Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label takde keje cari keje..... Show all posts
Showing posts with label takde keje cari keje..... Show all posts

Monday, January 2, 2023

Final touch untuk taman blok.

Assalamu'alaikum.

Final touch untuk taman blok.

Pagi tadi, aku cat lagi untuk taman blok. Ini yang last sekali sebelum #akrf bermula pada 4. 1. 2023 ni. Otak aku dah blank dah. Aku dah tak boleh nak fikir apa lagi yang aku buat untuk hidupkan lagi taman blok aku ni. Sudahnya, aku main conteng-conteng je la cat warna putih tu 












p/s: Aku buat mana yang termampu je.

.

Thursday, December 15, 2022

Kemaskan taman blok.

Assalamu'alaikum.

Kemaskan taman blok.

Bermula pada 13. 12. 2022 hinggalah ke hari ini, 15. 12. 2022, aku sibuk dok kemaskan taman blok aku ni tapi masih lagi tak siap-siap. Ye la, yang buat kerja tu cuma aku seorang je. Maka lambat la siapnya. Itupun mujur juga aku minta tolong abang aku untuk gali tiga lubang sebab aku nak tanam pokok bunga loceng. 

Lepas tu, aku juga minta tolong adik ipar aku untuk angkut batu putih yang berat tu dari rumah dan bawa ke taman. Terima kasih untuk mereka berdua. Selebihnya, aku sorang yang buat kerja di taman tu.

Aku kongsikan gambar dan video yang aku ambil pada tiga hari tersebut. Mula-mula sekali gambar pada hari pertama iaitu 13. 12. 2022. Macam biasa, gambar tak ikut turutan la ya. Asal ada, sudah. 😁😁😁

.








Ni pula gambar pada hari kedua, 14. 12. 2022.









Dan ini pula gambar pagi tadi. Kali ni banyak sikit gambarnya. Dah hampir siap dah dekorasi taman blok aku ni. Alhamdulillah. Tapi rasanya mau tiga hari jugak nak siapkan sepenuhnya.






Muka berpeluh-peluh. Letih oii buat kerja sorang-sorang tapi seronok sebab takde yang kacau. 🤭🤭🤭
 
















Jom balik. Penat dah ni. Buah rambutan tu jiran yang bagi masa aku lalu depan rumah dia. Alhamdulillah.


Cat, batu putih dan pokok bunga janda kaya tu dapat sponsor dari pejabat Felda. Dah ada peruntukan untuk setiap Felda, tu yang dapat semua tu. Rasanya ni la kali pertama dapat sponsor macam ni untuk ceriakan taman blok masing-masing. Rezeki juga ni. Alhamdulillah.






Taman tu takde la cantik manapun tapi sekurang-kurangnya ada la perubahan. Tak gitu? 

Pagi esok jika takde aral, aku sambung lagi buat kerja kat taman ni. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Aamiin.

Akrf punya fasal, buat la juga walaupun aku kena kecam. Hampir-hampir aku mengalah tapi aku kuatkan semangat aku untuk terus berjuang hingga siap.




p/s: Pekakkan telinga dan move on. Allah ada bersama kita. 

.

Wednesday, October 26, 2022

Gaya Peah tidur.

Assalamu'alaikum.

Gaya Peah tidur.

Budak Peah ni tak sihat. Tak habis-habis dengan selsema dia tu sampai kurus dak Peah dibuatnya.

Tapi, dalam pada tak sihat tu, gaya tidur dia tetap maintain. Dari dulu dia suka tidur gaya macam tu. Akupun pelik menengoknya. Gaya siapa la yang dia tiru agaknya. 🤭🤭🤭








p/s: Peah ni jantan ya. 😹😹😹

.

Monday, October 24, 2022

Tukar tanah untuk pokok kaktus.

Assalamu'alaikum.

Tukar tanah untuk pokok kaktus.

Pokok kaktus aku ni dah lama terbiar tak berjaga. Daripada cantik rupanya, terus teruk jadinya malahan ada yang dah mati. Sedihnya.. 😭😭😭

Jadi, dua hari lepas, akupun curi sedikit masa untuk replant semula pokok kaktus aku tu. Dekat 3 jam jugak la aku dok mengisahkan dorang. Itupun tak selesai lagi. Sakit-sakit badan dibuatnya. 










Lepas tukar tanah, baru la nampak 'berseri' sikit. Kalau tak, suram je. Nak tengokpun tak lalu. Haha.





p/s: Aku beli tanah ni sebenarnya untuk projek tanam sayur aku tapi takpe la, ambil la sikit untuk ganti tanah kaktus ni. Nak beli tanah khas, mahal jugak harga dia. Guna aje la tanah campuran yang ada.

.

Friday, October 21, 2022

Kemas kawasan rumah.

Assalamu'alaikum.

Kemas kawasan rumah.

Pagi ni, aku tebang dua batang pokok bunga yang dah besar dan merimbun. Aku tebang sebab semut hitam banyak sangat bersarang kat pokok tu. Tebang guna parang je. Habis semut tu jatuh atas badan aku. Dah jadi satu kerja pulak berperang dengan semut. 🤭🤭🤭







Pokok kaktus ni aku pindahkan dari depan ke belakang. Nanti aku nak tukar tanah dia. Aku nak jaga balik semula kaktus ni. Kesian dorang terabai sampai ada yang mati. 




Mujurlah abang aku nak tolong buangkan sampah semua tu. Ikutkan aku, memang tak larat dah.





Penat buat kerja mengemas ni tapi takpe sebab ia penat yang menyihatkan. Buat kerja macam ni lagi bagus dari asyik mencari salah orang. Penat nak layan orang yang manjang negatif ni.



p/s: Jom kemas rumah!

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)