Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, January 4, 2013

Video sempena majlis kasih sayang ASST dan ILUS di Intekma Resort...

Assalamualaikum...

Video sempena majlis kasih sayang ASST dan ILUS di Intekma Resort...

Pada 22 Disember 2012 yang lalu, telah diadakan satu majlis iaitu majlis kasih sayang antara novelis Melur Jelita dan para peminatnya yang diadakan di Intekma Resort, Shah Alam.. Bagaimanapun, aku tidak ikut serta dalam majlis ini kerana waktu itu cuti sekolah dan adik ipar aku ada di rumah, berpantang..

Pagi tadi, TV9 menyiarkan kembali sedikit sedutan di dalam majlis tersebut menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O. Aku sebenarnya dah hampir terlupa mengenai rancangan ni tapi bila ternampak ada orang yang bagitau pasal ni kat live feed fesbuk, terus je aku berlari mendapatkan enpon cap ayam aku tu.. ehehh..

Diucapkan tahniah kepada kelab peminat ASST dan ILUS serta semua yang terlibat kerana telah berjaya merealisasikan impian para divaz untuk bertemu sesama mereka..

So, inilah hasilnya yang sempat aku rakam... Jika tak dengar suara yang keluar, sila kuatkan sikit suara speaker ya... ehehh... Maaf la sebab kualiti video kurang memuaskan.. Faham-faham je la, kan.. :D





p/s: Semenjak jadi hantu novel ni, aku dah tak sempat nak edit-mengedit video kat Windows Movie Maker (WMM) lagi dah.. huhuhu...

0 Tukang Tembak:

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)