Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 26, 2012

Ego tidak bertempat...

Assalamualaikum...

Ego tidak bertempat... 

Manusia, bila diundang, dia tak datang.. Ada saja alasannya.. Dan kita terima alasan yang diberi samada dengan redha ataupun berbelah-bagi.. Namun, bila mereka tidak diundang, mulalah mereka mengata.. Kononnya terasa dan kecil hati kenapa mereka tiada dalam senarai undangan. Dan kita tetap terima segala tohmahan samada dengan redha ataupun berbelah-bagi..

Kalau mengundang ketika terjumpa di tengah jalan, kebiasaannya tidak akan dilayan.. Hatinya mula berkata,  kita ni macam tak beradap.. Ke sana-sini dijaja cerita, ada ke patut undang aku kat pekan sari... Kalau diundang melalui telefon, pun begitu juga.. Kalau mengundang melalui kad yang murah, akan dikatanya juga.. Kasihan pada kad yang tidak bersalah.. Kalau boleh dia mahu undangan dilakukan secara 'face to face', iaitu mengundang terus-menerus dengan datang ke rumah..

Bagi aku, undangan dengan cara apa sekalipun sudah dikira sebagai mengundang... Apa yang lebih penting, mereka mengundang dengan ikhlas untuk memeriah atau meramaikan majlis tertentu.. Mana mungkin kita yang mengundang ini mampu untuk bertandang dari sebuah rumah ke sebuah rumah, dari sebuah daerah ke sebuah daerah, dari sebuah negeri ke sebuah negeri..

Kalau dulu saudara mara tinggal berdekatan antara satu sama lain, boleh la bertandang ke rumah mereka untuk tujuan mengundang. Tetapi kini tidak lagi kerana masing-masing sudah berhijrah dan punya kehidupan tersendiri..




p/s: Semakin hari ego manusia semakin tinggi... hmmmm......
.

8 Tukang Tembak:

Ara Nadea said...

org zaman skrg ego lebih penting.. sy lak xkisah nak jemput ke, xnk jemput ke, jemput kt kedai 7-e ke... :)

Tinta Lana said...

Saya setuju! Susah nak jumpa orang yang mengungkapkan dua perkataan ni dengan sebaik2 cara:

TERIMA KASIH dan MINTA MAAF

umiawadah said...

ada manusia merasakan dia berstatus tinggi perlu diundang dengan bergaya..bagi mereka yang masih berhati mulia tidak kisah bagaimana undangan diterima,yang penting niat itu baik...memang manusia egonya tinggi selagi merasakan dia yang terhebat..

Acik Erna said...

azz..dah namo e manusia..nak buek camno kan..jangan kito terlibat dah la..

Cik Azz said...

Senorita Ara>

Tapi kena tengok jugak jenis jemputan tu.. Kalau orang jemput datang untuk buat parti kat club, tak datangpun tak pe kot... eheh...

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Ada sesetengah orang tu nak ucap terima kasih kat drebar bas atau drebar teksi pun susah..

Katanya, dia yang bayar gaji(tambang), kenapa lak nak terima kasih, patutnya dorang la yg terima kasih kat dia... :)

Cik Azz said...

Ummiarissa>

Tu la kan.. Baru kaya sikit dah ego.. Baru pakai kereta persona dah mula menyenget, tak nak dah terima jemputan di tengah jalan..

Tu namanya manusia yg tak sedar diri tu.. huhu..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Mudah-mudahaan kito tak macam tu, kak.. Kok tak dapek jomputan tu, diam2 dah la.. Redho yoo laa.. itu lobih baik dari bising2..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)