Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 10, 2012

Gulai pisang muda cara mak aku...

Assalamualaikum...

Gulai pisang muda cara mak aku...

Ni pisang kapas...
Ambil yang kecil, besar lebih kurang sebesar jari orang dewasa...
Lepas tu siat-siatkan kulit dia dan belah dua...
Masukkan ke dalam besen yang berisi air...
Rendam sekejap untuk hilangkan getah dia...
Anggaran sepuluh minit dah laa...
(Kulit tu jangan dibuang, ambil jugak sebab kulit tu yang sedap, pada aku laa...)

Lepas tu, basuh pisang tadi dan masukkan ke dalam periuk...
Tak payah nak celur-celur pisang tu...
Masukkan sekali semua bahan sampingan yang diperlukan...
Asam keping + cili api + kunyit hidup + garam kasar +  ikan bilis sebagai rencah...
Ada nampak bawang tak..?
Takde, kan...?
So, jangan memandai masukkan bawang, apa jenis bawang sekalipun...

Boleh gantikan ikan bilis dengan ikan yang sesuai...
Ikan kembung atau ikan keli dan sebagainya...
Tapi lagi sedap kalau guna ikan bilis...
Sebab kalau campur dengan ikan lain, hilang keaslian rasa pisang muda tu...




Lepas tu, hidupkan api...
Kecutkan seketika pisang tu...
Bila warna pisang tu dah bertukar, barulah masukkan santan...
Biar sampai mendidih betul-betul, barulah tutup api...

----------------

Al-kisahnya....

Hari tu masa balik kampung, selepas buat urusan kat pejabat tanah, kitorangpun singgah la kat kedai makan kat pekan kecil Chengkau tu. Mula-mula mak aku tak nak makan, cuma kakak aku sorang je yang nak makan. Abang ipar akupun tak nak makan jugak. Kenyang lagi, katanya. Akupun tak nak makan jugak sebab aku ada bawa bekal nasi goreng yang tak sempat dimakan masa sarapan di rumah kakak kat Nilai tu...

Masa kakak aku ambil nasi, mak aku ikut la dia sambil jenguk lauk apa yang ada.. Tak banyak pilihanpun.. Cuma ada kari ayam, gulai pisang muda dengan goreng kangkung je.. Tiba-tiba mak aku kata dia nak makan sebab terpandang gulai pisang muda tu.. Maka, diapun makan la dengan berselera.. Mak aku ambil gulai pisang muda tu dengan kangkung goreng...

Lepas tu, abang ipar aku pulak ambil mangkuk dan meratah gulai pisang muda tu.. Habis semangkuk dia bedal.. Sedap agaknya gulai tu.. Pastu, bila dah nak balik, dah nak masuk dalam kereta dah, boleh pulak mak aku suruh beli gulai pisang muda tu, nak makan kat rumah adik ipar dia nanti.. Aku pulak cuma beli seketul ayam masak kari untuk dimakan dengan nasi goreng aku..

Lepas tu, baru la kitorang bergerak balik ke kampung sebab petang tu pulak ada majlis perjumpaan peserta mini estet dengan Risda dan mak aku terlibat sama walaupun seco'et je kebun getah yang ada.. Jadi laa...

Esoknya, mak aku tebang pokok pisang kapas kat rumah kakak, dan diapun gulai la pisang seperti cerita kat atas tu.. 

p/s: Begitulah al-kisahnya... :D

6 Tukang Tembak:

Tijah said...

omak sey bilih tu blend kasar sbb anak2 eh kok nampak suleh2 kang biaso kono buang. membazey. hehehe

Angah said...

lama dah tak makan gulai lemak pisang muda...ermmm balik kampung hari pekerja nanti nak suruh mama buat la

Acik Erna said...

azz..osah sodap e tu kan..
akak kalau nak gulai pisang udo..tak do pokok pisang yang nak ditobang..poi boli kek pasar tani rombau..

Cik Azz said...

Tijah>

Boto gak tu, kan.. Memang ado org yang tak suko bilih ni.. Tak tau deh bilih skang ni mahal mek amek... Sonang2 yoo nak dibuang ehh, kan...

Kok blend bilih tu, lagi sodap ghaso kuah gulai tu kan.. sobab dah sobati..

Cik Azz said...

Angah>

Sambil-sambil tu tengok la jugak macam mana mama tu masak gulai tu.. Nanti lain kali bila rasa teringin nak makan, dah boleh buat sendiri dah..

Memang la rasa tak sama dengan masakan mak, tapi at least takde la kecur liur...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Sokali sokalo memang la sodap kak.. Kok solalu, jomu gak dibuek ehh... hehe..

Kok poie pasar tani tu, apo tak balik kampung sokali.. Mano tau kot kek kampung ado lak pokok pisang yang buleh ditobang..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)