Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Prihatin la sikit wahai kawan-kawan blogger....

Assalamualaikum...

Prihatin la sikit wahai kawan-kawan blogger....

Saya kan, kalau blog yang berat nak loading, terhegeh-hegeh nak keluar dia punya entry, memang laju la saya pangkah X... Letih la nak tunggu semua tu... Tak payah la nak hias-hias sangat blog tu dengan lampu liplap ke, salji ke, air hujan ke, banner iklan ke, dan yang sewaktu dengannya... Kalau dah sampai tahap meng-'hang'-kan saya punya laptop, memang tak masuk dah la blog tu... 

Kalau boleh, permudahkanlah untuk pembaca nak explore blog kita tu.. Kalau rasa nak kongsi cerita, kongsi betul-betul, ringankan blog tu, buang semua benda alah yang serabut tu... Benda-benda yang serabut ni menambahkan berat je... 

Contohnya, kalau fikiran kita serabut, dah tentu kepala kita jadi berat nak berfikir, kannnnn... Kalau badan kita penuh dengan aksesori atau bendasing yang berserabutan, susah jugak kita nak bergerak, ya tak... Cuba bayangkan, kita nak jalan cepat, tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju yang berjela-jela labuhnya sampai tersadung beberapa kali... Tak ke nampak serabut tu.. Begitu jugak dengan blog... 

Tapi ada jugak orang kata, blog berat macam manapun, kalau tuan punya blog tu g(i)lamour, ramai je orang masuk blog tu.. Tapi bukan saya la... Saya tak berminat dengan g(i)lamour semua ni namun ianya bergantung jugak dengan apa yang ada dalam sesebuah entry tu.. Kalau ada cerita bagus tentang pengalaman hidup dia, saya masuk dan baca... Kalau setakat buat GA atau nak jual balik baju yang dia dah pernah pakai, memang saya tak klik la link tu sebab buat masa ni, saya bukannya jenis yang suka nak masuk contest kat blog ni semua... Tak tau la kenapa... huhuhu... Mungkin esok lusa saya jadi tersuka pulak, siapa tau, ya tak... ehehh...

Maaf la banyak-banyak jika ada yang terasa... Bukan apa, kadang-kadang saya ni suka nak baca entry kat satu-satu blog tu.. Tapi bila loading lembab, sayapun jadi lembab la jugak.. Terus mood merudum jatuh...

So, fikir-fikirkan la ya kawan-kawan... Jangan pulak nanti kata orang sombong tak nak datang blog awak... Bajet artis la... Poyo la.. Eksen lebih laa.. Ishh, tak baik cakap macam tu tau... 

p/s: Ada aku kisah kau nak datang ke tak kat blog aku... Hamboiihh, cantiknya bahasa... Jangan la macam tu kawan... Cool okay... ehehh....  \\(^____^)//

16 Tukang Tembak:

Tijah said...

Saya sokong yb. Blog yg ada lagu pun sama. Kadang2 kelam kabut cr button nak pausekan benda tu sbb mengganggu kosentrasi nak baca kan..

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Saya nak sgt buat entry pasal satu topik ni.

Selalu blogger2 otai (tak suma), bagi tips camna nak jadikan blog lebih mesra pengunjung..ant tips nya, kurgkan gadget, entry biar ringkas dll.

Tapi, diorg sndiri pun sy tgk tak buat pun tips2 tu.. yg baru2 ni pula..sebab taktau menda..ikut je..

Blog femes2, banyak yg loading berat..tpi, takda pula yg menegur..kan kak? huhuhu

hazanis said...

hehe setuju sgt. tp blog kita berat gak. :(

Angah said...

haha.. terbaikk la kak azz...

kalo pc angah yg memang lemb..ni memang tak leh terjah lah blog yang banyak barang hiasan ni...

Admin said...

boto tu boto tu..

umiawadah said...

harap blog saya tak membebankan...sebab bukan saya yang buat...sila salahkan adik saya...hehehe

MulutPayau said...

akak setuju sangat ngan Cik azz...

Julia Johari said...

akak azz... masuk blog saya berat x? hehehhe boto tu boto bak kata phat hahahha

Cik Azz said...

Tijah:

Hampeh ko... Ado koo yb panggil ehh akak ni.. hahaha...

Kann... Blog yg ada lagu mmg menyesakkan.. Lagi sesak kalau gadget tu dorang letak kat bawah sekali.. Kalau kena entry sampai 3-4 per-page, jenuh la nak mencari gadget tu...

Sonang cito, kito pangkah yoo laa... hehe...

Cik Azz said...

Lana:

Blog pemes2 tu berat sebab semua gadget atau iklan kat blog dorang tu ada income dan menguntungkan.. Masa dorang belum pemes, okay je blog dorang, banyak entry yang seronok nak baca... Tapi bila dah pemes, dorang banyak main GA je.. Jemu la camtu, kan..

Cik Azz said...

Cinta hazanis:

Sila2 la ringankan blog tu... hahaha...

Tenkiu ya sudi singgah dan komen kat sini.. :)

Cik Azz said...

Angah:

Sama la dgn lappy akak ni.. Ditambah lagi dengan masalah line yang terhad, memang payah la nak bagi kerjasama untuk masuk kat blog2 camtu...

Cik Azz said...

Phat:

Boto amek-amek tekau... hehe...

Cik Azz said...

Ummi Arissa:

Blog awakpun berat jugak sebenarnya... ehehh...

Nak ringankan blog senang je... Jangan letak banyak sangat gadget kat bawah header... Kena letak kat kiri atau kanan page blog kita tu..

Sian adik awak, tak pasal2 dia yang kena... hehe...

Cik Azz said...

Mulut Payau:

Kann... Nak kongsi cerita tapi macam tak ikhlas je.. Makin berat loading blog tu bermakna makin berat la blogger lain nak singgah...

Tak singgah komen takpe, asalkan singgah untuk klik iklan.. wahahaha...

Cik Azz said...

Mama Julia:

Takde la berat sangat rasanya... Tapi kalau ada lagu tu, elok la settingkan dia.. Jangan setting auto.. Kalau remove lagu tu lagi bagus... muahahaha....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)