Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Sekilas pandang..

Assalamualaikum..

Sekilas pandang..

Petang semalam aku keluar ke tapak pasar malam. Mak aku nak jenguk sekali bazaar ramadhan, tu yang aku ikut sekali tu untuk menjaga dia takut-takut dia pitam.. Alhamdulillah la, dia masih boleh bertahan..

Sementelah dah keluar tu, aku belilah sekali beberapa jenis buah-buahan. Mak aku pulak beli sedikit sayur. Sambil-sambil tu mata melilau jugak ke gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka. Ramai yang menjual air batu. Sebelum tu hujan dah turun dah. Ikut rezeki masing-masing la..

Rata-rata yang menjual tu terdiri daripada budak-budak muda samada budak lepasan SPM ataupun budak IPT yang sedang bercuti semester sekarang ni. Bila tengok muka budak-budak yang menjual tu, cuak jugak la aku nak membeli.. hahaha.. Rasa macam tak percaya je dengan hasil makanan yang dijual. Sepatutnya kena la letak seorang 'makcik' kat situ untuk memberi kepercayaan kepada pembeli.. :-)

Barangan yang dibeli:

Dua longgok buah oren = RM10 (dapat extra sebiji.. )
Selonggok buah epal hijau = RM 5
Selonggok anggur merah = RM 5
Sekilo buah mata kucing = RM 6
Sekilo buah dokong = RM 4
Satu ikat sayur kangkung = RM 1
Dua ikat sayur sawi = RM 2
3 keping pajeri nenas = RM 2 (ni je lauk untuk berbuka)
Satu ikat petai = RM 5 (mak aku kata hargo potai macam hargo omeh... huhu...)

Ingat nak beli ayam golek madu tapi tengok harga dia sekor sampai RM20, saiz S lak tu, terus tak jadi nak beli. Itu belum tentu lagi rasa dia.. Kalau betul-betul memenuhi selera, takpe la mahal sikit. Takut kalau tak sedap, nanti membazir je takde siapa yang nak makan. Seronok la kucing-kucing kat rumah ni nanti dapat makan ayam golek. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran berlaku, tak payah beli.. Jimat RM20 tu... :P

Aku tengok ada orang tu sampai penuh sepuluh jari dia dengan beg plastik. Ada masanya satu jari tu ada dua plastik tergantung kat situ.. Harap-harap habis la semua makanan tu dia bedal... haha..

p/s: Tadi tengok berita. Katanya ada peniaga kat bazaar ramadhan di ibukota yang menjual nasi kerabu + seketul ayam sampai RM8..? Wajar ke letak harga macam tu.. Tak rasa mahal sangat ke..? 

8 Tukang Tembak:

KennyArmada said...

makan ubi kayu je lah lepas nih kak azz weihh,, back to zaman jepun balik kita nih :hoho

Acik Erna said...

azz..tu la dia azz..nak buek camano..kalau tak sompek tu.akak boli jugak..tapi boli kueh..atau boli lauk yo satu jenih

Angah said...

kak azz, angah pernah beli air soya panas hanya kerana yg berniaga tu budak sekolah rendah, kesian dia duk laung-laung custemer...angah pon belilah. waktu tu dalam 1/2 jam lagi nak berbuka..
tapi malang bila balik, tuang dalam bekas, soya tu berbau masam...adoii la che adik oii soya basi pun jual jugak ke..

APAN said...

yd barang dilistkan tu pun bnyak gak tu.haha...

tu la pasal...kalau harga da nmpak mahal mcm tu cam x patot lak.cam amek kesempatan di bulan puase je.huhu...

cam kat area sini, gayanya peniaga x bersatu hati lagi.ada yg letak harga rendah, ada yg letak harga tinggi sikit.so, pembeli boleh wat pilihan...mcm kat kl nun, rasanya harga lebih kurang sama je.nak xnak kena beli la.huhu...

Cik Azz said...

KennyArmada>

Ubi kayu sekarang ni dah mahal la dik... Kalau tak caya, cuba pergi beli... haha..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kalau setakat nak boli sojonih lauk tu takpo lg kak.. Boli sojonih tp banyak sikit...

Kuih ni kalau tosilap boli, tokono yg tawar atau basi.. mcm akak ipar sey kono hari tu.. huhu..

Cik Azz said...

Angah>

Budak2 tu mana nak tau kalau benda tu dah basi ke, apa ke..

Patotnya parents dorang la yg kena tengok kualiti barang yang dorang jual tu...

Sian Angah.. huhu...

Cik Azz said...

APAN>

Betul tu.. Kalau ada harga yg lg murah, mesti kita tuju kat situ.. Dan harap2 kualiti makanan tu okay la..

Kadang2 macam tak munasabah je harga yang dorang jual ni.. Barang naik takde la banyak manapun jika nak dibandingkan dgn harga yang dorang jual..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)