Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 5, 2013

Satu kemusykilan...

Assalamualaikum...

Satu kemusykilan...

Harga asal sebuah novel adalah RM22..
Disebabkan sudah mendaftar sebagai ahli, dapat la diskaun dan harga tadi menjadi RM18.70..
Lepas tu dikenakan caj tambahan untuk pos sampai RM5.97..
Harga dari RM22 turun kepada RM18.70 dan kemudiannya mencanak naik kepada RM24.67..

Lebih baik tak payah bagi diskaun...
Baik beli kat kedai ataupun beli second hand punya novel...
Masalahnya, nak keluar pergi beli sendiri tu yang agak susah tu...

Kenapa penerbitan lain dah bagi diskaun, pastu takde caj dikenakan untuk pos...
Kenapa penerbitan yang satu ini dah bagi diskaun tapi dikenakan caj tambahan untuk kos penghantaran...
Musykil gak aku ni...
Dah la aku ni baru je berjinak-jinak dengan membeli novel secara online...

Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri yang kita tak tau...
Elok-elok nak proceed order, terus je tekan pangkah kat atas tu... huhuhu....

Sesiapa yang ada jawapan tentang kemusykilan ini, silalah kemukakan...
Terima kasih... :)


p/s: Bukan dari terbitan Kaki Novel atau Karya Seni.. Dua-dua penerbitan ni caj pos adalah percuma.. Terima kasih untuk kedua-dua penerbitan ini kerana memahami masalah pembaca yang sentiasa tak cukup bajet... 

3 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

hehhee.. biasa ar.. penah kena sekali, beli satu novel 2nd hand lebih daripada harga novel yg sma tp bukan 2nd.. =.="

Fariq Jalil said...

maaf la sy tade jwpn untuk itu.. haha

Nia said...

Rasa tertipu kadang-kadang kan dengan kos pos ni. Yang terbaik kita beli online dekat kedai online yang ada pos percuma. Tapi, kalau buku yang kita nak takde, terpaksa la pegi kedai juga..huhu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)