Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, December 12, 2012

Sudah, cukup cukup sudah... :)

Assalamualaikum...

Sudah, cukup cukup sudah... :)

Aku rasa cukuplah setakat ini dulu...
Dah banyak dah rasanya aku membeli...
Tutup akaun untuk tahun 2012 ni...
Lagipun akaun tu dah mula tercungap-cungap dah...
Hehehe...





Tengahari tadi encik posmen datang bawa bungkusan lagi... Yessza, kali ni bungkusan novel yang aku order online kat Kaki Novel... Kiranya awal jugak la barang ni sampai... Bukan apa, hari tu anak buah aku ada jugak cakap yang Kaki Novel ni kadang-kadang lambat dalam penghantaran, boleh sampai dua minggu.. Tu yang aku cuak sikit tu... 




Tapi untuk pertama kali ni, okay la.. Tak sampai seminggu submit order, dah sampai dah... Kalau macam ni, lain kali boleh la kita berurus-niaga lagi, ya tak... Asalkan novel tu berkualiti dan menepati citarasa aku, insya-Allah aku akan berikan sokongan... :)




Novel-novel yang aku beli kali ni ialah:

Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul...
Kuseru Rindu Itu by Hanni Ramsul...
Untuk Semua Dosaku by Rin Ahmad...
Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar...


p/s: Tengah buat senarai untuk beli novel tahun depan.. Makanya, kena la mem-bajet mulai dari sekarang... Mudah-mudahan rezeki makin murah.. Amin... Doa-doakan la ya... ehehh...

8 Tukang Tembak:

Angah said...

amin..moga murah rezeki..

umiawadah said...

ala ruginya kita tak berjiran....pinjam dalam mimpi je lah..

Yunus Badawi said...

amin.


Rajin membeli dan rajin membaca takpe.
ada org rajin membeli tapi tak terbaca. Akhirnya suci dalam debu aje .... huhu

Tinta Lana said...

Salam.

Saya dah membajet2 untuk borong kat pesta buku kak, hik3. Jom la kak, mai turun kl book fair.

Hohoho, tak sbr sy nak tnggu,hehehe >_<

Cik Azz said...

Angah:

Amin.. Moga rezeki Angahpun murah jugak..

Cik Azz said...

Ummi Arissa:

Saya ni sayang nak bagi orang pinjam novel saya.. Adik-badikpun saya tak bagi pinjam.. huhu...

Bukan kedekut, tapi sayang la nak bagi pinjam kat orang.. ehehh...

Cik Azz said...

YB:

Amin..

Dah beratus habis membeli, tak kan la nak biar camtu je, kan...

Bak kata orang tu, alah membeli menang memakai.. Banyak gak dapat pengajaran dari pembacaan novel ni.. hehe..

Cik Azz said...

Lana:

Dengar citer bulan Feb 2013 kan book fair kat PWTC tu...?

Dah lama betul tak pergi situ.. Bila dah balik ke lubuk ni, susah la sikit nak keluar... huhu..

Kalau turun KL, agak2 kita boleh jumpa tak..? ehehh..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)