Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 12, 2012

Semai...

Assalamualaikum...

Semai...


Aku semai beberapa pokok bunga sebagai backup kepada pokok yang sedia ada.. Nak beli anak pokok yang baru, mahal jugak.. Jadi, sementara pokok yang ada ni dah beranak, maka aku alihkan la anak tadi ke dalam pasu kecil.. Antara pokok tersebut adalah:

Pokok keladi: Ibu pokok ni dah besar.. Tak larat aku nak angkat pasu dia.. Tengok ada dua anak, tu yang ubah tu.. Satu pasu nak bagi kat akak sebelah rumah sebab diapun tengah semaikan pokok bunga melur untuk aku..



Pokok bunga ros: Aku semai kat atas tanah je.. Pokok ros ni agak sensitif.. Kalau semai dalam pasu, nanti susah nak ubah atas tanah.. Tu yang aku main cucuk je tu.. Ada orang kata pokok ros ni tak boleh tersentuh selepas ditanam.. Kalau tersentuh dan bergoyang, alamatnya dia tak akan hidup walaupun dah keluar sulur macam dalam gambar kat bawah ni.. Aku harap pokok yang aku semai ni terus hidup la sebab pokok  indok yang sedia ada tu aku tengok semacam je.. huhuhu...



Ini aku tak tau pokok apa.. Mujur ada anak sebab ibu pokok ni semakin hari semakin kurus gara-gara mak aku cucukkan pokok ekor kuda dalam pasu yang sama.. Sudahnya, pokok ekor kuda yang menumpang tu yang gemok.. huhuhu..



Lagi satu pokok keladi.. Jenis yang ni sebenarnya banyak kat rumah aku.. Ada dua warna bunga iaitu merah darah dan merah jambu.. Tapi disebabkan proses membuat laman yang terbiar agak lama, pokok ni banyak yang sudah mati sebab terdedah kepada matahari.. Ralat jugak sebab bunga kaler merah darah tu cuma sepasu tu je.. 



Pokok limau purut: Anak pokok ni mak aku beli kat pekan sehari.. Dulu aku selalu mintak buah limau purut ni kat jiran sebelah rumah.. Tapi pokok jiran tu dah lama mati.. Maka terpaksalah aku tanam pokok ni sebab buah limau purut ni aku gunakan untuk buat mandi.. Kalau kepala tengah pening ting tong, elok mandi dengan buah limau purut ni biar segar sikit...



Pokok jagung: Aku semai dalam sepuluh lubang.. Setiap lubang tu aku letakkan tiga biji benih.. Setakat hari ni cuma lima lubang je yang nampaknya keluar sulur.. Itupun daun dia dah mula kena makan dah.. Tak tau la siapa punya kerja samada ayam ataupun kucing.. Geram betul laaa... 




p/s: Nak tunggu pokok membesar punya la lambat.. Kadang-kadang tak sabar rasanya.. Tapi nak menjahanamkan pokok yang sedia ada, mudah je.. Sabar je laa..

9 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..camano pokok dan daun tak kono makan..ni ado ladybird comel dah makan he he..comel yo jalan2 beronti..lopeh tu hilang..lopeh tu timbul balik..pandai azz buek

ibundo said...

pokok bungo akak dah tak bebolo dah sekarang ni azz.. Kok bibik takdo, somak samun lah nampak e..

Tinta Lana said...

Salam.

Suka tgk orang yang menanam2 pokok ni >_<

Sekarang tinggal di flat, takda ruang yg sesuai la kak nak buat mcmni..masa awal2 pindah ritu, nak juga bela kaktus..tpi tak romantik lah kaktus..berduri (-_-)

Cik Azz said...

Kak Erna>

Hahahahahha...

Adoyaii.. Boto gak tu.. Sapo soh bolo ladybird.. Kan abeh pucuk jagung tu dimakan ehh...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Sey ni baru nak mulo nak bolo balik bungo2 ni kak.. Dah banyak berabis dah.. Sayang lak kok dibiarkan camtu yoo..

Tapi tu la.. bajo bungo ni mahal na bona.. Kadang2 tu tak mampu nak boli solalu.. huhu..

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam..

Ada je pokok kaktus yang tak berduri.. Kalau ada duri pun, duri dia tak tajam.. Kena pandai cari laa..

Bela je pokok lidah jin.. Tu pun jenis kaktus jugak tu... Elok bela pokok hijau ni.. Boleh jadi penawar mata yang rabun... :)

Tinta Lana said...

Pokok lidah jin?aah ea..elok juga camtu..

Saya kan kak, sebab sy dok pikir kaktus tu kan, sebab siaznyo kecik..sy ingt nak letak dalam bilik je. hehehe.

Elok juga cdgn akk tu ^_^

Cik Azz said...

Kaktus tu kecik sebab pasu dia kecik.. Cuba masukkan kaktus tu dalam pasu besar atau tanam atas tanah, mau gedabak jugak saiz dia..

Kalau nak letak lidah jin tu dalam bilik, guna je pasu saiz sederhana..

Nur haura afeeya said...

Slam

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)