Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 4, 2011

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Assalamualaikum...

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Ini adalah komen yang masuk kat entry aku yang ini... Dah agak lama jugak komen ni berada kat situ.. Macam mana la aku boleh terlepas pandang.. Disebabkan itu, maka aku panjangkan komen tersebut kat blog ini dengan harapan agar ada yang prihatin dan simpati.. 


Semoga bantuan untuk Hairuman tidak terhenti di sini.. Semoga ada lagi hamba Allah yang prihatin untuk membantu beliau sebagaimana yang diharapkan oleh kakak beliau.. Semoga mereka semua semakin kuat dan tabah dalam mengharungi ujian Allah ini...

p/s: Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Memikul tugas dan menggalas tanggungjawab itu yang berat sebenarnya..

12 Tukang Tembak:

kyo_9 said...

dia sakit ape?

anyss said...

Assalamualaikum,
Ya...sama2 kita kurangkan beban mereka. Tahniah juga kepada tuan blog yang sangat prihatin.

Saya secara pribadi sangat kagum dengan adik Hairuman. Dia bukan seperti remaja lain yang suka buang masa dengan kerja tak berfaedah, namun berjuang membaiki hidup dan nasib keluarga. Jom, sama2 kita bantu mereka sekeluarga.

Cik Ina Do Do Cheng said...

macam pernah dengarlah kisah hairuman ni kat blog org lain, betul tu cik azz, berat bahu yang memikul, sama-samalah kita bantu apa yg terdayakan.

pasal resepi tu copylah cik azz, cik ina tak kisah pun.

APAN said...

buat baik, dibalas baik :)

Julia Johari said...

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...moga usaha murni ini diteruskan...

Yunus Badawi said...

Ada ke dia mendapat bantuan dari pihak2 lain spt JKM dan Baitulmal?

Cik Azz said...

Kyo_9>

Terkena renjatan elektrik kuasa tinggi... Habis badan dia melecur dan terpaksa potong kedua kaki dan tangan..

Kesian sangat...

Cik Azz said...

Anyss>

Waalaikumussalam...

Betul tu... Semoga makin ramai yang datang menghulurkan bantuan...

Cik Azz said...

Cik Ina>

Ye la.. Hari ni hari dia, jadi kita bantulah setakat mana yang boleh..

Nanti sy copy resepi tu.. Terima kasih ya... :)

Cik Azz said...

APAN>

Begitulah hendaknya... :-)

Cik Azz said...

With Julia>

Yup, betul tu... Sama2lah kita bergabung membantu mereka...

Cik Azz said...

Yunus Badawi>

Tak pasti lak pasal ni YB.. Dulu kisah dia pernah keluar kat program Bersamamu TV3.. Kat paper lagi la banyak keluar..

Mungkin bantuan hanya diberikan masa tu je kot...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)