Assalamualaikum...
How to change description text colour for blog...
Dah lama tak buat tutorial, kan... hehe...
Rasanya zaman untuk menggodek HTML sudah berlalu untuk blog aku ni..
Entah, dah macam malas dah nak main-main tukar gambar header..
Kalau dulu, itulah kerja yang aku akan lakukan tatkala bosan melanda...
Adakah sekarang ini aku sudah tidak bosan?
Lantas tiada lagi acara menukar-nukar header...?
Hahaha...
Jawapannya, sebab aku dah mula membaca novel semula..
Dan itu antara sebab aku dah malas nak ber-tutorial semua ni..
Kali ni tutorial aku senang je iaitu macam mana nak tukar kaler text description untuk blog.. Text description adalah seperti ayat yang ada kat dalam kotak merah kat dalam gambar di bawah...
Selalunya kaler text description ni akan datang sekali dengan kaler text header blog kita tu.. Kalau kaler untuk text header tu pink, macam aku punya ni, maka kaler untuk text description akan turut pink jugak.. Rasa macam silau je kalau semuanya satu warna, ya tak..? Sebab itu aku cuba jugak godek-godek HTML untuk tukar kaler text description tu...
Langkah-langkah macam biasa... Cari apa yang ada kat bawah ni, yang dalam kotak merah tu...
p/s: Setakat ini je la ya... Selebihnya rajin-rajinkanlah jari tu menggugel.. hikk...
0 Tukang Tembak:
Post a Comment