Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Assalamualaikum...

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Dan selalunya penantian yang lama dan penuh dengan kesabaran itu akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.. Tak kira la apa hasil tersebut. Kalau boleh biarlah hasil yang halal..=)

Pagi tadi aku mendapat kiriman SMS dari kawan aku yang aku ceritakan kisahnya dulu. Dia bagitau yang dia telahpun selamat melahirkan seorang anak perempuan melalui pembedahan. Pembedahan itu terpaksa dilakukan setelah doktor mendapati anak dia tak bergerak. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh seorang ibu... huhuhu.. Syukurlah kedua-dua ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat dan diharapkan kesihatan yang baik itu akan berkekalan sampai bila-bila.. Amin...

Sebelum ni aku ada call dia bertanyakan tentang hal ini. Sepatutnya dia bersalin pertengahan bulan Mac lalu tapi bila tiba waktu tu, dia takde pulak call atau SMS aku. Tu yang aku call dan tanya tu. Risau juga aku. Maklumlah, faktor usia kena ambil kira jugak. Lepas tu dia bagitau yang dia tersalah kira dan doktor bagi pulak tarikh yang lain untuk dia stenbai. Kini, semuanya sudah selesai.. Alhamdulillah...

Aku bagitau dia yang dia kena makan ikan haruan untuk mempercepatkan proses pembaikan dari luka pembedahan tu. Aku ni bagi je nasihat kat orang walaupun aku sendiri tak pernah beranak... huahuahua... Apa salahnya berkongsi pengalaman orang lain ya tak? Sebabnya dulu kakak akupun bersalin anak kedua melalui pembedahan jugak dan aku pernah menjaga dia selama 3-4 hari... Aku masakkan dia.. Tengok dia sapu ubat kat luka dia tu... Tengok muka dia terkulat-kulat masa telan pati ikan haruan tu. Ngeri wehhh... huhuhu...

Syukurlah kerana akhirnya kawan aku ni mendapat seorang zuriat. Syukur sebab suami dia tak menjadikan alasan takde anak untuk mencari isteri baru. Syukur kerana dia mendengar nasihat orang tua dia untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Syukur kerana Allah bukakan hati mereka berdua untuk mencuba kaedah rawatan terkini. Syukur...

Aku kata: Belajarlah untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah beri. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang kita tidak tahu..

16 Tukang Tembak:

Angah said...

cik azz, org lelaki la ni, kalo nak kawen lain tak yah beri alasan tak ada anak...yang ramai kawen lain ni, selalunye yang dah ada anak berderet...huhuuhu

KELI OH KELI said...

saya setuju dengan kata2 kakak...kita kena selalu bersyukur dengan apa yang ALLAH beri sama ada kebaikan atau ujian...terima kasih kak,kerana mengingatkan..

Unknown said...

salam kak azz~

hehehe.. sedap pe ikan haruan??dulu msa sy operation, arie mkn sup ikan haruan nie.. fresh from kolam mak long sy... :)

tahniah wat kwn akak yg bru dpt bby tu eik... ^.^

Cik Azz said...

Angah>

Tu la kan... Macam2 alasan yang dorang bagi... huhuhu...

Cik Azz said...

Keli>

Sama2 Keli... Memang kena bersyukur selalu... Takut nanti Allah tarik balik nikmat yang DIA bagi tu...

Cik Azz said...

LP Lum>

Waalaikumussalam Lynda... Akak kureng sikit ikan haruan ni sebab isi dia agak kasar.. Lebih suka keli atau sembilang... halus sikit isi dia...

Terima kasih atas ucapan tahniah utk kawan akak tu.. :-)

Acik Erna said...

azz..syukur..tahniah tok kawan azz tu.
akak dulu pun penah lahirkan anak melalui pembedahan.
akak tak makan pati ikan haruan tu..
akak makan ikan haruan e..lagi sodap dari pati..sampai 60 hari..hari2 kono bagi makan ikan ruan..nasib akak boleh makan..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Mekasih kak atas ucapan tahniah utk kawan saya tu...

Akak sy amek pati tu bila ikan haruan takde stok.. Lagipun masa tu mmg susah nak dapatkan ikan haruan hidup.. Nak tak nak kono la tolan pati tu..

Mujur la akak dapek ikan haruan hidup tu kak.. Rezeki akak la tu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betul tu Azz, bila kita belajar bersyukur apa yang Allah SWT kasi, maka hati kita begitu lapang terima diri kita seadanya. Akak suka nak mengamalkan bersyukur apa yang ada di depan mata. Tak ada apa yang akak minta dalam kehidupan ini, cuma satu, semoga Allah SWT memberi akak kesihatan yang baik dan bagi akak nyawa untuk meneruskan kehidupan ini.kebelakangan ini, akak sedih Azz, ada kawan yang masih tak percaya pada akak.saja naka cakap ngan Azz, nak release tension.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Maafkan akak, terlupa nak ucapkan tahniah pada kawan Azz yang dah mendapat cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Semoga kawan Azz cepat sembuh dari luka pembedahan.

Cik Azz said...

Cik Ina>

Sama la dgn saya... Cuma mengharapkan agar sihat seadanya agar tidak menyusahkan orang dan dapat mencari rezeki...

Sy mmg sentiasa bersyukur dgn setiap apa yang sy dapat.. Itu lebih baik daripada mengeluh tak habis2.. Lagi banyak kita mengeluh, lagi berat masalah yang datang dan bertimpa2 pulak tu..

Pasal kawan Cik Ina tu, biarlah dia.. Sy pun ada jugak kawan yang macam tu.. Redha je la. Yang penting kita berada di pihak yang benar dan Allah maha mengetahui..

Terima kasih atas ucapan tahniah untuk kawan saya tu. Sy pun mengharapkan agar dia cepat sembuh..

Siti Safiyyah said...

erkk nape terkulat2 makan pati ikan haruan tu? tak sedap ke rase dia? heh pasni bila pulak ss nak merasa makan nasik minyak ni? ngehh ;p


psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen

Cik Azz said...

Siti Safiyyah>

Entah la.. Mungkin pati haruan tu ada bau hanyir kot... Hanya orang yang menelan je tau macam mana rasa dia...

Nasi minyak skang ni banyak jual kat pasar malam.. Beli je la 2 hengget... hahaha...

you make me smile said...

nice blog. hope sudi follow back~~

Cik Azz said...

Keli>

Salam ukhuwah jugak utk Keli...

Nanti akak tengok ehh blog Keli yg penuh dengan keli tu... =)

Cik Azz said...

segenap dimensi>

Thanx yaa... =)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)