Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 22, 2012

Petua khas untuk tukang jahit seperti aku.. :D

Assalamualaikum...

Petua khas untuk tukang jahit seperti aku.. :D

Sebagai tukang jahit, gunting memainkan peranan yang sangat penting terutama sekali gunting yang digunakan untuk memotong kain. Gunting kain tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan lain seperti menggunting kertas dan sebagainya. Jika digunakan juga, maka gunting tersebut akan tumpul dan tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan memotong kain. Satu kerugian di situ kerana kita terpaksa membeli gunting yang baru sedangkan harga gunting kain ni agak mahal, lebih-lebih lagi jika gunting tu jenis yang berat..

Disebabkan itu, seseorang tukang jahit memerlukan beberapa jenis gunting untuk melaksanakan tugas mereka. Gunting kain, gunting kertas dan juga gunting sulam mesti ada dalam simpanan dan tidak boleh dibiarkan bersepah-sepah sembarangan. Kalau orang tu bukan tukang jahit, dia memang akan belasah je guna  satu gunting tu untuk semua benda.. Sebab tu kadang-kadang kain yang digunting tu tidak licin seolah-olah kena gigit dengan tikus je... kehkehkeh...

Okay, kat sini aku nak kongsikan petua ataupun tips untuk menajamkan semula gunting kain yang sudah tumpul. Boleh rujuk kat dalam video kat bawah ni. Video ni baru je aku rakam dan upload kat Youtube. Tujuannya bukan apa, sekadar nak berkongsi ilmu sahaja.. Aku peduli apa dengan orang yang suka mengata-ngata pasal upload ni.. Tak jadi kudispun.. ;p




Terima kasih aku ucapkan kepada seorang teman yang sudi berkongsi petua ini.. Dan terima kasih juga kat seorang kawan yang bertanyakan soalan bagaimana cara nak tajamkan gunting tu. Kalau takde yang bertanya soalan, mana mungkin nak ada jawapan, ya tak...?

p/s: Siapa yang suka menjahit dan ingin berkongsi pengalaman dalam bidang jahitan ataupun seangkatan dengannya, boleh la join kat sini..  Daripada join group yang dok mengutuk orang je, baik join group yang ada faedah sikit... Sikit-sikitpun ada jugak ilmu atau info... :-)

10 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..akakk main belasah yo azz,guntuing ikan pun jadi..he he..
dulu2 ado orang ajajr akak guntungkan ke tingkap kacoo sekarang dah tak ado..rupo e laie sonang..leher botol yo boleh diguntingkan..mokasih azz..kongsi kek sini

APAN said...

ingat kena sapu minyak gamat kat gunting dah tadi...jadi batu asah rupanya...lom penah tengok lagi tip ni.mungkin sebab bukan penjahit kot...

Guru said...

first time tahu tentang petua ni.. senang je ya

Cik Azz said...

Kak Erna>

Saya kalau pisau tu memang gaha yoo kek comin tingkap dapo tu.. Tajam la sokojap.. Asal tumpul yoo, mulo la gaha kek situ.. hehe...

Samo-samo kak...

Cik Azz said...

APAN>

Ahaha.. Ada lak sapu minyak gamat..

Sekarang ni dah tau, boleh la cuba.. Rugi kalau tak cuba..

Cik Azz said...

klcitizen cikgunormah>

Tu la pasal.. Kita sama-sama baru tau.. Sebab tu saya kongsikan tips ni kat sini agar lebih ramai lagi yang tau...

Jimat sikit nak hantar asah kat kedai ataupun beli baru, ya tak...?

gadisBunga™ said...

gunting yang sama kat rumah tu saya guna utk gunting kain, benang, cili, ikan dan cantas pokok! hahaha!

Julia Johari said...

wahhh bgus ye kak azz...
petua yg sgt bermanafaat...
Tq so much berkongsi bersama :D

Cik Azz said...

gadisBunga>

Ramai je yang buat macam tu GB... ehehh...

Cik Azz said...

With Julia>

Mana-mana yang baik tu takpe la kalau nak ikut..

Jangan ikut yang tak baik dah la ehh... :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)