Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

APA KAITAN DI ANTARA HUJAN DAN TEMPE..

Assalamualaikum...

Musim hujan ni asyik lapar je kan..
Asyik nak masuk dapur je..
Asal masuk dapur je, mesti nak mengunyah..

Ikutkan hati nak melantak nasi je. Tapi kena kawal jugak la tabiat tu. Takut nanti badan makin mengembang. Nanti kalau badan kembang, terpaksa pulak beli baju baru. Tak nak la, membazir duit je. Baju lama masih elok dan boleh dipakai lagi. Dah la economy sekarang ni sudah menjadi semakin economoney...

Disebabkan itu, terpaksalah mengubah sedikit rutin pemakanan untuk sehari dua ni. Apa kata kita makan tempe goreng pulak. Jauh datangnya tempe ni tau. Anak sedara aku bawak dari Batu Pahat... hehe...

Besar jugak tempe ni. Takde la macam tempe bungkus yang ada dijual kat sini, kecik dan pendek je. Harga makin naik pulak tu.. Gerenti la tempe yang ni sedap, sebab free... haha...


Banyak pulak dia bawak tu. Masuk kali ni dah kali kedua menggoreng tempe ni. Pastu bagi la 5 keping yang mentah ni kat jiran sebelah rumah...

Kalau dah namanya tempe goreng, mestilah tak sah kalau takde sambal kicap... kan... Sememangnya sambal kicap ni sudah sedia ada disimpan dalam peti sejuk.


Dan untuk melengkapkan hidangan, aku sediakan air teh hijau panas... Biar pecah semua lemak tepu kat dalam usus ni.. =D

Mug nescafe, tapi isi kat dalam teh hijau...


Aku kata: Ngantuk wehhhhh hujan-hujan ni.. Naik lenguh mulut aku ni dok menguap je... Kalau dapat naik basikal camni, http://www.emocutez.com best jugak..., kann... hehe...

12 Tukang Tembak:

ArmaniWhite said...

org kata, tempe elok sgt utk preggers.. tp ai x slera lak nk telan tempe skrg.. tp tempe goreng akak tu mcm best je! nk sket..

Dzu Aamal said...

sdap nye tempe . nk pi mkn tempe la . ada lagi kt dpur tuh :p

amira afiqah said...

lapar ==" sedapnya.

H.A said...

tempe..mknn favourite sy :D loikkee

Acik Erna said...

azz..tak tahan tengok gambar tu..nak boli tempe la..tak tahan nengok e..sodap bona rupo e..

mommy said...

sambil menjamu tempe~mommy pollow..200

Cik Azz said...

Nami> Tak tau lak pasal tu.. Tp jgn minum soya masa preggy ni dah la... Nnt kulit baby alergik sangat...

Nak ehh tempe ni.. Amek la... hehe..

Cik Azz said...

Cik Ladies>

Sedap kan.. Cepat2 pegi amek tempe tu.. Kang abeh kena rembat lak... haha..

Cik Azz said...

amira afiqah bt mohd yusof>

Siannya lapar.. Meh makan tempe ni meh.. hikkk..

Cik Azz said...

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji>

Waaaa... peberet ehh?
Sama la kita... kehh3..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Hahaha.. sila2 pergi beli kak... Sodap ni makan taim2 ujan ni...

Cik Azz said...

Mommy>

Hehe... terima kasih ya follow... Terharu ni... huhu...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)