Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 21, 2012

Rasa yang sangat tak best... huhuhu...

Assalamualaikum...

Rasa yang sangat tak best... huhuhu...

Sedikit tensi...
Ehh, bukan sedikit...
Tapi banyak sangat...

Rasa macam nak maki...
Ehh, bukan rasa lagi...
Memang dah maki dahpun...

Maki depan dia...
Tapi dia diam je tak kata apa-apa...
Dia tetap setia memandang aku...

Dengar ke..?
Tak dengar, kan...?

Boleh rasa ke apa yang aku rasa sekarang ni..?
Tak boleh, kan...?

Bagus juga korang tak dengar makian aku...
Elok juga korang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni...
Sebab dua-dua benda tu sangatlah tak best...

Sakit tau dada ni menahan sabar...
Sakit lagi hati menahan marah...
Sakit sampai berjangkit naik ke kepala...
Berpusing-pusing angin kat dalam kepala ni...

Di saat aku memerlukannya, dia meragam...
Di saat aku memerlukannya, dia buat hal...
Di saat aku amat-amat memerlukannya, dia tak mahu bergerak...

Akhirnya, aku tidur dengan koyok di dahi...

 

p/s: Geram dengan line streamyx yang macam ________!!! Sian laptop aku kena marah... huahuahua...

8 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Hahaha, ingat kan marah pakwe tdi, pe akak azz ni, nangis laptop tu taw,hahahah

The Everyting In My Life said...

hehehe....not only you la kak azz, my line so siput also here. so then, i am pretend to do my asigment even not finish yet. heehee...sbr k.jgn tensi...maki takpe...cos lappy dont understand ma..hahaha...sbr okeh! mari kita sama2 bakar laptop :P

Acik Erna said...

azz..samo lah..tapi akak tak marah laptop..akak pi buka tutup buka tutup..pasanga tanggal..pasang tanggal.modem tu...nak melopaeh kn goram kek line tu..sampai akak kato nanti kau..nanti se pasang unifi..se tondang kau..padan muko se kono bayar mahal untuk unifi.

Angah said...

sabor kak...istighafar banyak-banayk...sian laptop tu :D

Cik Azz said...

Tyntha Lana>

Pakwe pun takde, camner nak marah.. Teringin gak nak marah2 orang yg bernama pakwe ni.. hahaha...

Takpe marah laptop, dia bukannya dengarpun.. hehe...

Cik Azz said...

Za>

Hahaha...

Boleh ke buat assignment dengan tenang kalau hati Za dok geram je dengan line tu... huhu...

Takmo la bakar laptop, nanti tak dapat dah nak borak2 dengan Za.. :)

Cik Azz said...

Kak Erna>

Kok ado UniFi kek sini, dah lamo dah sey mohon kak.. Masalah ehh takdo.. Tak tau tahun bilo nak sampai sini UniFi tu..

Mahalpun mahal la, janji kualiti tiptop.. huhu...

Cik Azz said...

Angah>

Sabarrrrrrr la ni... hehehe...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)