Assalamualaikum...
Terlalu banyak pilihan dan tiada pilihan...
Kadang-kadang kita ni sampai tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan... Sudahnya kita termenung berfikir di hadapan makanan yang pelbagai itu...
Sedangkan ada insan di luar sana yang langsung tiada makanan untuk dimakan.. Jadi, apa pilihan yang mereka ada..? Sudahnya mereka termenung merenung masa depan yang semakin kelam... Mereka bukannya malas atau cuma berserah.. Mereka sebenarnya memang tiada pilihan..
Semoga kita membuat pilihan yang tepat.. Sambil-sambil menyuap tu, ingatlah kesengsaraan orang lain.. Fikir dulu nak makan apa.. Fikir juga samada mampu atau tidak untuk kita menghabiskannya agar semua makanan itu tidak dibuang begitu saja..
p/s: Tak kena pada diri sendiri, memang la boleh cakap apa sahaja, ikut suka nak cakap apa... Bila rezeki dah kena tarik, barulah tau macam mana rasanya jika tiada pilihan untuk memilih...
8 Tukang Tembak:
Salam..betul tu kak.
Saya pantang betul, bila makan kat luar, tengok org sebelah makan tak habis..takat tak habis satu dua sudu tu leh trima..tpi ni separuh pun tak smpai..buang n membazir cmtu je.
Kalau dah tau kenyang, atau jenis makan sikit, berpada-pada la makan, kongsi ngan org ke.. atau, kalau dah tak sedap sgt agaknya mknn tu smpai tak habis, bungkus la, bwk blik. bagi kat kucen pun takpa. tengok, kan lanaa dah marah ni,hahaha.
Tapi, seriously, lana tak suka org yg membazir mknan..bukan takat tu sifat syaitan, tpi tu juga tanda2 org tu tak bersyukur dengan rezeki didepan mata.. manusia salu begitu..bila ada, pandang sebelah mata. bila takda, baru nak hargai.
fuh.
mendalam betul entri ni.
ada waktunya kita akan diuji dengan situasi tanpa pilihan ni..moga-moga akan jadi pengajaran untuk kita..
Betul2. Sepatutnya kita lebih bersyukur dengan rezeki yang kita milki :)
erm...bila dah lapar, mmg lupa mende mcm ni...tpi bila x abis, mulalah nyesal sebab tamak...
Tu lah kan? Kito ni mewah dongan makanan sampaikan berbuang-buang. Sodangkan yang kek sanun tu.. nak makan sokali saghi pun susah.
insafi lah diri...pikirkan org yg dalam kekurangan...
salam azz...nasib baik la kalau dirumah akak ni.makanan memang jarang terbuang.
Terkadang sambil2 tempah makan di luar...ternampak kelibat org2 yg ambil kesempatan meminta sedekah ke hulur ke hilir. Adakah itu salah satu cara juga utk basmi kemiskinan diri sendiri? atau ada unsur sindiket...atau malas berusaha? Terkadang pilihan ada didepan mata...cuma malas dan mudah putus asa itu yg menyebabkan mudah putus asa...itu yg kita nampak di malaysia lah...di negara2 yg miskin mmg ternyata tiada pilihan mengharapkan bantuan utk teruskan hidup disebabkan unsur2 dan sumber2 pekerjaan tiada langsung utk menyara anak2...moga kita ambil iktibar...:)
Post a Comment