Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..

Assalamu'alaikum...

Masa bercinta panggil baby.. Bila dah putus panggil babi..



Boleh ke buat macam tu..? Panggil orang ikut suka hati je macam la orang tu takde nama. Mak bapak dorang punya la susah nak cari nama untuk anak dorang tu, tup-tup ada yang panggil babi. Namun, begitulah yang selalunya terjadi tak kira siapa orang itu. Masing-masing nak tunjuk ego. Masing-masing tak mahu mengaku kesalahan sendiri. Masing-masing nak lepaskan geram yang terbuku di hati. 



Aku selalu tengok drama Melayu yang diselitkan dengan dialog begitu. Asal bergaduh je, mula la sebut nama binatang haram tu. Bila ada masalah je, nama haram tu jugak yang disebut-sebut. Kalau la babi tu boleh faham, tentu dia melompat gembira sebab nama dia disebut-sebut selalu...


Teringat kembali dengan seorang teman waktu bekerja dulu. Akibat terkena renjatan culture shock, dia mudah sangat berkawan dengan ramai lelaki. Kalau hari cuti tu, dari pagi sampai ke malam jadual dia penuh dengan blind date. Berani sungguh dia walaupun baru sampai dari kampung. Mungkin masa kat kampung pergaulannya terbatas...



Sebelum dia datang, susah sangat aku nak dengar perkataan babi tu kat asrama. Cuma, kadang-kadang bila ada yang tension dengan kerja atau leader atau supervisor, barulah keluar perkataan tu. Aku pulak selalu gunakan perkataan bodoh kalau tengah marah sangat. Macam la diri ni pandai sangat sampai nak kata orang lain bodoh.. huhuhu...



Kawan tadi kalau ada date tapi orang yang ditunggu tu tak datang menjemput, mula la dia memaki hamun budak lelaki tu. Macam-macam la yang keluar dari mulut dia. Babi betul la. Kalau aku tau dia tak datang, baik aku keluar dengan si polan tu. Buang masa aku je tunggu dia. Begitulah selalunya ayat dia sehinggakan kawan serumah mengangkat kening. Lama-lama ada jugak yang tak tahan dan sound terus kat dia. Rimas...



Sekarang ni budak-budak kecikpun dah pandai sebut babi. Ada sorang kawan aku yang menenyeh cili padi kat mulut anak dia yang masa tu berumur 5 tahun sebab budak tu sebut babi kat abang dan kakak dia. Apa lagi, meraung la anak dia tu tapi dia kata lepas tu takde dah dengar anak dia sebut perkataan babi tu lagi. 



Macam mana pulak dengan pasangan bercinta yang asyik bergaduh yang dok sebut babi ni..? Nak kena tenyeh dengan cili api jugak ke mulut dorang tu..? Ataupun mungkin masa dorang kecik, mulut dorang tak pernah kena tenyeh, tak pernah kena tampar, tu yang selamba je sebut babi tu. Lagi ramai orang yang pandang drama dorang tu, lagi kuat pulak menjerit sebut babi tu.. Nak suruh satu dunia dengar agaknya...



Kenapa bila dah putus atau clash je, mesti nak panggil orang tu dengan nama babi? Tak ingat ke masa bercinta tu, dengan babi tu la yang ko peluk. Dengan babi tu la yang ko main suap-suap makan, kongsi satu straw main sedut-sedut air. Malahan dengan babi tu la yang ko tidur tanpa ikatan yang sah. Tak rasa jijik ke ko sebut babi tu jika ko ingat balik perbuatan ko sebelum ko putus cinta tu..?



Walau dalam apa keadaan sekalipun, janganlah panggil orang dengan panggilan babi. Kalau dia babi, ko pun sama babi jugak sebab sama-sama tersungkur..



p/s: Selalu sebut babi bila line streamyx buat hal. Tapi takde la sampai nak letak kat status fb atau twitter. Sekadar sembur depan laptop je. Maklum la, iman akupun bukannya kuat sangat... huhuhu.. 

20 Tukang Tembak:

Anonymous said...

astaghfilrullah, itulah kak azz
tak sanggup bila tgk budak kecik pun dah pandai sebut perkataan tu.

Alhamdulillah, terpelihara lidah ni dari sebut perkataan tu sebab mungkin didikan ibu sejak kecil.

Maknanya ibu2 ni memainkan peranan yg besar dalm mdidik anak2 :)

Anonymous said...

assalam...hurrrmmm itulaa, ramai gak member mcm nie...tp nk ckp lebih2 pun tak sampai hati...terima kenyataan jer laa...cuma masa die marah...buat2 x tau jerlaa...lepas dh reda, nampak hepi2 baru tegur2 or sindir2 dia...hu3.lama2 dia kurangkn skit...punca kawan n family laa kot...tuu yg bhs tak bertapis sgt

Terbaru►Informasi : Kenapa Entri BI BM

Anonymous said...

saya setuju sangat , betul apa yg awak tulis semua tu . mudah2an bila mereka marah tu bawak2 lah bersabar
good entry

Unknown said...

hehehe.. I like your title.. make me smile..

Acik Erna said...

Azz..akak baru2 ni pun terkejut..anak sedara yang adik akak bela..boleh mengeluarkan perkataan itu pada mak sedara dia..betul2 kurang hajau dia..sakit hati akak..akak rasa nak buat n3 tentan tu..tapi tengah fikir buru baik e ni..kalau ikut hati paneh dah lamo akak tulih..bulan 2 hari tu..lama dah akak simpan..kegeraman akak ni..

Angah said...

wow kak azz, berapi nampak....huhuhuu...
aye nak sebut perkataan b*b* pun geli uwekkk..

Cik Azz said...

Cik Aufa>

Alhamdulillah kalau Aufa tak pernah sebut nama natang ni... Akakpun tak suka jugak nak sebut, tapi terpaksa jugak la sebab nak buat entry pasal ni... Malas pulak nak tukar babi tu kepada barbie... kang ada pulak org yang tak faham...

Kdg2 ibu dah ajar dah anak2, tp anak2 yg susah nak dengar kata ibu... huhuhu..

Cik Azz said...

AdamXis>

Waalaikumussalam Adam... Tu la kan.. Ingatkan kawan2 Adam takde la jenis yang macam ni.. Rupanya ada jugak ehh... Maknanya mmg ramai la yg punya perangai macam ni, kannn... Dan tak salah rasanya buat entry macam ni, kan...

Kadang2 persekitaran jugak memainkan peranan utk kita berubah samada kepada kebaikan ataupun sebaliknya... wallahu'alam..

Cik Azz said...

Alin Liyana>

Selalunya bila marah, kita dikuasai oleh sitan... Tu yg sampai keluar ayat2 harem cmtu...

Kalau tak, dah tentu yg keluar tu adalah zikir...

Tenkiu singgah dan komen ya.. =)

Cik Azz said...

mabk. abu bakar>

Smile cause MU win the game beat schalke, right... hahaha...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Hmm... susah nak cakap kak kalau anak sdara sendiri yg sebut cmtu kat kita... huhuhu...

Cik Azz said...

Angah>

Berapi sebab dah muak nak dengar perkataan tu disebut secara terang=terangan...

Akakpun gelik jugak nak sebut... but fot this entry, terpaksa sebut jugak... huhuhu...

Anonymous said...

hehe
diri x sedar kawan dengan babi
peluk babi

tu biasalah... denial

AimanAriffin said...

Sebab putus cinta itu menyakitkan. So kita lepaskan perasaan geram tu.

Cik Azz said...

Aimi & Pakcik Hashim>

Itu la.. Masa bercinta babi tu nampak macam kucing agaknya...

Cik Azz said...

Aiman Ariffin>

Ye betul.. Mungkin sebab tu orang yang putus cinta ni selalu ada perasaan dendam, lebih2 lagi jika cara putus cinta tu bukan dengan cara yang baik...

Tapi, kalau sebut nama binatang tu, boleh tenangkan jiwa ke ehh...???

Hurmm....

Che'ma said...

baby ???bab*??hehehe..

Mss Ieza said...

time kecik2 dlu klu mencarot kne cili mulut smpi skung nak sebot ngok pon kne marah :(

Cik Azz said...

otaigurl>

Suka lak dia...

huhuhu...

Cik Azz said...

Mss Ieeza>

Lain kali jangan la sebut benda yg orang tak suka.. Memang sengaja cari nahas la tu, kan....

:P

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)