Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, April 24, 2011

Bela anak ikan untuk suka-suka je.. :-)

Assalamualaikum...

Aku bela anak ikan untuk suka-suka je.. :-)

Entri santai je ni. Saje je nak kongsikan gambar anak-anak ikan talapia dengan anak ikan patin kat dalam kolam tiruan ni. Tapi anak ikan patin tak nampak sebab dorang sembunyi kat bawah. Ni anak ikan betul ya, bukannya anak ikan yang ittewwww... hehe...

Sebenarnya ni adalah tangki air yang kat atas tandas rumah aku. Oleh sebab mak aku dah gantikan dengan tangki yang lebih besar, maka tangki yang ini dah tak digunakan lagi la. Daripada dibiarkan kosong camtu je, aku cakap kat mak aku yang aku nak bela ikan. Bukannya nak buat komersial tapi saje je untuk suka-suka mencuci mata...



Kesemua anak ikan ni dibeli dengan harga RM5 untuk setiap jenis. Maknanya RM10 la untuk dua jenis ikan ni. Jiran aku yang tolong belikan kat pusat penternakan ikan. Anak-anak ikan kat sini memang selalu kehabisan stok. Ni kira bernasib baik sebab dapat jugak membelinya. 

Setakat hampir seminggu dorang kat dalam kolam ni, dah dua ekor patin dengan sekor talapia yang terapung. Sementara nak tunggu besar, entah berapa ekor pulak yang terapung agaknya tu.. Nak bela anak ikan tapi tak cukup ilmu... hehehe...



Esok nak kena gantikan air tangki ni. Kalau dibiarkan lama-lama, takut nanti lemas pulak anak-anak ikan tu. Setakat ni, okay lagi nampaknya air tu. Takde la berbau lagi sebab kitorang bagi makanpun sikit-sikit je iaitu tiga kali sehari. Kang kalau bagi sekali banyak, mati tercekik pulak dorang.. hahaha...

p/s: Tak sabar nak tunggu anak-anak ikan ni besar. Dah terbayang-bayang dah patin masak tempoyak... ngehngehngeh...

6 Tukang Tembak:

Jibam said...

baik bela ai je. lg sedappppp..

Acik Erna said...

amboi azz..lamo e nak dapaek makan ikan patin..
azz akak pun suko tengok ikan....kek rumah bolo ikan puyu yo..
aimi siap boleh cakap ngan ikan..he he..dio kalau bagi makan ikan..dio tunggu ikan tu ambik makan dari tangan dio..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Suka2 je kak... Buat hilang boting.. hehe...

Rajin si Aimi tu.. Sy bela puyu dlm akuarium je.. Kalau sy dtg kat tepi akuarium tu, puyu2 tu pun datang dekat.. Nak makan la tu.... hehe..

Cik Azz said...

Jibam>


Waahhh... SIap offer diri tu.. Sila apply jadi model utk majalah mangga.. nanti ramai la yg nak bela ko.. itupun kalau ada laa yang nak jadikan ko anak ikan.. hakk3...

Cik Ina Do Do Cheng said...

bikin suspen je tajuk tu azz. anak ikan ni.seronok nengok anak ikan berenang renang cam tu.makcik kalau ada tempat yang luas nak gak wat cam azz

Cik Azz said...

Cik Ina>

Hehe... Tajuk nak yg gempak je..

Kann, dapat meriliskan tensen bila leka main2 dgn ikan2 ni...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)