Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 25, 2010

TAHNIAH SEMUA... ☃☃☃

Assalamualaikum...

☎ Kringgg... kringgg ☎ ... Hellooooo...!!!
Bagi la orang yang sedara mara dia atau adik dia atau anak sedara dia yang dapat A lurus buat post dulu. Anak-anak sedara aku tak tau la samada A dorang tu lurus camni┃ataupun bengkok camni ╭ ... Tu sebab lambat sikit nak buat post tu..

Ni baru post untuk anak sedara aku...

TAHNIAH untuk dua orang anak sedara aku yang kedua-duanya dapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR yang lepas.
Seorang dapat B dalam Bahasa Malaysia manakala seorang lagi dapat B dalam Pengetahuan Agama Islam.
Macam mana la boleh dapat B untuk dua-dua matapelajaran tu.
Orang Melayu tapi Bahasa Malaysia tak dapat nak skor.
Orang Islam tapi subjek Agama tersasar.
Tak dapat skor BM dengan cemerlang bukan bermakna tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia... Betul tak?
Tersasar target dalam subjek Agama bukan bermakna tidak faham...
Itu maknanya takde rezeki... ☻

Ni rezeki masa anak sedara habis berpantang dari berkhatan hari tu...

Masih ada masa untuk perbaiki segala kelemahan kerana SPM bakal menyusul selepas ini. So, no more playing stupid games ya budak-budak. Sesekali main nak rilis tension tu takpe.. Jangan lak main game sampai tak hengat masa depan. Dalam SPM takde kuar soalan berkaitan game kat fb tu. Tak tau la kot-kot tahun depan keluar pulak... kan.. Who knows..?

Sebagai ganjarannya, mak aku bagi la sorang sikit habuan kat dorang. Jelez wehhh. Zaman aku sekolah dulu, cuma dapat sepuloh hengget je sebab lulus SRP. Tu pun abang long aku yang bagi. Untung ada yang nak bagi... kann... Sepuloh hengget masa dulu besar nilainya. Macam-macam boleh beli dan boleh kongsi dengan keluarga. Sepuloh hengget zaman sekarang? Boleh beli satay la..., dapat la 18 cucuk satay kajang pak malau kajang berlipat... Mahal giler satay skang ni...

Sumbangan dari mak aku untuk cucu-cucu dia yang nak sambung degree dan master serta yang dapat result PMR.


Aku kata: Tak tumbuh tak melata... Tak sungguh orang tak kata... Ingat nak mengata pasal anugerah skrin tapi malas lak haaiihh. Biarlah wartawan hiburan je yang buat kerja-kerja tu semua. Pastinya meletop nanti. Apapun aku suka suara Kak Dibah yang sangat nyaring dan garing tu..
◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►

Siapa-siapa yang nak buat simbol-simbol bolehlah pergi kat sini:
:
:
V

Dan ini untuk nak dapatkan tutorial percuma:
:
:
V

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

satu dua tiga lekuk..
dah pun masuk..he he..
azz..tahniah untuk anak2 sedara azz..dan tahniah juga tok wan e..

Cik Azz said...

@kak Erna

Mekasih kakk... Jemput la masuk... hehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)