Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 11, 2011

5S yang menggamit memori...

Assalamualaikum...

5S yang menggamit memori...

Seiri:
Penyelenggaraan barangan (Mengasingkan barang-barang tersebut)...

Seiton:
Penyusunan barangan...

Seiso:
Kebersihan...

Seiketsu:
Kerapian...

Shitsuke:
Mendisiplinkan diri...


Kenapa tiba-tiba je keluar 5S ni ehh... 
Entah la labu.... :P

Semalam, seharian aku dok mengemas rumah. Biasalah kan, lepas cuti raya ni mesti rumah bersepah punya. Tak boleh nak control dah.. Dalam pada mengemas tu, aku terjumpa la segala macam nota aku masa aku belajar dan bekerja dulu. Habis semua cucu cicit cuit nota tu yang aku jumpa... hikk...

Sebenarnya, aku dok ubah satu kabinet ni. Kat dalam kabinet tu memang semuanya barang kepunyaan aku yang merangkumi nota, buku dan majalah serta buku resepi. Sian kat buku resepi tu.. Dah habis kena garit kat semua bucu buku tu..

Sambil mengemas sambil selongkar apa yang ada kat dalam kotak ataupun beg plastik tu. Kain percapun ada jugak kat situ... Ishh.. Ishh.. Ishh... Semua dok sumbat kat situ. Takpe kot, janji tak nampak serabut di mata... hehehe...

Selongkar punya selongkar, aku terjumpa balik cerpen yang telah aku karang suatu ketika dulu.. Lepas tu baca la balik cerpen aku tu.. Malunya la haiihh bila baca semula... Ingat nak kongsi kat blog ni, tapi tak jadi la... Maybe nex time aku share.. Yang nyata, watak utama kat dalam cerpen tu ialah Arnida dan Arman.. Entah siapa la dorang berdua ni.. Main hentam je letak nama.. kehkehkeh...

Terjumpa jugak gambar anak buah aku masa dia kecil dulu. Waktu ni cuma dia sorang je cucu mak abah aku.  Masa tu kitorang pergi Zoo Negara.. Dan itulah kali pertama dan terakhir aku pergi melawat kawan-kawan aku kat sana.. 

Yang sadisnya, aku terjumpa jugak sekeping surat kiriman adik aku. Masa tu dia baru je sambung belajar kat Kingston University.. Masih elok lagi surat tu walaupun dah lama sangat dah tersimpan.. Sambil-sambil baca tu, bergenang jugak airmata aku.. huhu... Mana taknya, dia kata tiga hari dia tak makan nasi sebab tak jumpa beras. Pastu dia dengan kawan-kawan dia pergi Malaysia student department (Malaysian Hall kott...)  semata-mata nak makan nasi... hahaha.. Sampai camtu sekali... Sian adik den... =.='

Alamat masa aku kat Johor dulu... :-)


Dia kata dia selalu beli ayam je sebab ayam murah berbanding ikan. Macam-macam jenis masakan yang dorang cuba dengan ayam tu. Adik aku ni boleh memasak sebab masa dia tunggu SPM dulu, dia selalu main masak-masak dengan kawan-kawan dia kat belakang rumah. Kadang-kadang dorang panggang ikan cencaru. Tapi aku tak pernah merasa. Aku selalu jdi tukang kemas je... haha... Yang buat aku gelak ialah bila dia kata yang dia pergi London dan makan cendol kat situ. Tak tau la cendol tu siapa yang buat. Masa kat Malaysia tak nak makan. Sampai sana semua nak makan, katanya.... huhuhu...

Banyak lagi nak cerita ni. Dah namanya menggamit memori, mesti la banyak cerita dia, kan... Cerita selebihnya tu lain kali je la ya. Malas pulak rasanya nak menaip panjang-panjang. Nanti korang skip baca... Betul tak...? Teetttttt...!!!

p/s: Bagus jugak sistem 5S ni kan... Sebenarnya, memang bagus jika kita amalkan sistem 5S ni seperti yang digunakan oleh kebanyakan syarikat Jepun.. Aku dulu kerja dengan kilang Jepun + China Singapura... Kecil je kilang tempat aku kerja tu. Kerja aku cikai je, tak macam kerja korang yang gempak-gempak tu... 

6 Tukang Tembak:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Cik azz, baru je hari tu cik ina gi kursus halah dorang cakap pasal 5 s tu, ini cik azz plak sebut, dah cam kat bilik smeianr plak cik ina.kui kui kui, bagus tu keja kilang jepung dorang berdisplin, tak silap cik ina, cik pun pernah keja kilang jepun, sankyo.

Acik Erna said...

azz..akak tak skip pun kalau azz tulih pepanjang pon..akak suko baco..ni baru nak stat dah baih..he he.akak sukom baco kalau cerito kenangan ni..menghayati tu..macam ado sesamo kek situ..

APAN said...

geng gov tau la pasal 5s ni...mesti dah hapal kot.aku keje xpenah amek tau pun pasal mende ni.haha....

Cik Azz said...

Cik Ina>

Hahaha... Pergi seminar dengar pasal 5S tu kenalah amalkan sistem 5S tu, kan.. Kalau tak amalkan, sesia je dengar seminar.. Jangan tidor masa orang ckp pasal 5S tu dah la... hehe...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kann... Konangan masing2 tak samo.. Tu yang suko baco kisah2 macam ni kek blog orang lain..

Tapi ado gak orang yg tak suko kak.. Dorang baco tang mulo dgn akhir yoo... Tak tau ujung pangkal cerito tu...

Cik Azz said...

APAN>

Hafal tapi tak dipraktik-kan tak guna jugak... Sia-sia je la pergi hantar seminar sana-sini... Buang masa, tenaga dan duit jugak... huhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)