Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, March 9, 2012

Di persimpangan dilema.. Nak buat yang mana dulu ni...?

Assalamualaikum...

Di persimpangan dilema.. Nak buat yang mana dulu ni...?

Apa yang akan anda lakukan bila ternampak ada seekor anak ular di dalam lubang tandas rumah anda..? Anak ular tu mungkin terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan berusaha untuk naik semula ke atas.. Dalam masa yang sama, perut anda teramatlah sakit untuk melabur. Dah terkepit-kepit dah ni. Kalau kena cuit sikit je, pasti berterabur isi perut tu.. Dan anda perlu segera bertindak.. Nak fikir panjang konpem tak sempat punya.. Habis tu camno...? Kalau tak bunuh, takut nanti anak ular tu terlepas keluar dan membesar dalam rumah... Kalau nak flush, berani ke nak pergi dekat untuk menarik flush tu..? 

Cuma ada dua perkara je yang anda sempat fikirkan dan anda harus memilih salah satu daripadanya iaitu...

Adakah anda akan pergi melabur kat longkang belakang rumah anda..?
(Ohhh nooo...!!! Jangan la buat camni...)

Ataupun...

Anda bunuh dulu anak ular tu. Lepas tu baru boleh melabur dengan aman...? 

snake
Kenapa lidah ko bercabang ehh...? 
Ko buang dulu satu cabang lidah ko tu, baru aku kawan dengan ko... :-)


Fikir-fikirkan cara penyelesaiannya.. Mana tau suatu hari nanti perkara begini berlaku kat diri anda... ehehh...

p/s: Sediakan payung sebelum hujan.. Sediakan garam secukup rasa... :)

12 Tukang Tembak:

Angah said...

hohoho..kenapa kah ular wahai kak azz. ni la menatang yg paling angah takottt...

harus dihapuskan dulu ular itu...biarlah termelabur dalam seluar pun..

MulutPayau said...

hahahaha....nak gelak pun ada...opssss jgn buang dalam longkang ya....pergi umah jiran.....mintak simpati ngn nya...konpem boleh melepas dgn aman...
Aduhhhhh....kalau terjadi, sure terketar2 jugak nak hadapi ular tu...

Anonymous said...

Flush n win! Hahaha...

The Everyting In My Life said...

salam kak azz, lama x following updates kak azz.

berdasarkan entry yg akak dh tulis ni, za nk komen la k. hehehe....kalau ada ular, anak ular. mgkn za akn selamatkan kot. sbb walaupun takut, za nk gak ular tu hidup mcm haiwan lain. mgkn za akan panggil jiran za. n kalau masa tu za tgh sakit perut. za akn buang air dlm seluar kot. sbb dh takut sgt. hahahahah

Abang Karu said...

hehehee...blom pernah berlaku lg..tp kalau katak puru...pernah berlaku...huhuhuuu

Cik Azz said...

Angah>

Sebab natang tu paling bahaya kot... Kalau kala jengking senang sikit nak bunuh, kan...

Abeh la satu rumah berbau.. Angah melepas dalam seluar... hehehe...

Cik Azz said...

MulutPayau>

Itu kalau jiran ada kat rumah.. Buatnya semua jiran takde sebab pergi kerja, mana nak melepas agaknya... Maybe dalam longkang jugak kot... hehehe..

Tu la kan... Kita mana tau kalau benda tu nak jadi kat kita..

Cik Azz said...

Khuzrin Kamaruddin>

Kalau berani boleh je flush.. Buatnya lepas tu dia naik balik ke atas, camner...? Dan buatnya masa tu kita tengah syiok dok meneran..??

Hahahahaha... Abeh la pening ular tu, ya tak..?

Cik Azz said...

Za>

Tu la, mana Za pergi, lama menyepi.. ehehh...

Akak takde nak kesian2 dgn binatang yg bahaya ni Za.. Kalau boleh bunuh, akak bunuh je.. huhuhu..

Bagus Za sbb penyayang dengan ular.. Sanggup melepas dalam seluar tu demi nak menyelamatkan ular tu.. Akak takuttt... huhu...

Cik Azz said...

Karukord Jagau's>

Kalau setakat katak, dah selalu sangat dah.. Siap main ba ba cak lagi.. hehe..

Kat rumah ni mmg banyak katak.. Tu yg risau ada ular dok kejar dia tu.. Anak2 buah sampai takut nak masuk tandas sebab katak tu suka menyorok kat belakang pintu zink tandas tu... adehh...

APAN said...

pakai pampers je la kot :)

Cik Azz said...

APAN>

Sementara nak ambil dan pakai pampers tu, anak ular tu sempat lari.. Kan bahaya tu... hehehe..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)