Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 26, 2013

Cerita budak-budak...

Assalamualaikum...

Cerita budak-budak...


Kadang-kadang aku lebih rela baca novel yang bertemakan kawen paksa walaupun tema sebegitu sangatlah klise.. Pada aku, tak mengapa asalkan cara garapan, olahan dan susun atur ayat dalam novel itu berlainan dan kena dengan jiwa aku.. Cerita sebegini, walaupun nampak macam serabai dan tidak relevan, namun masih ada sedikit pengajaran yang boleh dikutip.. 


Tapi bila masuk bab cerita budak-budak yang kena tangkap basah dalam usia yang masih terlalu muda, lelaki dan perempuan mempunyai usia yang sama, masih belasan tahun, menjadikan aku sedikit kecewa. Apatah lagi bila baca bab kredit enpon pun mak bapak yang tolong topapkan, secara tak sengaja aku mengeluh semasa mambaca novel tersebut..


Kawen muda tapi masing-masing tidak bekerja. Semuanya mak bapak yang tanggung. Lepas tu dapat anak dan sambung belajar. Mak bapak jugak yang jaga anak tu dan tanggung lagi semuanya.. Kalau dalam novelpun aku tak berkenan, apatah lagi dalam realiti.. 


Entahlah, pada aku, cerita sebegini tidak wajar dijadikan sebuah kisah dalam novel.. Kecualilah jika si lelaki itu usianya lebih tua dari si perempuan tadi dan lelaki itu sudah ada kerja.. Tak kisah la kerja apapun, hatta jadi tukang kebun sekalipun, janji dia bekerja.. Sekurang-kurangnya ada terlihat sedikit kematangan dan sifat tanggungjawab lelaki tadi walaupun tidak digambarkan secara terperinci..


p/s: Macam takde input je baca novel macam ni walaupun happy ending... Hmmm... 

5 Tukang Tembak:

Fariq Jalil said...

amboih.. feeling abes baca novel. heh

Tinta Lana said...

Salam.

Baik akak bagi tau sya, novel mana yg jalan citer tak best ni?hahahaha

Julia Johari said...

Sangat2 sokong...x salah kahwin muda jika bekerja...jgn isteri tanggung suami 100% sudah lah ye...kang terbalik dunia...yg ptg jgn susahkan mak bapak...

Unknown said...

ade eh novel macam ni?
apakah motif cerita die..kalau nak suapkan input yang agak x membina pada org dewasa kite ni?
~owh..x faham~...

saye dah lame x baca novel2 cinta yg byk dkt pasaran ni, sbb rasa mcm byk sangat angan2 dari realiti. jadi stop terus baca.

mmg ade baik nye membaca novel2 ni sbb bleh je tambah ilmu, bagi perbendaharaan bahasa tu improve.. tapi kalau novel kana2 remaja yang baru masuk sekolah menengah pun dah penuh dgn kisah2 cinta..x patut rasenye.
nak beli as hadiah or bagi adik2/anak buah baca pun risau.... kene jadi bijak dalam memilih bahan bacaan sekarang ni...

Angah said...

novel pun terhasil dari kisah benar selalunya, makna nya zaman sekarang ni memang ada kes kawen muda, perbelanjaan hidup mak bapak tanggung....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)