Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 24, 2011

GEMUKNYA ENGKAU...!!!

Assalamualaikum...

GEMUKnya engkau...!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang cakap camtu kat korang? Marah? Suka? Sedih? Takde rasa apa-apa? Giler ahh kalau tak rasa apa-apa. Robotpun ada perasaan tau... Tak caya cuba tanya Doreamon... haha...

Kalau aku, mestilah aku sedih, lepas tu baru la timbul rasa marah. Terbalik pulak, ya tak? Kebiasaannya orang akan merasa marah dulu, siap berbalas hujah yang adakalanya berbalas tumbuk terajang. Selalunya budak-budak lelaki la yang buat macam ni. Kaum perempuan ni selalunya menangis je, pastu balik rumah mengurung diri dalam bilik tak keluar-keluar sampai merisaukan mak bapak. Konon-kononnya mogok lapar la tu, kan.. Tup-tup tengah malam, keluar perlahan-lahan dari bilik, pastu masuk dapur melantak apa yang ada... kehkehkeh...

Dalam apa keadaan sekalipun, kita tidak digalakkan sama sekali menghina fizikal sesama manusia. Kita tak tau apa punca dorang jadi macam tu. Mungkin memang keturunan mereka jenis yang bersaiz besar. Buat macam manapun, baik diet ataupun bersenam, camtu jugak gemuknya. Malahan makin bertambah kembang ada la. Ada jugak orang yang tersalah makan ubat. Dia nak makan ubat kurus tapi termakan vitamin penambah selera. Apa lagi, merekah la baju-baju lama dia tu... muahahahaha.... tetttttt....!!!

Keadaan yang sama berlaku kat aku bilamana ada seorang dua makcik jiran ni yang dok kata aku gemuk. Asal jumpa je, mesti dia cakap camni...

"Eeeeiiii, gemuknya engkau sekarang.. Apsal gemuk sangat ni.. Senang hati ehh..."

Aku jawab je la..."Ha'ahh... Senang hati. Takde nak fikir macam-macam.."

Malas ahh nak melayan... Penat..!! Rimas..!!

Dulu masa zaman aku bekerja, badan aku kurus je. Itupun dorang bising jugak, tanya kenapa aku kurus, pastu cakap beras kat Johor tu mahal sangat ke sampai kurus macam ni... (Dulu aku kerja kat Johor). Aku menjawab jugak, ha'ah.. semua mahal kat sana...

Ehh, terlajak lak.. Aku sebenarnya nak kongsikan gambar si Gemuk yang satu ni.. Dia ni jenis tak kisah. Kata la dia gemuk ke, gedebab ke.. Dia sengih je... kehkehkeh...

Layan.... =)


Aku dah tak tau nak letak nama apa kat dia ni.. Kebetulan badan dia agak berisi sikit, tu yang aku panggil Gemuk tu. Mudah-mudahan dia akan terus kekal gemuk macam..???


Aku kata: Dulu lain, sekarang lagiiii lain... =D

18 Tukang Tembak:

SwordLovera said...

comelnyaaaa....kucing!!!!! XDDD

fyy mokhtar said...

kak azz. nape fyka asek tertipuu?? wakakakka. ingat an sape gemuk tadi!! cisss. aku tertipuuuuuuuuuuuuu

Razf said...

mahal ke beras kat johor??? hihihihi

Angah said...

cik azz, aye pon slalu jadi mangsa kutukan dewata...w/pun dah tahu aye gemuk, saje je suka sebut setiap kali jumpa....menyampah tau

ibundo said...

eee.. itu statement sensitif tu. Jangan kato gomok.. cakap sehat takpo kehkeh..

Acik Erna said...

azz..akak pun camtu sekarang ni..
akak jawab yo..baju2 lam mari tu mengocot..he he..

Unknown said...

salam kak azz~

hehehe.. dah biasa dah kena mcm tu.. sy senang aje ckp "ADA AKU KESAH??" :)

trus senyap ko... =))

kak kucing tu dah mcm ala2 maru lak kak... :)

witLURVE said...

comel nyee kucin kak azz... eeyyy geram

Cik Azz said...

Flow Cahaya Jannah>

Mekasih.... comel kan... ngehh3..

Thanx sudi singgah dan komen.. =)

Cik Azz said...

Fyy Mokhtar>

Hahaha... Betul la ni kisah gemuk... Manade tipu laa...

Kucing dgn tuan dia sama je gemok... ngehh3...

Cik Azz said...

RazFira>

Mahal laa sebab duit takde... huhuhu...

Stay sana semua nak kena pandai bajet weiii... haha...

Cik Azz said...

Angah>

Yang tu memang dorang sengaja nak mengusik la tu... Sabo je la.. haha...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Boto tu kak... Silap2 haribulan, muncung panjang sodopo... hahaha...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kihkihkih... Akakpun dah pandai monjawab... Mmg kono jawab la kalau bab2 camni, kan kak...

Cik Azz said...

LP Lum>

Waalaikumussalam Lynda... Tau takpe.. Tapi jawapan ada aku kesah tu akak tak berapa nak berkenan jugak... ngehh3...

Maru tu kucing jepun tu ehh..? Harap2 dia jadi macam tu la.. Jadi 3G... haha...

Cik Azz said...

witLURVE>

Setakat sebut geram je takpe tau.. jangan pulak pegi salai mcm budak2 BCR tu cakap... hahaha..

Geram, rasa nak salai je dorang tu... kihh3...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kalau nak tegur pun kenalah tegur ngan cara berhemah. apasal orang yang tegur tu kurus sangat ke?. Selalunya makcik tak suka tegur fizikal orang. lantaklah orang nak kurus ke gemuk, bukan menyusahkan kita.

makcik pun selalu kena, tak jumpa dah lama, sekali jumpa, cakap cam puaka, lebih baik tak yah jumpa.

Betul sampai makcik sound dulu badan aku 50 kg ko cakap tak makan ke kurus kering, bila dah berisi , dia cakap kita gemuk pulak.apa ko nak aku mati apa"gerammmm

Cik Azz said...

Cik Ina>

Ha'ah... Orang yg tegur tu mmg kurus sokmo...

Tu la kan... Macam2 pe'el orang ni... Kalau semua kita nak amek port, mmg giler la jadinya nanti.. hehe..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)