Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Assalamualaikum...

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Kalau ia pun nak meniaga, tak kan la sampai macam ni sekali... 
Adoyaiii...
Nasib baik aku tak pengsan...
 =..="


Sila klik gambar kalau rabun.. huhuhu..


Terkejut aku tengok bila aku blogwalking malam kelmarin.. Tak perlu la aku bagitau blog siapa aku jumpa benda alah ni.. Cuma aku tak selesa nak tinggalkan jejak bila ternampak je komen macam tu.. Tak rasa bersalah ke tinggalkan komen yang berbau lucah macam tu ehh..? Aku yang baca ni pun dah panas dah muka.. Malunya la haiihh...

Adat berniaga memang tak boleh malu-malu.. Kalau malu memang akan ketinggalan. Itu hakikat yang perlu diakui. Tapi, perlu ke tinggalkan ayat macam tu semata-mata nak suruh readers klik link tu...? Sikit-sikit dah la.. Adjust la ayat tu jangan nampak sangat kelucahan di situ.. 

Kalau tinggalkan komen macam tu kat blog orang dewasa atau yang dah kawen tu mungkin tak mengapa.. Mungkin laju je dorang klik tambah-tambah lagi jika mereka ada masalah dalaman. Tapi yang ini blog budak bawah umur.. Yang masuk kat situpun rata-rata geng bawah umur jugak. Fikir la sikit apa kesannya... eeiiii...

p/s: Kalau dah namanya mata duitan, kat mana-manapun boleh ambil kesempatan... Kalau kat blog aku, bukan kena banned lagi dah IP adress dia.. Dengan shoutbox tu sekali aku remove.. ggrrr....

26 Tukang Tembak:

The Everyting In My Life said...

eeeeeeeeeee..lucah nya! siapa la tu. xtau mau aibkan diri sendiri

Ara Nadea said...

sabar cik azz.. tu yg kadang2 malas nak letak shoutbox.. malu baca bisnes yg mcm ni diiklankan.. huhu

Abang Karu said...

saya selalu nampak iklan tu kat ruangan chat...dulu saya pakai cbox...skrg tak pakai dah...sbb mcm2 link yg pelik2 masuk....huhuhuuu

apdm said...

salam

sy y dah kawin pun malu baca ayat mcm tu... teruk benor org tu.

umiawadah said...

sama gak dapat mesej camtu kat blog saya...saya abaikan sahaja..tak klik pun..

Acik Erna said...

uish..camano nak kato malu tu separuh dari iman..

Angah said...

amboiii baik punyer testimony...

Tinta Lana said...

Hahahaha, akak! lana baru je jap tdi nampk komen tu. aiseh, memang ase semacam gak bila membacanya.hahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salah cara tu kan? huhu. malu baca!

Admin said...

ni sumo la ni osah la...nk kayo copek hahaha

APAN said...

strategi pemasaran yg melampau dah ni...tak beragak langsung...haha...
dia x tinggal link ke?cuba la masuk sis... :)

Cik Azz said...

Za>

Huhuhu...

Kann...

Cik Azz said...

Senorita Ara>

Tu la pasal..

adehh...

Cik Azz said...

Karukord Jagau's>

Giler kan orang yang tinggalkan mesej camtu... ishhh..

Cik Azz said...

Syira Qahira>

Bila mata duitan, macam tu la jadinya.. Takde rasa malu dah.. huhu..

Cik Azz said...

Ummi Arissa>

Ha'ah... Saya ada gak nampak iklan tu kat blog awak.. Merata orang tu promot produk dia.. Gigih betul.. haha...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Ontah la kak.. Nak kato apopun tak tau dah.. Nak sonyum pun sorbo salah jadi ehh..

Osah malu ehh, kann...

Cik Azz said...

Angah>

Baik gak pulangan dia kott... ehehh..

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Merah padam je muka tengok iklan camtu.. huhuhu,...

Cik Azz said...

FIFIEY LYCHEE MARATION>

Jangan klik je iklan camtu.. Biar dia rasa.. hahaha...

Cik Azz said...

APAN>

Ada la link dia.. Tak kan la dia tak tinggalkan link.. Penat tau dia buat kerja tu.. sampai 3 round... hakhakhak...

Ko je la yg klik.. Orang tu lelaki, elok la lelaki jugak yg klik.. kehkehkeh...

Cik Azz said...

Phat>

Kok nak copek kayo pun jangan la sampai macam tu skali..

Banyak lagi caro lain nak copek kayo... kann...

MulutPayau said...

adoiiii...macam2...pelik jugak ngan orang2 macam ni....mmng tak tahu malu...

Cik Azz said...

MulutPayau>

Kalau dia tau malu, tentu dia tak tinggalkan komen macam tu, kan...

Irfa said...

sy dah remove terus :(
semak je rasa dgn iklan2 itu

Cik Azz said...

Irfa>

Tu la pasal.. Saya skang ni guna khidmat Fibox je sbb nak borak2 dgn kawan yg lain..

Kalau masih ada gak yg tinggalkan komen tak malu cmtu, nampak gayanya mmg nak kena remove la shoutbox ni...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)