Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, June 19, 2011

Tak malu ke sebut benda tu..?

Assalamualaikum...

Tak malu ke sebut benda tu..?

Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang ni. Bila marah je, mula la nak menyebut benda tu. Malahan, dalam keadaan berguraupun nak jugak sebut benda tu. Apatah lagi kalau melatah, habis semua nak disebut. Okay, tang melatah ni boleh dimaafkan sebab dalam keadaan tanpa sedar..

Kenapa agaknya ehh...? Tak malu ke nak sebut perkataan macam tu..? Apsal tak sebut je benda sendiri. Masing-masingkan ada benda sendiri. So, sebut je la. Buat apa nak sebut benda orang. Pastu, kaum lelaki pulak yang suka sebut benda camni. Tua, muda sama je naik. Memang tabiat agaknya suka menyebut-nyebut benda tu. Ataupun mungkin desperate sangat dengan benda tu. Tu yang dok sebut selalu tu. Dah tu, 'mak' dia punya benda pulak yang disebut-sebut tu. Apa punya mentaliti tah laa..

Bukan nak kata aku tak pernah sebut. Ada masanya tersebut jugak benda tu bila setan menguasai fikiran. Akupun bukannya baik dan aku tak pernahpun kata diri aku baik. Tapi takde la aku nak sebut benda tu secara berleluasa. Aku cuma kurang selesa bila ada orang yang menjadikan benda ni sebagai satu medium untuk melepaskan geram ataupun bergurau. Aku cuma tak faham kenapa benda tu yang sering disebut-sebut. Kenapa dan kenapa. Itu sahaja. Ada yang nak bagi jawapan tak..?

Aku rasa ramai yang faham benda apa yang aku maksudkan. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham atau menjadi seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Kalau tak faham jugak, aku bagi clue sikit apakah benda tu. Benda tu adalah berupa carutan yang ada perkataan 'mak' di hujungnya. 

p/s: Susah nak bagi orang faham. Lagi susah bila ada yang salah faham. Bertambah susah bila kefahaman masing-masing bertentangan dan bercanggah serta lari dari isu / topik / perbincangan / perbahasan. Kita nak suruh orang faham akan diri kita sedangkan kita sendiri tak faham dengan diri kita tu. Dalam versi lain, asyik I je yang nak kena faham dengan sikap dan perangai U tapi U langsung tak pernah nak faham hati I.. sobbss3... Okay, itu dialog yang selalu digunakan dalam drama/filem... :-)

10 Tukang Tembak:

naqiah said...

hehehehe.. terlepas la kak azz.. huhuhu

www.myobw.com said...

xley nak katakan lagi.. 'semua akan sebut menda tu..' 'aku sendiri pon xlepas kata!' 'ada obat dia x?'


ronda ronda bersama k.azz@myobw...

Siti Safiyyah said...

tak suka jugak.. kalau ada kawan2 yg cakap macam tu, cepat2 jauhkan diri.. takut terpengaruh..

Acik Erna said...

az..akak pun samo..sakit hati raso e..macam tak do bondo lain nak disobut.

~MAWAR~ said...

daripada duk biasakan diri sebut benda2 xelok tu..baik la sebut nama Allah@zikir2 yg lain..insyaallah..kalau sentiasa bibir kita menyebutnya..benda tu lah yg akan keluar.walaupun dlm keadaan terkejut atau marah..pahala pun dapat kan..dari sebut benda tah pape..then dapat dosa..

-pendapat seorg insan yg lemah-

Cik Azz said...

Cinta Tulip>

Kalau sekali sekala tu boleh la kata terlepas.. Kalau dah selalu tu, terlepas apanya... Memang habit la tu, kann.. huhuhu..

Macehh ya singgah dan komen.. :)

Cik Azz said...

Blogtube>

Huhu.. Betul la tu.. Ubatnya kena la banyak bersabar dan berzikir.. :-)

Cik Azz said...

Siti Safiyyah>

Itu kalau kita tengah berkumpul dengan dorang, boleh la angkat kaki.. Macam mana pulak dengan kawan yang suka update status fb/twitter dgn ayat2 carutan macam ni..

Kena Hide la, kann... huhuhu..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kan kak... Punyo la banyak bondo nak disobut, yang omak dorang punyo jugak yang nak disobut ehh..

Ghaso mcm nak sekel yoo sekor2... huhuhu..

Cik Azz said...

Wardah>

Setuju dengan komen Wardah tu..Itu yang sepatutnya kita amalkan..

Terima kasih ya atas komen yang bernas ni. Kita semua lemah, bukan Wardah sorang je yang lemah.. Yang penting, kita saling ingat-mengingatkan sesama kita...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)