Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Cerita Dari Akhbar.... Show all posts
Showing posts with label Cerita Dari Akhbar.... Show all posts

Saturday, December 26, 2015

Novel picisan meracuni remaja...

Assalamu'alaikum...



"Kenapa novel sekarang macam sampah ek... Takde moral langsung.. Takat nak sedapkan hati pembaca tapi hampeh.. Cuba bandingkan dengan novel lama.. Kenapa novel lama tebal dan banyak moral.? Hmmmm.."


Ini adalah salah satu dari komen orang yang aku jumpa.. Cuma, aku 'perbetulkan' segala ejaan sebab komen tersebut menggunakan bahasa ringkas dan aku sangat tidak menyukai penggunaan bahasa yang merosakkan pemahaman.. :D


*************************************

Memang benar minat membaca semakin meningkat tetapi apalah gunanya sekiranya bahan yang dibaca bukan sahaja tidak memajukan pemikiran malah membantutkan perkembangan pemikiran.. 


Bagaimanapun ada penulis-penulis novel picisan ini yang tidak setuju dan menafikan keadaan ini. Bagi mereka perkembangan seumpama ini adalah satu yang positif kerana menyumbang kepada peningkatan tahap membaca dalam kalangan remaja. Tetapi peningkatan tahap membaca tidak memberikan sebarang makna kalau bahan yang dibaca adalah bertaraf picisan.. 


Lihatlah elemen-elemen yang ditekankan dalam drama-drama yang diangkat daripada novel picisan yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan. Di dalamnya seolah-olah remaja Melayu hidup dalam dunia ciptaan yang memperagakan kemewahan tetapi tanpa menekankan aspek-aspek intelektual..



p/s: Aku kena kurangkan pembelian novel picisan sebab akupun banyak beli novel macam ni iaitu novel yang takde pengisian di dalamnya.. Fantasi semata-mata.. Beli kerana mudah sangat terpengaruh.. Silap aku juga.. Apabila kita membeli novel sebegini, makin lama makin banyak pemikiran picisan yang keluar.. Sampai bila kita nak terus berkhayal dan berangan tak sudah..? 

Saturday, March 28, 2015

Bahan bacaan tak dikenakan GST...?? Betul ke..??

Assalamu'alaikum...

Bahan bacaan tak dikenakan GST...?? Betul ke..??


Sejak kebelakangan ni, asyik GST je yang diperkatakan orang.. Sana-sini GST.. Dok pot pet pot pet pasal GST je.. Trending sungguh GST ni... hehhh..


Kerajaan tidak akan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan bacaan seperti buku rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen termasuk novel apabila sistem itu mula dilaksanakan 1 April ini..




Okay, dah boleh tarik nafas lega bila novel tidak dikenakan GST.. Masalahnya sekarang, adakah kos pos laju turut dikenakan GST..? Aku ada tanya pada staff pos opis kat sini.. Dia kata tak tau lagi kena GST ataupun tidak tapi tengok gaya macam kena je.. Then, aku cakap la; kalau pos laju kena GST, kena guna pos daftar je la.. Dan staff tu jawab; takut pos daftar pun kena GST jugok.. Adehdehdehdeh.... Celah mana lagi aku mau lari dari GST ni...? Ahahahaha....


Jika caj pos kena GST, maka harga pos terpaksalah kena naikkan sikit... Ke, guaner..? Tak payah beli online..? Tak payah jual online...? Alahai, aku ni baru je nak mula berniaga online.. Niagapun ciput je.. Huhuhu...


p/s: Apa-apapun, kita tengok je dulu dan kena selalu ikuti perkembangan semasa.. Stay cool walaupun hakikatnya tak berapa nak cool sangat... hehh.. hehh.. hehh...

Saturday, August 2, 2014

Karenah kakak ipar sambut Syawal..

Assalamu'alaikum...

Karenah kakak ipar sambut Syawal..

Mungkin ada benarnya apa yang diceritakan.. Mungkin beliau dah tak boleh nak bersabar lagi dengan sikap kakak ipar beliau.. Sebagai pembaca yang terselamat dari mengalami masalah yang serupa, mungkin kita tak terasa apa-apa.. Paling tidakpun, akan menuding jari kepada si pencerita..


 -----------------------------------


 --------------------------------------


Cerita selebihnya baca kat sini... Aku tak nak bagi link kat fb tu sebab kat situ banyak komen-komen yang tak sedap untuk dibaca.. Tak kena pada diri dan keluarga sendiri, boleh la cakap macam-macam.. Cuba kalau kena kat diri sendiri..? Sampai bila nak berdiam diri..? Walaupun sabar itu manis, tapi ada hadnya.. 


Tak salah untuk beliau luahkan rasa.. Sebab tu segala nama asal dirahsiakan.. Mana yang baik tu, kita ikut dan mana yang tak berapa baik tu, kita jadikan pengajaran.. 



p/s: Atau, adakah kita satu spesis dengan kakak ipar beliau..? Tepuk dada, tanyalah minda.. teeettttttt....!

Friday, June 27, 2014

Ada beza ke..?

Assalamu'alaikum...

Ada beza ke..?


Ada beza ke antara ayat mengaku tidak bersalah dengan tidak mengaku bersalah..?


Dulu-dulu selalu dengar dan nampak ayat kedua tu yang keluar kat media massa.. Tapi sekarang ni ayat yang pertama tu pula yang selalu keluar.. Lepas tu mula la tertanya-tanya, apa bezanya..? Macam sama je maksud kedua ayat tu.. 




p/s: Oh ya, gambar kat atas ni aku gunakan hanya untuk tunjukkan ayat yang berkaitan sahaja iaitu mengaku tidak bersalah.. Ayat selebihnya tu aku tak nak masuk campur.. hehh..

Monday, June 9, 2014

Reunion yang menghancurkan..

Assalamualaikum...

Reunion yang menghancurkan..


Salah satu sebab kenapa aku kurang menggemari aktiviti sebegini.. Bukan tak suka atau tak sudi berjumpa dengan kawan lama tapi sebaliknya takut berlaku perkara macam ni la.. 


"Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.." - [Kisah selanjutnya...]




Aku memang la takde pasang kapel masa zaman sekolah.. Even cinta monyetpun aku tak minat nak layan.. Cuma aku pasti bila berjumpa nanti, pasti akan ada scene kenen-mengenen atau giat-menggiat atas alasan sekadar bergurau.. Dan sememangnya aku cukup tak suka dengan gurauan macam ni.. Orang lain nak buat, itu dorang punya pasal tapi aku memang tak berminat nak menggedik macam ulat beluncas ni.. *buat masa ni la.. Esok lusa aku tak tau la, kan...


p/s: Perbetulkan niat.. Nak jumpa kawan lama ataupun jumpa kekasih lama.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan tanya selera sebab selera sentiasa on manjang.. Tak gitu..?? Hehh... 

Saturday, November 30, 2013

Apa masalahnya..?

Assalamualaikum...

Apa masalahnya..?


Apa masalahnya dengan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno..? Tak faham aku dengan sikap segelintir orang kita ni yang memaki hamun, menghina dan sebagainya di atas perlantikan UKE ini.. Rata-rata yang mengomen dengan ayat kurang ajar tu adalah orang Melayu kita.. Orang Islam pulak tu.. 


IPOH - Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.


Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.


Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.


“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif  seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.


“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr  Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.




p/s: Sudah-sudah la tu memaki-hamun orang.. Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah daripada berbalas-balas komen mengutuk UKE kat sana-sini.. Orang lain sibuk nak mencari dan mengumpul ilmu tapi kau manjang la sibuk dok mengumpul dosa... 

Monday, November 11, 2013

Terbaik di antara yang terbaik...

Assalamualaikum...

Terbaik di antara yang terbaik...


Tahniah untuk adik Siti Aisah Kamarulzaman ni..
Juga buat mereka yang menjadi nadi penggerak serta pencetus semangat beliau untuk terus berjaya..





One of my niece ambil ACCA jugak.. Belajar kat UiTM Shah Alam jugak.. Moga Allah permudahkan segala urusan beliau dalam misi mencapai cita-cita dan impiannya untuk berjaya.. Amin.. Ya Rabbal A'lamin.. Hanya mampu berdoa dari jauh agar dia terus tabah..


p/s: Semoga kegagalan yang pernah dialami menjadi pemangkin semangat untuk dia terus berjuang.. InsyaAllah...

Friday, October 4, 2013

Pemenang Anugerah Buku PNM-RTM 2013..

Assalamualaikum...

Pemenang Anugerah Buku PNM-RTM 2013..


Siapa tengok rancangan ni malam tadi..? Aku nak tengok tapi boleh terlupa la pulak.. Sudahnya tengok keputusan kat fb je.. hehh.. Apapun, sekalung tahniah kepada semua yang menang.. Yang tak menang tu, boleh tingkatkan lagi usaha dengan memantapkan lagi karya masing-masing.. 




Kategori 1 – Kanak-kanak Fiksyen BMelayu
Kami Puteri hebat * Natasha & rakan2 * PTS One

Kategori 2 – Dewasa Fiksyen BMelayu
Deru Angin * Hafizah Iszahanid * Utusan Publications


Kategori 3 – Dewasa Fiksyen BInggeris
Magic Eyes * Teoh Choong Ean * Utusan Publications

Kategori 4 – Dewasa bukan Fiksyen BM
Kunta Kinte Original Catatan Kopitiam * A Kadir Jasin * Berita Publishing

Kategori 5 – Dewasa Bukan Fiksyen BInggeris
A Doctor In The House * Tun Dr Mahathir * MPH Group Publishing

Kategori 6 – Kerajaan Fiksyen BMelayu
Air Mata Raja * Shaharuddin Ali & Norzailina Nordin * DBP

Kategori 7 – Kerajaan Bukan Fiksyen BMelayu
Kanser Payudara Teman Ke AKhir Hayat * Hasanah Che Ismail * DBP

Kategori 8 – Kerajaan Bukan Fiksyen BInggeris
Re-Think – A New Paradigm for Malaysian Timber * Lee Chor Wah & Suria Zainal * Malaysian Timber Council

Kategori 9 – Pilihan Penonton / Pembaca
Contengan Jalanan * Hlovate * Jemari Seni


Kategori 10 – Anugerah Perdana
Re-Think – A New Paradigm for Malaysian Timber * Lee Chor Wah & Suria Zainal * Malaysian Timber Council



Aku ada buku Kategori 2 tu tapi tak baca lagi.. Buku Dr. M tu aku ada baca sikit tapi buku tu kakak aku punya.. Tahniah juga kepada Hlovate dan Jemari Seni..  Walaupun identiti Hlovate ni masih lagi misteri, namun buku beliau tetap diminati.. Aku suka jugak dengan penulis yang low profile macam ni.. Yang penting, karya dia ada mesej tersendiri. Aku ada semua novel Hlovate ni tapi aku baru baca dua buah je.. Tunggu masa yang sesuai untuk membaca.. 


p/s: Sedang gigih menyusutkan novel pending.. hehh..

Saturday, August 31, 2013

Diesel masuk sungai...

Assalamualaikum...

Diesel masuk sungai...


Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.


Foto


Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.



p/s: Kesian kat mereka yang terlibat.. Bersabar la ya.. Dugaan di hari merdeka... Dah la tempoh gangguan bekalan tak diketahui.. 

Friday, May 10, 2013

Kajian apakah ini..?

Assalamualaikum...

Kajian apakah ini..?


Apa kata kawan-kawan blogger tentang tajuk artikel kat dalam gambar ni..? Aku cuma nak kata satu je... Pokok dek ekau la nak kata apa... ahakk...




Daripada aku upload gambar artis yang pakai baju tak cukup kain, kongsikan video lucah, letak gambar tak semenggah, lebih baik aku letak gambar makanan yang aku buat.. Dan akupun suka tengok gambar-gambar makanan yang kawan-kawan blogger aku masak.. Secara tak langsung ianya menarik minat aku untuk mencuba apa yang dorang masak tu dan bertukar-tukar pendapat tentang resepi makanan tadi.. 




Haaaa... Ni aku nak tunjukkan gambar makanan yang aku dan anak-anak buah cilik aku buat masa dorang balik sempena mengundi hari tu... Peduli la dengan apa kata kajian tu.. Yang penting hati aku senang dan perut kami kenyang.. Alhamdulillah... 




Oh ya, roti aku kali ni punya la mengembang dan lembut.. Seronok aku tengok.. Mini pizza tu paling cepat habis..


Anak-anak buah yang comel yang teruja jadi model... hehe..


p/s: Jangan kaji yang bukan-bukan.. Silap haribulan, sendiri yang gila dengan hasil kajian yang dibuat.. Berfikiran positif itu rasanya dah memadai.. Jadi, tak perlu nak kaji lebih-lebih.. Wallahu'alam...

**Ada orang yang berdekah-dekah ketawa bila baca artikel tu.. Konon-kononnya nak kenenkan dengan orang yang tertentu la, yang jenis suka upload gambar makanan ni.. Well, sebenarnyakan, awak tu yang mental.. Kesian... hehh...

Wednesday, November 28, 2012

Oscar yang ganas...

Assalamualaikum...

Oscar yang ganas...

BUCKINGHAMSHIRE 10 Nov. - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.

Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.
Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.

Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.

Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.





Kucing ni kalau kita garang dengan dia, diapun akan garang dengan kita.. Kucing akupun ada gak jenis garang ni tapi takde la nak main terjah je gigit orang.. Tapi kalau jenis kucing yang suka gesel-gesel kat kaki tu, memang nak kena la tu.. Sangat tidak suka kalau kucing dok gesel manjang.. Kalau setakat gesel sekali dua dan sekejap tu masih boleh tahan lagi la.. Ni selagi ada kaki aku, selagi tu nak gesel.. eeeiiiiiii....!!!


p/s: Asyik nak gesel je, sepak kang baru tau.. huhuhu...

Monday, November 26, 2012

Alhamdulillah, aku tumpang gembira... :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku tumpang gembira... :)

Beberapa bulan yang lalu, aku seronok tengok gambar dan video sekitar majlis pernikahan dan persandingan mereka berdua.. Kali ni aku seronok bila mendapat tahu si isteri tadi iaitu Irma Hasmie sudahpun berisi... Alhamdulillah, aku tumpang gembira.. :)

Tak tau la kenapa aku suka sangat tengok pasangan ni padahal ramai je artis lain yang meletup... Cerita yang meletup tu biarlah blogger lain yang hapdate... Aku nak hapdet pasal artis yang sejuk mata memandang je... ehehh...




p/s: Seronok tengok pasangan bahagia ni.. Semoga terus bahagia selamanya dan diberkati ALLAH selalu.. Amin...

Sunday, November 11, 2012

Himpunan cerita pendek... :D

Assalamualaikum...

Himpunan cerita pendek... :D

Cerita 1: Tiga budak sengal:

Ada tiga orang budak bersembang tentang cita-cita mereka.

Lina: Kau dah besar nak jadi apa..?

Ah Chin: Saya dah besar nanti nak jadi Superman wooo...

Lina: Saya pula bila dah besar nanti jadi Supergirl..

Ahmad: Saya nak jadi Supermarket.. Macam-macam ada.... (sambil korek hidung...)


---------------------------------------


Cerita 2: Ubat:

Pada satu malam, Salim tergesa-gesa mengejutkan Apip yang sedang tidur nyenyak..

Salim: Apip, cepat bangun..!!!

Apip: Hah..!! Kenapa..??

Salim: Kau lupa makan ubat. Kan doktor pesan kau makan ubat. Cepatlah bangun...

Apip: Ubat apa..?

Salim: Ubat tidur...


---------------------------------------


Cerita 3: Nama panjang:

Cikgu: Murid-murid, hari ni kita ada seorang kawan baru. Man, kenalkan diri kamu di hadapan..

Man: Nama saya Man...

Cikgu: Nama panjang kamu?

Man: Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn cikgu...!!!

Cikgu dan murid-murid: &%$#@*&%


---------------------------------------


p/s: Sumber dari Mingguan Malaysia keluaran hari ini yang mengambilnya dari majalah Mastika keluaran tak tau bila... :)

Monday, September 10, 2012

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Assalamualaikum...

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Masa bulan puasa hari tu ramai yang kongsikan info, gambar dan artikel mengenai penderitaan serta kekejaman yang berlaku kepada kaum etnik Rohingya di Myanmar kat fb masing-masing.. Akupun ikut sama berkongsi gambar.. 

Namun begitu, aku tidak ikut sama berkongsi sumbangan ataupun menderma atas sebab kurang percaya dengan segala nombor akaun yang disertakan.. Sekarang ni macam-macam penipuan berlaku dan ramai je orang yang mengambil kesempatan yang ada.. Itu yang buat aku keliru tu.. Berbelah-bagi samada nak menderma ataupun tidak.. Maafkan aku di atas kesangsian ini.. huhuhu..

Namun, baru sekejap tadi, bila aku belek-belek surat khabar, maka akupun ternampak la artikel yang berkaitan.. Kecik je artikel tu... Kalau tak belek bersungguh-sungguh, memang tak akan nampak punya la.. Lepas tu, terus je aku cari artikel tu kat Utusan online.. Alhamdulillah, ada.. Bolehlah aku kongsikan kat sini... Mana la tau kot-kot ada yang ingin menyumbang.. 

Cakap banyakpun tak guna jugak, ya tak.. Apa lagi, marilah kita sama-sama buktikan bahawa kita adalah dari kalangan masyarakat yang prihatin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dua wakil sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) selamat tiba di Bandar Sittwe, Myanmar pada pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam bagi menyalurkan bantuan hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran pertubuhan itu bersama Kumpulan Utusan.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, wakil MRA itu, Mohd. Shahrulazilan Said dan Johari Kan Abdullah juga berjaya memasuki Arakan iaitu kawasan utama pergolakan dengan kerjasama kerajaan Myanmar.

"Kejayaan kami memasuki Arakan merupakan kejayaan besar kerana berbanding misi bantuan lain, mereka hanya menyalurkan bantuan dari pintu masuk sempadan negara itu sahaja.

"Kami menyasarkan bantuan permulaan meliputi keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan garam bernilai RM80,000 disalur kepada pelarian Rohingya di Arakan pada Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tabung kemanusiaan itu yang dilancarkan pada 14 Ogos lalu kini berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,857 yang akan disalurkan bagi meringankan kesengsaraan masyarakat Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu mangsa konflik etnik di Myanmar dengan menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank di nombor 5640-9820-6365 atas nama MRA - [Sumber]

p/s: Beringat sebelum kena.. Kalau dah terkena, menyesal tak berguna..

Thursday, July 5, 2012

Tahniah Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer..

Assalamualaikum...

Tahniah Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer..

Aku suka tengok pasangan pengantin baru ni.. Sangat-sangat mendamaikan.. ecehh.. Betul la.. Bila tengok komen-komen yang ada kat fesbuk, kebanyakannya mendoakan agar rumahtangga mereka berdua mendapat keberkatan dari Allah.. Dan ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini... Barakallah... Amin...

Sebetulnya, aku memang susah nak Like page yang berkaitan dengan artis-artis ni... Tapi untuk kali ni, aku Like page photographer yang bertindak sebagai jurugambar untuk majlis pernikahan Irma dan suami.. Cantik-cantik betul gambar yang diambil..





Ramai yang kata sebak dan menangis masa tengok video akad nikah ni.. Tak terkecuali aku... ehehh...



Alolololo.... Tomeynya.... :)



Dan video yang dihasilkan juga sangat sweet... Cantik dan terang... Nampak profesional... 


Bagai pinang dibelah-belah... hikkk... 


Eeeeiiii....!! Agaknya itu yang Irma cakap kat suami dia kot.. hikkk...

p/s: Sekali lagi aku ucapkan selamat pengantin baru untuk Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer.. Lepas ni berduyun-duyun la yang ikut cara mereka berdua.. kannn... kannnn... kannn... ehehh....

Sunday, June 17, 2012

Deejavu Di Kinabalu: Tak sabar nak tunggu.. :)

Assalamualaikum...

Deejavu Di Kinabalu: Tak sabar nak tunggu.. :)

Akhirnya drama Seindah Sakura yang aku tak pernah layan tu tamat jugak.. Bagus, sebab lepas ni boleh siarkan drama lain yang lebih menarik dengan pelakon yang lebih mantap dengan lakonan mereka. Dan sebagai peminat drama tv, aku rasa tak sabar nak tunggu drama Deejavu Di Kinabalu ni keluar.. 

Pelakon utama untuk drama ini ialah Aqasha dan TZ.. Harap-harap drama ni ada pengajaran di dalamnya.. Moga drama ni menjadi sehebat drama Tentang Dhia.. Aku cuma minat tengok drama yang dorang lakonkan je.. Drama dorang kat luar lokasi tu aku tak minat nak ambil tahu.. 




PETALING JAYA: Penerbit ekskutif drama Deejavu Di Kinabalu iaitu Zetty Alia Ramly terharu dengan kerjasama dan pengorbanan semua pelakon, pengarah dan krew penerbitan drama bersiri tersebut yang terpaksa mendaki Gunung Kinabalu dalam menjayakan siri terbaru itu.
Zetty berkata, ia bukan sesuatu perkara yang mudah bagi menjayakan penggambaran di puncak tertinggi Asia Tenggara itu namun menghormati kesungguhan ke semua krew yang terlibat.
"Bayangkan mereka semua mendaki tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan dan kesabaran dan kesungguhan mereka sesuatu yang perlu dipuji," ujarnya.
Bagaimanapun kata Zetty, pihaknya bersyukur mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Drama bersiri 28 episod itu bakal menggantikan drama Seindah Sakura menerusi slot Akasia mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 - Cerita seterusnya....
p/s: Aku layan drama yang aku minat pelakon dia je.. Kalau tak minat, jangan layan.. Nanti macam-macam benda yang keluar... :P

Thursday, June 7, 2012

BIARKAN HIDUP MEREKA TIDAK KARUAN.. (Republish..)

Assalamualaikum....

Biarkan hidup mereka tidak karuan.. (Republish..)


Bila melihat orang yang suka bersendirian, tak ambil tahu hal orang, kalau kita tak berasa kasihan kononnya dia tidak ada kawan, kita akan membuat tanggapan dia kera sumbang. Ke mana-mana seorang, makan seorang, minum sendirian, dia punya dunia tersendiri.


Pernahkah kita terfikir mungkin itu memang yang diingini, memang perkara itu yang membahagiakannya, tak perlu pening-pening kepala nak melayan kerenah manusia di sekeliling, jauh sekali berada dalam lingkungan manusia yang suka mengkhianati.


Memang hidup memerlukan keluarga juga teman, tapi adakah hidup akan menjadi lebih sempurna jika mereka yang di sekeliling ini tidak berfungsi seperti yang sewajarnya? Tegur menegur, menasihati memang perlu apatah lagi mendorong dan menyokong. Tapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian untuk kita? Kalau kita fikir anggota keluarga tidak akan mengkhianati, kita salah. Kalau kita ingat rakan , teman, sahabat baik tidak akan mengkhianati, kita silap, silap besar!!! Sesiapa saja, tidak kira siapa mampu mengkhianati dan melukakan hati kita. Khianat mengkhianati bukan perkara luar biasa. Ia menu lazim, resepi utama sebuah kehidupan...


Sakit bila dikhianati, tidak kira bagaimana juga caranya. Ada cara kasar, terang-terangan, tetapi lebih sakit lagi bila dilakukan secara halus, penuh berkias. 'Membunuh' dengan senyuman, 'meracun' dalam terang. Lebih perit jika yang membuat onar itu orang yang paling rapat dengan kita. Mungkin benar kata-kata.., rakan paling baik adalah musuh paling ketat. Dia yang tahu segala kelemahan kita, satu hari akan menjadi 'pembunuh' paling kejam. Setuju??


Teringat dialog dalam sebuah drama penyiasatan bersiri CSI., .'saya memilih untuk hidup bersendirian, tidak mahu bercampur dengan orang kerana tidak mahu dilukai.'


Bila difikir-fikir ada benarnya kata-kata itu. Penat sebenarnya melayan kerenah manusia yang sering tak tentu hala. Tak faham kenapa ada dengki mendengki, cemburu tak tentu pasal dan tak habis-habis hendak menyakitkan hati. Macam seronok sangatlah buat perangai macam tu, entah apa faedahnya pun tak pasti.


Bagi saya, apabila kita berkelakuan begini, sentiasa fikir untuk menyusahkan orang lain, hidup kita yang akan sentiasa tidak karuan. Tak percaya?? Cuba lihat siapa saja di sekeliling kita, terutama mereka yang terkenal sebagai si hati busuk, bagaimana kehidupan mereka?? Kelam kabut hinggakan wajahpun tampak 'busuk dan hitam', sehitam dan sebusuk hatinya!!


Biarkanlah mereka dengan hidup yang tidak keruan. Kalau sudah ditegur, 'diajar'.., begitu juga hasilnya, biarlah, jangan buang masa, jangan membazirkan tenaga. Hendak menutup mulut mereka dan mengubah sikap buruk yang sudah menjadi darah daging, mungkin sukar. Jalan paling mudah, jauhkan diri daripada mereka. Itu penyelesaian terbaik. Tidak rugipun jika tidak berkawan dengan orang begini.


Hendak kata terkilan, memanglah terkilan. Kita sayangkan persaudaraan, kita hargai persahabatan dan keakraban yang terjalin tapi apa gunanya kalau kita saja yang beranggapan begitu. Ibarat cinta bertepuk sebelah tangan, lebih baik kita angkat kaki, jalan, undur diri.


Bukan memutuskan silaturrahim, jauh sekali bermusuh tetapi berwaspada. Kalau bertembung, terjumpa, dia tegur, kita tegur. Kalau dia tidak tegurpun, kita tetap menyapa dan doakanlah supaya dia menemui 'cahaya'. Tetapi, setakat itu sajalah sebab apa yang paling penting, kita harus menghormati, menyayangi dan menghargai diri kita sendiri terlebih dulu.


Copy and paste ~ 12 January 2009 ~


Hidup hanyalah satu persinggahan. Usahlah kita menjadi seperti api di dalam sekam ataupun umpama gunting di dalam lipatan. Tidakkah kita wajar mengikut contoh aur dan tebing yang saling memerlukan?


p/s: Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness - Steve Maraboli

Saturday, April 14, 2012

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Assalamualaikum...

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Jantung pisang memang sedap kalau dibuat gulai ataupun kerabu.. Namun, untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita perlulah mengikuti beberapa tips yang disarankan.. :D

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikut bagi membantu melindungi keluarga anda daripada penyakit jantung dan strok. Berubahlah mulai hari ini... \\(^..^)//

1- Galakkan setiap orang untuk makan hidangan yang sihat dan seimbang. Ini termasuklah daging tanpa lemak samada dikukus, rebus, panggang atau bakar, ikan, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan produk rendah lemak.

2- Sediakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk sehari.

3- Minum air putih, susu segar atau rendah lemak, jus buah-buahan tanpa pemanis berbanding minuman ringan.

4- Masukkan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam makanan tengahari atau snek/kudapan anak-anak anda di sekolah. Pujuk dan yakinkan ibubapa kepada kawan-kawan anak anda agar melakukan perkara yang sama. Dapatkan juga sokongan daripada guru-guru mereka untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai agenda sekelas.

5- Pastikan anda tidak menggunakan garam yang berlebihan terutamanya yang didapati di dalam makanan diproses.

6- Rancang lebih banyak aktiviti bersama keluarga di luar rumah. Bersenamlah 30 minit setiap hari dan terapkan rutin kerja seharian anda sebagai aktiviti fizikal. Misalnya gunakan tangga berbanding lif.

7- Jadikan rumah anda bebas rokok dan cubalah untuk memastikan yang anak-anak anda tidak merokok atau menghisap tembakau walaupun jauh dari pandangan mata.

8- Sebagai salah seorang ahli keluarga, tunjukkan contoh yang baik dengan makan secara sihat, aktif secara fizikal dan tidak merokok.

9- Jika anda rasa sesiapa sahaja di dalam ahli keluarga anda berisiko mendapat penyakit jantung, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Jangan tunggu lama-lama..

10- Hadkan anak-anak anda masa melihat skrin, baik televisyen ataupun komputer. Tutup suisnya sekerap yang mungkin. Pastikan masa terluang anak anda dipenuhi aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal di sekeliling kawasan perumahan..

Okay, itu je tips penjagaan jantung yang ada kat ruangan Kesihatan suratkhabar Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 30 September 2007... 



Aku kalau yang makan sayur + buah dan minum air kosong tu boleh la aku buat.. Yang lain-lain tu payah la sikit.. Tapi takde la macam sesetengah orang tu yang kerja dia 24 jam mengadap skrin komputer.. Kalau mengadap skrin yang berkaitan dengan kerja atau assignment tu takpe la jugak.. Ni nan hadoooo....  :)

p/s: Ada ke orang yang beria-ia menjaga jantung pisang... kehkehkeh...

Friday, February 17, 2012

Moga diberkati...

Assalamualaikum...

Moga diberkati...




PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis..
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.
Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan... Sumber selanjutnya di sini..




p/s: بارك الله لكما وبارك عليكما 

Tuesday, January 3, 2012

Gara-gara mencuri seluar dalam.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Gara-gara mencuri seluar dalam.. huhuhu...


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu. 

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan...

Sumber asli...
Tak tergamak pulak nak letak gambar seluar kecik tu.. Letak logo je dah la... ehehh...


Teringat masa duduk asrama kat Setapak dulu.. Kecoh satu asrama bila semua seluar dalam hilang dari ampaian.. Macam-macam spekulasi yang keluar. Ada yang kata orang tu curi seluar dalam tu sebab nak jual la, nak sapu kat muka bagi jerawat hilang la, nak naikkan seri muka la dan yang lebih menakutkan bila ada yang bagitau dengan seluar dalam tu orang boleh buat jampi-jampi... Tak senang duduk dibuatnya.. huhuhu...

p/s: Mungkin pendapatan sebanyak itu tidak mencukupi untuk dia membeli seluar dalam tu. Kesian, kan.. Tapi kalau pendapatan tu mencukupi dan dia mencuri kerana memang tabiat suka mencuri, tak tau nak kata apa.. Kesian jugak kott... huhuhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)