Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 29, 2012

Jangan main-main, cakaplah...!

Assalamualaikum...

Jangan main-main, cakaplah...!

Bercakap itu salah satu bentuk pengubatan jiwa. Asalkan jangan bercakap hal-hal yang merapu atau cenderung pada mengumpat, ia patut dilakukan selalu. 

Bayangkan anda seorang diri di rumah sedang ahli keluarga yang lain semuanya pulang ke kampung untuk dua tiga hari. Anda akan gelisah. Anda akan buka tv atau dengar radio, anda mahu mendengar suara. Tidak sanggup lagi rasanya hidup dalam dunia sepi sedangkan anda tidak bisu dan bukan seorang yang pekak.

Bercakaplah untuk melegakan perasaan. Sampaikan apa yang terpendam di dalam hati anda untuk didengar oleh orang lain. Jika tidak mampu bersuara, menuliskannya juga cukup. Pokoknya 'bercakap' meskipun tanpa suara.




Sembahyang itupun 'bercakap', berzikirpun 'bercakap', aktiviti bercakap berlaku di mana-mana. Usah asingkan diri anda tidak mahu bercakap. Salah satu aktiviti yang boleh merangsang otak ialah bercakap.

Meskipun begitu diam adalah lebih baik dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bercakap perkara-perkara baik itu lebih baik daripada langsung tidak bercakap..

Kalaupun tidak mahu bercakap, keraplah membaca sebab membaca juga salah satu aktiviti 'bercakap'...

Sedikit petikan daripada buku Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi hasil tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...

p/s: Mood aku sekarang ni macam malas je nak bercakap atau dalam bahasa ciptaan aku, mood aku ialah MnM iaitu Malas nak Merapu... Tapi kat blog still merapu lagi... ehehh... Esok lusa tak tau lagi macam mana.. Bergantung pada keaktifan hormon jugak kot... Ada pulak camtu... hehe... Ehh, ada ke..? Errrr.... aiyark....!!

1 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)