Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 8, 2012

Tiru gaya chef AFC... Perasannya.. :D

Assalamualaikum...

Tiru gaya chef AFC... Perasannya.. :D

Selain dari tengok bola, aku juga tengok cenel AFC kat astro tu.. AFC tau, bukan AC Di Sini.. hehe.. Setakat ni, dua benda ni je la yang aku layan. Tak macam dulu, semua cenel aku redah je. Kadang-kadang tu layan jugak cenel 701 atau 702 tapi itu kalau ada best movie je la.. Selebihnya astro tu mak dengan abang aku yang konker.. huhuhu...

Kat AFC tu aku suka tengok dorang decorate benda yang dorang masak tu.. Kadang-kadang tu dorang just buat simple dishes je, tapi dia punya decoration mengalahkan buat kek sepuloh tingkat.. Pastu kan, kat keliling makanan tu dorang selet la kuah atau sos yang berkaitan dengan makanan yang dorang buat tu.. 

Kalau ikut pandangan orang kampung macam aku ni, buat apa la nak selet-selet bagai, kan.. Bukannya cantik, lagi nampak selekeh ada la.. Tapi sebenarnya itulah yang dinamakan decoration.. Hanya tangan yang berseni je yang boleh buat deco-deco ni... Tangan kayu macam aku just tengok je.. Jangan banyak cakap.. Nanti mulut kena sumbat dengan senduk kayu.. hahaha.. 




So, hari ni akupun cuba la nak buat decoration untuk salad yang aku buat ni.. Siap cari pinggan empat segi lagi tu.. Padahal pinggan hadiah ubat gigi darlie je tu.. hahaha... Tak rajin la pulak aku nak menggodek almari cari pinggan vantage.. Dah pinggan tu memang takde, buat apa la nak cari.. Semangat betul la pompuan sorang ni.. kehkehkeh... Cekau je la mana yang ada.. Bukannya nak makan pinggan tu pun.. :D




Dan inilah hasilnya decoration yang aku buat... Punya la perasan macam chef AFC.. Siap besarkan lagi gambar tu.. Pastu siap letak watermark lagi tu.. Jangan gelak tau.. Biar aku sorang je yang gelak.. wakakakakaka...


Ehh.., sama pulak kaler bunga tu dengan kaler tomato... Jangan tersalah cucuk dah la.. kihkihkih..

p/s: Suka tengok dorang masak kat cenel tu.. Main campak-campak je.. Menjadi pulak tu.. Cuma rasa tu tak pasti la kan... Sebab dorang sokmo kata marbeles je... hehehe...

6 Tukang Tembak:

Tijah said...

kak, 706 pun best kak. sempoi yo masak jonih humban2 tapi nampak cam sodap.

Julia Johari said...

ehehhe marvelos chef azz you! so marvelos dishes...weeeee jadi vegetarian women lah nampak gayanya yer kekkeke...apa yg ptg percubaan kak azz berjaya...tgk hasil yer pun sudah tentu sodap utk dijamah...x nmpak dh mak lalu kekkeke :P selamat mencuba lagi ye kak azz...leng kongsi2 resepi.

Dua Qurun said...

biler perut dah lapa,xnmpk ape-ape pun....haha

Cik Azz said...

Tijah>

Ado ehh...? Tak ponah pulak lepak cenel tu.. Nanti nak try usha gak laa..

Cik Azz said...

With Julia>

Makan sayur ni bagus untuk ibu yang mengandung tau.. So, Ju kena banyak makan sayur.. hehehe..

Setakat salad ni, apa aje la resepinya Ju weii... Hentam je la... haha...

Cik Azz said...

Encik Atan>

Ehh, jangannn... Kena bagi nampak gak.. Takut nanti termakan makanan yang kotor atau tidak sepatutnya.. Bahaya kalau main lelap mata je..

:D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)