Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 19, 2012

Jumpa Siti Nurhaliza... ;)

Assalamualaikum...

Jumpa Siti Nurhaliza... ;)

Malam tadi aku jumpa Siti Nurhaliza.. Dia datang kat kampung aku, nun kat Rembau tu.. Entah apa yang dia buat kat situ, akupun tak pasti.. Yang pasti, aku betul-betul duduk kat sebelah dia.. Siap berborak sakan lagi macam dah bertahun jadi jiran.. ehehh....

Dan yang paling tak boleh nak percaya, aku siap main laga-laga pipi lagi dengan dia..!!! Padahal, kalau ikutkan aku yang sebenarnya, memang tak berapa suka nak berlaga-laga pipi ni... Tak kira la samada pipi tu licin ataupun sebaliknya... Aku geli + malu... huhuhu... 




Lagi satu, aku tak nampak kelibat suami dia.. Bagus jugak dia takde kat situ... Kalau tidak, mana mungkin aku dapat duduk sebelah dengan Siti tu, kan... Masa ni la peluang aku nak ambil aura Siti.. kehkehkeh...

Bangun pagi ni aku masih lagi tersenyum.. Masih teringat-ingat lagi senyuman manis Siti.. Masih terbayang lagi kulit muka dia yang mulus tanpa sebarang mekap.. Teringat nak tanya dia, apa rahsia dia yang buat kulit muka dia tu gebu dan lembut.. Tapi takut la pulak kalau dia kata, semua ini adalah kerana produk Simplysiti.. Cuba laa.... Adehhhh... 


p/s: Orang kata, mimpi hanyalah mainan tidur... huwawawaaaa...

13 Tukang Tembak:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik azz hang nak kena tembak ke?mulus kulit situ tu : )

Unknown said...

mimpi jer ker...adus ingat betol lah tadi....
hai salam kenal...
nak folo cik azz lah..
senang 2 mai laa singgah teratak kita

umiawadah said...

mimpi ler tu...memang kulit dia halus licin dan gebu...dah tengok real..tu lah..kalau nak jumpa Siti mehlah singgah Lipis..he he he

Angah said...

mimpi ke... bebenor ni kak azz....

ibundo said...

ekau takdo mimpi jumpo kakpah ko azz..

Cik Azz said...

Cik Ina>

Huhuhu.. Jangan la tembak kita... Kita belum jumpa CT in real lagi ni...

Cik Azz said...

Izan Mama Mia>

Mimpi je laa... Bukannya senang nak jumpa CT sambil laga2 pipi, kan... hikk..

Terima kasih ya sbb follow blog kita.. :)

Cik Azz said...

Ummi Arissa>

Adik badik saya dah ramai yg jumpa CT masa dia belum kawen dulu... Asal raya je, dorang pergi rumah CT tu..

Cuma saya je yg belum jumpa CT in real.. Sebabnya, saya rimas kalau ramai sangat orang.. Takut pengsan kelemasan je... huhu..

Cik Azz said...

Angah>

Mimpi je la Ngah weiii.... sobsobsob...

Entah bila la nak jadi real...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Nak jumpo akak in real.. Nak cubit2 pipi akak.. Tak nak lago2 pipi doh... hahaha..

Tinta Lana said...

Salam.. akak! tukar header lagi,hahahaha. Kak, kak suka color apa?merah?ungu? ke takda yg spesifik?hehehe.

#hurmm..ingt betul2 jmpa siti nurhlza tdi..jumpa dalam mimpi je..wuhuhu. Napa kak, tingin sangat nak jumpa ke,hik3, smpai terbawak dlm mimpi ha.

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Akak suka kaler hijau.. Sejuk mata memandang.. Tak suka sangat kaler merah melainkan kaler tu kaler bunga...

Tak tau la kenapa boleh mimpikan dia.. huhuhu...

Julia Johari said...

grupe2 yerrr mimpi ye kak azzz...ahahha kan julia dah terkena...ehehheh lawak lahhh kak azz neh..mimpi di siang hari ke mlm ari...basuh kaki dak sebelum tiduq? ehehhe mana tau kot2 ct nurhaliza nak pi rembau...haaaaaaaaa kot2 org besaq nak mai rembau...kot2 petanda kan..ehehhe

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)