Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 13, 2011

Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..?

Assalamualaikum...

Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..?

Petang tadi dapat kad jemputan ke majlis persandingan Chef Riz dan Ana Dahlia.. Rasanya semua rumah dapat kot.. Cuma cepat dengan lambat je dapat kad tu.. Macam jiran aku, minggu lepas lagi dia dah dapat dah kad ni.. Bergantung pada ketua blok masing-masing la.. Kalau dorang cepat hantar, maka cepat la dapatnya.. 




Aku tak pasti lagi samada nak pergi ke tak..? Rasanya mesti ramai orang yang datang ni.. Aku ni kadang-kadang cakap je nak pergi. Tapi bila tiba masanya, aku jadi malas la pulak.. hehe.. Kalau tak pergi, tak dapat la nak tengok artis kawen, ya tak..? Bila lagi nak merasa berada di majlis kawen artis, kan.. heeee,,,




Tengok dulu la macam mana. Kalau akak jiran sebelah ni nak pergi, aku mungkin pergi jugak kot.. Biasa la, kalau pergi majlis macam ni, aku mesti nak ada teman.. hahaha.. Mak aku cakap, mesti sesak majlis tu.. Mesti jemputan berebut-rebut nak makan. Aku kata, tak dapat makanpun takpe asalkan dapat tengok artis bersanding.. Lagipun, rumah dekat je... Kalau nak ulang-alik balik makan kat rumah sepuluh kalipun takpe... kehkehkeh...




p/s: Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..? Lambung duit siling jap la... hahaha...

18 Tukang Tembak:

PeJuAnG CinTa said...

tak payah nk pergi sangat la :nah

CeritaSekupang said...

mesti best dapat pegi majlis perkhawinan chef...

Cik MataKuyu said...

pegi je... makan free.. keh3.. rezeki jgn di tolak.. musuh jgn di carik..

kyo_9 said...

jiran ke?! :wow

Acik Erna said...

azz..berjiran dengan ana ye..boleh tengok chef tu yang best tu..bukan tengok pengantin pun..he he..mesti ada chef wan yang rajin bercakap tu.

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Pejuang Cinta>

Apsal lak tak payah nak pergi...?

Ni yang nak kena pergi ni.. hohohoho..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

ceritasekupang>

Tu la kan... Bukan senang nak dapat jemputan dari dorang ni..


Kena pergi jugak ni... hihi...

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

cik Mata Kuyu>

Kann.. Bila lagi nak merasa hasil tangan chef tersohor.. Itupun kalau dorang la yg masak.. haha...

Yupp... jangan cari musuh.. cari gaduh takpe.. muahahahaha..

gaduh2 manja gitu... :hihi

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

kyo_9>

Tak payah nak :wow sangat la... Lain macam je Kyo punya :wow tu...


:majuk

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Kak Erna>

Tak la kak... Dorang bukan jiran saya... Cuma, dekat dgn rumah dorang tu je...

Phat said...

nak mkn free poe la kak..tp x free gak kan kono ulur jugak kan hehehe

Yunus Badawi said...

Jemputan kahwin elok pergi kalau takde keuzuran...

Angah said...

wow! retis jemput makan kenduri...apa lagi kak...jgn pikir byk-byk...pegi je..pas tu tamgkap le gambo...tayang kat kami...

NurAmal said...

kalau amal malas nak g.. ramai owang.. :hihi

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Phat>

Tak payah hulor kott... Dorang jemput makan kenduri, bukannya mintak sumbangan.. ye tak..

:hihi

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Yunus Badawi>

Insyaallah, jika ada kelapangan dan keringanan.. hehe...

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Angah>

Amboi Angah... Dah la akak ni segan nak amek gambar.. Ni pulak nak amek gambar retis... Kang tak pasal2 kena saman lak sbb kuarkan gambar tanpa izin..

Takut aiihh... ;)

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

NurAmal>

Dah namanya majlis kawen, memang la ramai orang.. Kawen retis lak tu... hikk...

Majlis apa yang orang tak ramai ehh....?

:apa

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »