikk... sila la masak nanti ya... hahaha..

Thanx follow blog akak yg tak seberapa ni... :)

Cik Azz said...

Kak Pah> Kok dio momokak yo mmg sey rembat yo kak.. Tp ni dio dok diyam yo... biar la dehh... hehe...

Cik Azz said...

ckLah> Ehhh... hari ni baru hari keempat.. Esok hari kelima... Ke akak ni yang salah kira ni... atau ckLah yang tak sabar nak raya... hehe...

Cik Azz said...

Kak Erna> Hahaha... sajo yo sey nak nunjuk piyok tu kak... Bilo laie nak tunjuk kannn... hikk...

Memang la takut pocah kak... Kok pocah, ranap la duo tigo ratus.... huhuhu...

miss ct said...

Assalamualaikum kak azz..
bgsnya akak..pandai masak.. ct ni terkial2 nak blaja masak..hehehe..

Cik Azz said...

Miss CT>

Waalaikumussalam CT..

Kalau setakat masak lemak kobis tu senang je.. hehe...

Akakpun bukannya pandai sangat masak2 ni.. Just cuba2 je taim rajin.. haha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)