Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 19, 2011

Lega.... :-)

Assalamualaikum...

Lega.... :-)

Lega sebab baju raya mak aku dah siap. Mak aku tak kisahpun samada kain tu jenis apa, murah atau mahal, yang penting ada baju baru untuk raya. Dia kata dia tak kisah kalau takde baju baru sebab baju diapun banyak. Tapi sebagai anak, kita kenalah faham yang itu hanyalah ayat kiasan untuk menyedapkan hati je...

Kain ni abang ipar aku yang beli masa dia berkunjung ke Vietnam bulan lepas. Kakak aku bagi kat kami seorang sepasang tapi kain untuk aku tu masih lagi ada kat dalam plastik... huhuhu... Takpe, baju raya lima tahun lepas masih boleh pakai lagi... :P

Belum ada butang lagi. Kalau rajin, nanti aku letak la sikit manik kat baju ni... 

Siapa-siapa yang belum belikan baju raya untuk mak dia tu, boleh la beli online kat sini dan kat sini jugak. Sekali-sekala bagilah mak tu melaram. Bukannya selalu, setahun sekali je... Yang dapat bonus tu, sila jangan kedekut okay. Beli baju makwe/isteri boleh, tapi untuk mak sendiri punyalah berkira.. caaiiittt.... :D

p/s: Dah lama tak dapat BE, rasa malas nak hapdet selalu... :D

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Azz..ni tahun keduo lah akak tak bolikan baju omak..
tapi syukur alhamdulillah..semasa hayatnya ada..akak tak ponah lupo bolikan baju,kain batik,jubah,,tudung.dan kasut sekali

Unknown said...

kak azz :tlgggg pandainye jahit. betullah tu kak azz cakap, utk awek boleh beli apa2, dgn mak, sikit punya berkira. hailaaa

Cik Azz said...

Kak Erna>

Sepatutnya mmg cmtu la kan kak.. Tp budak2 skang ni lebih suka dahulukan isteri/makwe/pakwe dr mak sendiri...

Cik Azz said...

Ainina Jelani>

Kann... Sepatutnya hati mak tu dulu yang kita kena jaga... sbb mak cuma sorang, tak boleh ditukar ganti..

Mehhh akak tolong jahitkan sarung bantal dodol tu ehh... hahaha...

APAN said...

anak yg baik....bagus2...jngan nakal2 ye.haha...

Cik Azz said...

APAN>

Takde la baik manapun... huhuhu...

Nakal tu takde la.. Dah tua2 ni macam buruk je kalau nak nakal2 ni... haha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)