Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 2, 2011

TEMPAT LEPAK TERBARU DI..??

Assalamualaikum...

Ni port baru untuk aku lepak-lepak sambil baca novel. Baru je sampai petang semalam...
Ehh.. Bukan sampai laa... Lori bawak meja ni lalu kat depan rumah. Sebelum tu aku dah bagitau kat jiran depan rumah dah, kalau nampak lori bawak meja ni, bagitau kat aku sebab mak aku nak beli. Kebetulan petang semalam lori tu lalu, maka rembat la satu set...

http://www.emocutez.com

Ada dua jenis meja ni. Satu jenis lagi tu mahal sampai RM270. Kalau ikutkan mak aku, dia nak angkut yang mahal tu. Tapi aku bantah. Buat apa beli mahal-mahal kalau setakat nak melepak dan diletakkan kat luar. Bukankah yang mahal itu sewajarnya disorokkan... Apakah yang mahal tu agaknya ya.... **hins2...

Meja jenis ni harga dia RM150. Boleh la. Jiran-jiran kat sini dah lama beli dah meja ni. Aku je yang ketinggalan zaman.. haha. Buat apa la nak berebut-rebut, benda tu sentiasa ada. Stenbai aje la pitihnya, ya tak.. Sebab pitih tak selalu ada... hehe...

Yang bestnya, aku boleh ber-fb kat sini... kehkehkeh... Jangan pulak ada orang lain yang sengaja lepak kat sini semata-mata nak curi line kat rumah ni dah la... Kang tak pasal-pasal aku letak mangkuk kat atas meja tu. Pastu dalam mangkuk tu aku letak nota yang bertulis "Sejam 2 hengget.."... hehe.. .




p/s: Takpe ke tayang gambar ni..?? Ke nak kena bungkus dulu kerusi meja tu... =)


16 Tukang Tembak:

Siti Safiyyah said...

wahhh meja ni rm150 ek? nak suh abah beli satu gak la..hehe ;p

CeritaSekupang said...

menarik juga meja tu...

Acik Erna said...

azz,,nak satu set..tak ponah pulak kek sini orang jual cam tu..jual tilam ado la pakai lori tu

Anonymous said...

As salam kak Azz...nak melepak skali kat situ jugak laa dgn Siti Saffiyah dan CeritaSekupang nie...leh tak? ...

nur aisya humaira said...

Assalam kak azz...nak join lepak skali boleh??petang2 duk menyembang citu best gak...boleh gossip2..wakka

Unknown said...

assalam...menarik tgk meja tu cantik....salam kenal dr saya..nice blog...saya follow yer:)

amie said...

len kali kat kedai tuh dah amek pic..
baru tayang..
kekekek
gurau gurau.. :)

hana said...

cantek meja tu..
mmg bes lepak2 bwh pokok smbil bace novel..
=D

Cik Azz said...

Siti Safiyyah>

Ha'ah.. Sila la beli... Tp kalau kat area Klate or Ganu, mungkin lagi murah kot.. sbb meja ni datangnya dari Klate... hehe...

Cik Azz said...

ceritasekupang>

Kann... Kalau dapat minum kopi panas2 waktu petang, masyukk gak ni.. heee...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kok akak nak 3 set pon buleh kak.. Bnyk lg stok kek dlm lori org tu.. Kek sini mmg selalu lori bawak meja ni lalu sini... Lori jual tilam tu pon selalu gak lalu... tiap2 hari lak tu...

Cik Azz said...

►AdamXis◄

Waalaikumussalam Adam.. Boleh je kalau nak melepak tu.. Makanan dgn minuman bawak sendiri la ya... hehe...

Cik Azz said...

nur aisya humaira>

Waalaikumussalam Aisya... Jom kita lepak ramai2 jom... Tp takmo la bergossip.. nanti badan makin panassss... haha...

Cik Azz said...

Nieza>

Waalaikumussalam...

Kan... kreatif org yg buat meja ni.. Thanx ya follow dan puji blog ni..**tersipu2 malu ni... hikk...

Cik Azz said...

amie>

Kedai mana ni wehh...? Meja ni direct dr atas lori la.. Takde nak pergi tengok kat kedai dulu der... haha...

Cik Azz said...

Hana>

Mekasih.. hikk...

Lepak2 baca novel, pastu terus terlelap... hehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)