Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 9, 2011

Rombongan ohh Rombongan.. Best ke..??

Assalamualaikum..

Hari ni ada rombongan ke Langkawi anjuran GPW kat sini. Sebenarnya dah banyak kali dah dorang buat rombongan pergi situ tapi sekalipun aku tak pernah ikut serta. Kumpulan ni memang rajin dan aktif buat rombongan. Sekejap pergi Langkawi, pastu ke Terengganu lak, pastu ke Johor. Rombongan ke Indonesiapun dorang pernah buat. Dengar cerita bulan Oktober nanti ada rombongan ke Beijing pulak. Siapa yang nak join, kena la kumpul dana dari sekarang.. =)

Sejak kecil lagi aku tak pernah ikut rombongan. Bila sekolah buat rombongan, aku nak ikut tapi mak aku tak bagi. Sampai sekolah menengahpun aku tak merasa untuk pergi rombongan ni. Takde peluang langsung untuk aku menggedikkan diri... hahaha.

Bila dah dewasa ni, dah takde nafsu dah nak pergi rombongan. Mak aku suruh jugak join rombongan ke Langkawi tu tapi aku kata aku malas. Kalau mak aku yang suruh, maknanya segala kos dia la yang tanggung tapi aku malas nak pergi bukan sebab kena keluarkan kos ke, apa ke. Sebabnya memang aku MALAS. Letih nak duduk dalam bas sepanjang hari.

Teringat masa aku kerja kat Johor dulu. Bila kompeni nak buat rombongan ke Langkawi, akulah yang paling teruja nak ikut. Tapi tak dapat sambutan yang menggalakkan dari pekerja yang lain. Dorang kata tambang mahal sebab gaji masing-masing ciput je. Sudahnya, tak merasa aku untuk ke sana.

Lepas tu, aku cakap kat mak aku yang aku nak ke Langkawi tu dengan dua tiga orang kawan. Mak aku tak bagi jugak. Dia kata nanti pergi Gurun, rumah adik aku dan boleh pergi dengan dia sekali sebab kebetulan masa tu adik aku duduk sana. Akupun tak pernah sampai Gurun tu, cmner la aku nak ikut ke Langkawi tu... Melepas lagi...

Akhirnya, sampai sekarang aku tak sampai-sampai ke Langkawi tu. Di tambah pulak bila ada yang kata Langkawi dah tak macam dulu, dah tak best dah, dah tak cantik dah, lagi la aku malas nak pergi.

Nasib baik la aku pernah belajar menjahit kat KL dulu. Dapat jugak aku berjalan dengan kawan-kawan pergi Genting Highlands. Itupun cuak jugak tu sebab aku pergi tak bagitau mak aku. Masa naik cabel car tu aku dah kecut perut dah. Buatnya jadi apa-apa masa tu, sian kat mak aku sebab dia tak tau. Sampai je kat puncak, terus aku call mak aku bagitau yang aku sedang berada kat Genting tu. Dia terkejut jugak. Tapi takde la dia nak marah. Dia cuma nasihat suruh jaga diri je. Lepas bagitau mak aku tu, barulah lega rasa hati. Takde lagi perasaan bersalah. Pergi Genting tu bukannya buat apapun. Sekadar nak merasa naik sana je. Dapat pergi sekalipun jadi la... Buat syarat je.. hehe...


Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang pergi rombongan ni. Asal pergi rombongan je, mesti nak beli periuk la, cadar la, vision la.. Padahal kat rumah dah ada dah benda tu semua. Nak buat pameran agaknya... hikk.. Susah betul nak kawal nafsu tu kan...

p/s: Nak pergi mana-mana tu kena la bagitau parents atau orang yang rapat dengan kita. Tak payah la nak berlagak hero/heroin dengan membelakangkan keluarga. Kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini, keluarga jugak yang akan dicari dulu...

8 Tukang Tembak:

Fariq Jalil said...

yg paling best kat langkawi tu senang nak borong coklat.. ngeh.. nanti kak azz nak bulan madu bley la gi sana.. :p

latest -
Terminal Bersepadu Selatan Memang Style

Acik Erna said...

azz..akak pun teringin nak poi langkawi lagi..dah ponah poi..dulu maso mulo2 akak poie.sobab ada seminar..poi sorang..balik tu..akak ajak suami akak poi bawak anak2..tahun 1995 tu..
tahun 2005 akak poi lagi sekali dan yang terbaru tahun 2010.
dah 4 kali la akak poi..
kalau orang lain dah bokali2 akak baru 4 kali.

Cik Ina Do Do Cheng said...

alah cian Azz, makcik bukan setakat Langkawi, kedah , kelantan semua tak sampai lagi.

genting highland pun baru 2 kali pegi ikut anak.tak pernahlah pergi selindung dari keluarga, jadi apa-apa susah.

ibundo said...

kakpah pegi genting naik kabel car tu. Tobat aku tak naik lagi dah.

Cik Azz said...

Fariq>

Tapi kan, ada org kata coklat kat situ tak sedap.. yg okay gula2 choclairs tu je.. tu pun harga dia dgn harga kat sini tak jauh beza.. Baik beli kat sini je... Lagipun akak tak suka sangat coklat2 ni.. ngehh3..

Nanti kita pegi bulan madu sama2 eh.. dengan pasangan masing2 la... hakhakhak..

Wehh... patot la ko suruh komen kat entry tu... ada link utk blog akak rupanya.. Mekasih la buatkan link tu... Akak tak komen, tapi akak tolong klik iklan ko je.. ikhlas tau klik2 tu...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Akak poie 4 kali tu dah kiro bnyk gak tu kak.. Yg sy ni sekalipun tak poie lagi ni ha.. mmg tak buleh jd rakyat Malaysia la... tak menyokong pelancongan langsung... hehe...

Cik Azz said...

Cik Ina>

Sayapun cmtu gak... Kalau belah2 utara ni mmg tak pegi lagi... Belah pantai timur tu pegi Kelantan je.. tu pun sekali, pastu sekejap je.. tak sempat sangat nak meronda... lagipun pegi masa musim tengkujuh...

Sy dpt pegi sekali GH tu dah okay la tu.. Abang sy tak suka kitorang pegi sana.. Dia kata duit kita main2 game tu menyumbang ke arah perjudian... huhu...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Hehehe... samo la kito kak...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)