Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 22, 2012

Berasap la korang... adehh...

Assalamualaikum...

Berasap la korang... adehh...

Asal ada cuti je, semua kejar nak balik kampung. Asal cuti je, semua dok pakat pergi holiday.. Asal cuti je, semua sibuk buat gathering.. Asal cuti je, jalanraya mulalah penuh dengan asap yang luar biasa... 


Gambar ni aku cilok dari fesbuk orang.. :-)

Anak sedara aku balik ikut jalan dalam sebab dia tau jalan memang akan jammed teruk punya. Dia masuk kat RnR Genting Sempah dan keluar kat Bentong. Dulu aku pernah ikut jalan tu masa ada tumpahan minyak kat highway Gombak.. Jalan lama tu sempit sikit dan sunyi. Tidak digalakkan ikut jalan tu tanpa teman, lebih-lebih lagi di waktu malam.. Tapi kan, kat laluan jalan lama tu ada air terjun dengan kolam air panas.. Pastu suasana nyaman dan redup serta sedikit menyeramkan.. Serius, ada satu-satu masa tu bulu tengkuk aku meremang semacam je.. huhuhu...

Dua tahun lepas aku ada ikut jalan tu dan nampak la kolam air panas tu sebab masa tu hari siang. Cuma yang sedihnya, kolam tu nampak macam tak berjaga je sebab banyak daun-daun gugur kat dalamnya.. Sayang dan kesian pulak menengoknya.. Sekarang ni aku tak tau macam mana keadaannya. Harap-harap sudah dibaik-pulih.. 

p/s: Berasap la ponggong... Berasap la hati... Berasap la muncung... Berasap la kereta.. Ehh, kereta memang berasap pun... hehe.. Sabar banyak-banyak ya sayang.. Banyakkan istighfar.. Jangan pulak memaki hamun. Kesian kat hati tu. Makin sakit jadinya kalau selalu memaki hamun ni..



Berzikir adalah lebih baik daripada mengeluh... La ila haillallah...

8 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz.dek tak nak borasap..akak dok rumah yo..he he.sorek dah..dulu ponah kono nak poie langkawi..lopeh tu..tak do makno e nak bojalan laie dah..sekso

ibundo said...

Haha.. Naseb baik kpah tak borasap. Jalan almost clear masa balik kampung somalam..
Harini nak pekono cendol azz.
Kek pilah ni kalau ado yo cuti panjang, pokan pilah msoti jemmmm...

APAN said...

kena naik kete elektrik bar x berasap kot...
lom penah lagi lalu jalan tu rasanya...da lupa :)

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu la kak.. Banyak membazir kalau tosokat kek jammed ni.. Ontok2 kek ghumah lagi baik.. hehe...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Haa.. elok la cmtu kak.. Biar lambek asalkan tak borasap.. hehe..

Sodap gak ehh cendol tu kan...

Cik Azz said...

APAN>

Ada ke laluan utk keta cmtu dari KL sampai ke Bentong..? Kalau la ada, kan.. ehehh...

Ko tak pnh lalu kot jalan tu.. Ko nak pegi mana ikut situ..?

APAN said...

kete hybrid kan dah ada...utk long distance x tau la.tapi x guna elektrik sepenuhnya gak :)

Cik Azz said...

APAN>

Oo.. Keta tu setakat pergi ronda2 keliling taman kat rumah boleh la kot... hehe..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)