Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

TEPUK AMAI-AMAI: Jom tepuk ramai-ramai... =)

Assalamualaikum....


Syawal dahpun berlalu tapi sekarang ni masih ramai lagi yang pergi jemputan ke rumah terbuka. Makan punya makan sampai dagupun dah jadi dua. Haaa.... camner tu..!!! Bukan senang tau nak dapatkan balik dagu pada keadaan asal. Setidak-tidaknyapun, dagu tu janganlah sampai berlapis-lapis macam leher ayam belanda. Errr.... sungguh kejam ayat2 ini.... Sorry... ;p

Ohh.... Tidakkkk....!!!


Okay, kat sini ada sedikit petua untuk mengurangkan tahap ketebalan lapisan dagu korang tu (dagu aku yang sebenarnya... huhu...) Korang cubalah ya, mana la tau kot-kot berhasil pulak... Akupun nak cuba jugak laa.. Untung-untung lepas ni dagu jadi lebih runcing dan tirus... =)))

Cara-caranya ialah:
Tepuk bahagian dagu yang berlapis tu dengan menggunakan belakang tapak tangan sekurang2nya 40 kali sehari terutama sekali selepas mandi dan sebelum tidur malam.... (tepuk-tepuk manja ya kawan-kawan.... Jangan ko pegi hempuk pulak dagu tu, bersepai nanti... ekekeke...)

Manakala untuk mengecilkan pipi yang tembam pula, korang hanya perlu mengurut pipi tu bermula dari bawah dagu dan mengarah ke atas dengan menggunakan hujung jari. Pastikan urutan itu dilakukan setiap hari sebelum tidur sekurang-kurangnya selama 10 minit. Sebelum tidur tau... Bukannya semasa baring nak tidur. Sambil duduk melangut depan tv tengok drama Asmarapun boleh buat aktiviti ni... =D

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau korang malas nak buat, pergi je spa. Kat sana korang tinggal landing dan rileks je. Biar dorang yang profesional tu buat kerja. Tapi aku belum pernah masuk spa ni. Tengok SPA Q tu pernah la. Tu pun tengok tiga empat episod je... =))


Aku kata: Spa sekarang ni asyik kena serbu je. Kat luar tulis urut muka, tapi kat dalam urut lain la pulak. Daripada muka terselit masuk dalam Metro, baik korang tepuk sendiri je la dagu korang tu... huhuhu...

8 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

ahaks~ tau xpe.. memang skang nie spa dah xmcm spa yg lama dah... :)
tp sy xska g spa walaupun temankan mak atau adk sy ke spa.. BUHSAN giler babas... :))

Acik Erna said...

salam azz..camano nak buek sampai 40 kali..baru sekali duo dah tentu lolap dah..he he..
teringin yo nak pipi mongel tu..nak buek camano..tak mau deh..he eh.

ibundo said...

haha.. malehlah den nak nopuk dagu sampai 40 kali. longoh tangan ni ha.. macam kato sierna tu ha. bolum apo2 dah telolap. baik topuk bantal haha..

ckLah @xiiinam said...

Bubuh minyak dagu....boleh tak?


:)

Cik Azz said...

Lp Lum~> Wassalam Linda...

Apsal lak tak suka masuk spa..?? Orang lain 'seronok' je masuk situ... siap canang satu kampung lagi bagitau dia masuk spa... kehkehkeh..

Cik Azz said...

Kak Erna~> Wassalam kak...

Hehehe... kalau tak dapek 40 kali... dapek 20 kalipun takpo doh kak... janji topuk... hehe..

Cik Azz said...

Kak Pah~> Hahahahaha... kok akak maleh topuk, akak suruh la budak2 kek tadika aulad tu yang topuk.. Dorangkan ramai, buleh la bogilir2 topuk dagu akak tu... hihihi...

Cik Azz said...

ckLah~> Minyak dagu..??

Sanggup ke kalau asek kena tepok je 24 jam.. kehkehkeh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)