Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 5, 2011

Persiapan menjelang hari raya...

Assalamualaikum...

Persiapan menjelang hari raya...

Seperti kebiasaannya, mak aku dah siap tempah daging untuk raya ni sedari awal. So, dapat la daging + tulang + kepala (sebab nak ambil otak) + perut lembu tu. Kepala lembu tu anak sedara aku yang setelkan sebab dia yang beria-ia nak sangat. Manakala perut lembu tu macam biasa la, kerja aku. Mana ada orang yang sanggup nak cuci perut-perut busuk tu, kan.. Naik pening kepala aku dengan bau dia. Mujur tak pitam. Naik krem jari aku dok main air.. Naik kejung betis aku duduk lama sangat..

Lepas tu, aku dengan kakak aku meneruskan misi memotong daging. Manakala segala jenis bawang untuk merendang sudah aku kupas awal-awal lagi. Kelapa, abang aku yang kopek. Tukang parutnya, anak sedara aku. Tukang perah santannya, kakak aku dan kakak ipar aku dari Johor Jaya tu. Ni la kakak ipar yang paling rajin membantu di dapur. Segala jenis periuk habis dia cuci.. Lantai kaki lima kat dapur ni pun dia cuci jugak.. Bagus betul menantu mak aku yang sorang ni. ..:)

Kami masak rendang daging ni dulu.. Berasap lagi tu... (Abaikan kaki2 si tukang kacau rendang tu.. haha...)

Lepas tu sambung dengan rendang ayam ni pulak.. Selesaikan satu persatu, lepas tu baru tuju kat lemang..(Ayam ni kakak aku bawak dari Labis. Ada 6 ekor ayam yang sudah siap dipotong dan di-frozen-kan..)

Dah petang baru nak mula bakar lemang.. Orang lain dah siap semua dah... =.='
(Tempat pembakaran ni abang aku dengan abang ipar aku yang sediakan...)

Daun pisang untuk buat lemang ni, abang ipar aku yang cari kat kampung sebelah. Ada la dalam 18 km jarak kampung tu dari rumah aku, Gigih betul menantu mak aku yang sorang ni... Kat rumah ada je daun pisang, tapi daunnya tak berapa cantik. Banyak yang koyak-koyak. Nak buat lemang, mana boleh gunakan daun koyak. Buluh lemang tu abang aku order dengan orang asli. Abang aku tu mengajar kat sekolah orang asli ni.. :D

Kakak aku jadi tukang masukkan daun ke dalam buluh. Aku dengan anak sedara yang sorang tu jadi tukang masukkan beras pulut. Anak sedara aku tu baru pestaim buat kerja camni. So, dia cuma masukkan beras tu je dan aku tukang check dan isi santan kat dalam beras tu. Syukur alhamdulillah, lemang tu masak dengan cantik sekali.. Langsung takde kerak. Pandai tukang jaga api tu.. hehe..

Raya pertama je, lemang dengan rendang daging dah habis dulu dah. Itupun terpaksa aku sorokkan dua batang lemang dan semangkuk rendang daging tu sebab nak tinggalkan untuk adik bongsu aku yang beraya kat rumah isteri dia dulu.. Orang sayangkan adik, macam ni la, kan.. Kesian kat dia kalau tak dapat merasa...

Kami tak buat ketupat. Memang kurang mahir dalam membuat ketupat ni. Kadang-kadang ketupat tu jadi keras dan tak berapa nak masak dan kadang-kadang dia lembik sangat la pulak. Sebab tu la kami lebih suka rebus nasi impit segera je... Lagipun, kakak aku yang kat Labu tu dah siap bawak ketupat dari sana. Siap dengan kuah kacangnya sekali..

Aku buat jugak sup gearbox tapi malas nak ambil gambar.. Sikitpun aku tak makan sup ni... Kakak aku siap buat sambal kicap Jawa lagi.. Pergghhh...!!! Kata anak sedara aku... Sedap sangat la kot sambal tu.. haha...

Semakin meningkat usia, semakin takde mood nak sambut raya. Yang seronoknya cuma dapat berkumpul dengan adik-beradik dan anak-anak buah walaupun kadang-kadang muka mencuka jugak dek kepenatan yang teramat sangat. Penat tengok rumah yang macam tongkang pecahpun ya jugak.. haha.. Biasa la tu, kan.... :P

p/s: Terima kasih pada semua yang sama-sama membantu samada dari segi tenaga, sumbangan bahan masakan serta kuih raya. Anak sedara aku siap bawak kulit untuk bluberry cheese tart.. Kitorang sama-sama isi filling kat sini. Anak sedara yang sorang lagi bawak almond london yang belum celup coklat dan celup kat sini jugak. Sekejap je dah licin biskut tu. Tak sempat nak hidang kat tetamu. Akupun sempat makan sebiji je.. huhu...

16 Tukang Tembak:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Jangan tunjuk lemang boleh tak? teruja hari tu sampai beli kat tepi jalan, tapi tak berapa sedap, tak lawan lemang nogori makan ngan rendang sedap tu.

cik azz mafkan cik ina ye kalau selama kita kenal kat alam maya ni cik ina ada menyinggung perasaan cik azz.

Anonymous said...

beznya kak azz masak macam2...




tade rasa nak bg reyn sikit ke? XD

Acik Erna said...

assalam azz..meriah sambutan hariraya azz kan..ramai dirumah tu.
kalau rumah macam kapal karam tu beso la azz..nak buek camano kan..

Admin said...

selamat hari rayo kak azz..kek gombau kan??
http://phatthegreat.blogspot.com/2011/09/raya-pertama-2011.html

cheryna zamrinor said...

kalau ikut arwah atuk, kitorang dulu kena simpan sket lomang borkorak tuh utk dia, Kak Azz...

tp skang dia dah takde, jeles betul tgk org buek lomang nieh...

Selamat Hari Raya, Kak Azz.
Maaf Zahir Batin...

nur aisya humaira said...

seronoknye gotong royong satu family...aisya tolg malm je, pgi raya aisya keje...:)

APAN said...

sakan beraya ye.haha...

Cik Azz said...

Cik Ina>

Hehe... Jangan la geram tengok lemang ni.. Lemang yg beli mmg kualiti out sikit, kann...

Sama2 la kita bermaafan ya Cik Ina..

Cik Azz said...

ReYnn>

Tak sempat nak bagi kat ReYnn, dah selesai dah.. hahaha..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Waalaikumussalam kak..

Meriah tu memang la meriah kak.. Kalau semua bg kerjasama, takde la rasa penat sangat mata ni kak.. Tp bak kato akak la, biaso la tu kan.. hehe...

Cik Azz said...

Phat>

Selamat hari rayo gak utk ko dan wife..

Tak la, ni bukan kek Ghombau.. Ni kek Pahang.. Akak tak ponah ghayo kek Ghombau sojak pindah sini...

Cik Azz said...

cHeRyNa PiRes>

Orang lamo memang suko lomang yg ado koghak ni Sha.. Mcm omak akak la, dio kato lomang yg ni lombik.. padahal kitorang semuo suka yg cmni sobab lombut takdo koghak..

Selamat hari raya Sha..
Maaf zahir bathin jugak...

Cik Azz said...

Nur Aisya Humaira>

Memang seronok gotong-royong ni.. Kalau semua ahli ambil bahagian tanpa ada yang cengelat, lagi seronok.. :)

Seronok tak kerja masa raya..?

Hehehe...

Cik Azz said...

APAN>

Bukan sakan beraya... Ni sakan nak sambut raya..

Akak tak beraya ke manapun.. Duduk rumah je.. Paling tidak, ziarah kubur arwah abah...

Anonymous said...

nak lemang ... :(

Cik Azz said...

Moon>

Dah habis laa.. Buluh dgn bara diapun dah takde dah.. Cmner nak bagi lemangnya...

huhuhu... sian Moon...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)