Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, May 11, 2012

Cinta Lelaki...

Assalamualaikum...

Cinta Lelaki...

Aku tak tau nak mengupas pasal cinta..
Dan aku juga tak tau nak berbicara tentang lelaki..
Yang aku tau lelaki memang suka main-main cinta..

Main cinta umpama main layang-layang bagi mereka..
Kalau talinya putus, atau layang-layang itu tersangkut di pokok, dibiarkan sahaja.. 
Nanti boleh beli yang lain...
Betul ke..??

Cuma, kadang-kala aku terfikir...
Apa sebenarnya yang dicari oleh lelaki dari seorang wanita atau perempuan..

Mencari kesempurnaan..?
Untuk apa..? Menutupi kelemahan dan kekurangan dirinya..?
Bukankah setiap pasangan itu saling melengkapi jika saling bertoleransi secara adil dan aman..?

Kadang-kala pada aku pasangan tertentu itu dah cukup sempurna dah..
Sangat sempurna dari segala benda dan perkara...
Namun bila tiba waktunya, cinta mereka pudar juga..

Tak faham sungguh.. 
Mungkin aku perlu bercinta dulu bagi memudahkan proses pemahaman... 
Oh nooo....(tau takut... hahaha...)

Better aku baca novel Cinta Lelaki ni je..
Katanya: Terlalu banyak pilihan, dia keliru dan akhirnya terpedaya...
Betul ke...??
Wahai readers lelaki, mehh la komen sikit... :D




p/s: Tak habis lagi baca novel ni padahal dah lama beli.. Yang pasti, kalau dalam novel cinta, mesti ada watak jahat yang mengganggu ketenteraman pasangan yang bercinta tu.., kann...

8 Tukang Tembak:

Julia Johari said...

Sebelum pihak guys masuk ladang blog kak azz...meh julia celoteh sikit pasal kaum adam neh:

Learn from the mistakes is the best medicine...haaaaa maksudnya kalau x menempuh ujian dan rintangan dari Allah dlm usaha mencari jodoh yg baik atau sempurna maka kita tidak akan tahu baik buruknya...yg ptg bila jumpa yg jenis negatif cepat2 positif kan diri agar rela menghadapi ujian tersebut dan lebih berhati2 dimasa akan dtg...pasti akan ke temu insan yg selama ini kita kehendaki...xperlu 100 peratus terbaik tp cukuplah saling lengkap melengkapi dan tutup keaiban masing2....itu sudah cukup utk mendapat kebahagian hingga ke syurga kerana apa yg dimiliki adalah kerana Allah...ya Allah!...:D

gadisBunga™ said...

cover buku dia sedap! hahaha!

Angah said...

Bercinta adalah mencari yang "sekufu" di hati. pernah tak kita nampak pasangan yg macam tak sepadan dr segi paras rupa? tp mrk bahagia krn sehaluan hati.

sekarang ni bukan lelaki je yg suka main-main cinta, perempuan pun ada...selagi tak jumpa yg "sekufu" di hati selagi itu lah mereka bertukar ganti pasangan..

kot ye gitu...

Tinta Lana said...

Salam..akak..kita tak pndai bab2 cemni..sbb...takda pasangn lagi,hihihi.

Oh..pandai ya..gabung tajuk novel ngan entry, hebat! >_<

Cik Azz said...

With Julia>

Masaalahnya tak jumpa lagi orang macam tu.. Manjang jumpa orang yang asyik nak membangkang je.. Mana boleh jalan kalau asyik dia je nak menang even perkara tu tak betul... kan...

Jangan kerana sayang, semuanya sanggup walaupun benda tu salah.. :D

Cik Azz said...

gadisBunga>

Kannn.... Baik minum air tu dari baca novel dia... hahahaha..

Cik Azz said...

Angah>

Ada je jumpa orang macam tu.. Tak cantik, tak kaya, tak pandai sangat tapi memang bahagia sampai hujung nyawa..

Contoh terbaik, kedua ibu bapa akak.. :)

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam..

Sama la kita... hahahaha...

Manade hebat.. Bukannya ada isi sangat entry ni.. Meraban je lebih.. hikk...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)