Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, May 12, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Setelah hampir seminggu aku dilanda ketidak-stabilan badan, hari ni nampaknya ada sedikit perubahan.. Walaupun tidak pulih sepenuhnya, namun dapat la aku gerakkan sikit kerja jahitan aku tu.. 




Hampir seminggu jugak kerja menjahit aku tidak berusik langsung, terbiar macam tu je.. Tak boleh nak buat.. Bahu aku kiri dan kanan memang sakit sangat gara-gara angin yang banyak masuk.. Kepala jangan cakap la.. Asyik bertampal koyok je.. Dua hari aku terpaksa muntahkan apa yang aku makan.. Nak minum kopipun takut.. Aku sekarang minum susu tepung nespray + milo + hirisan halia + susu pekat manis sikit..


p/s: Aku tak harapkan harta yang melimpah ruah kerana aku memang tak mampu nak kumpul segala jenis harta tu.. Cuma aku mengharapkan agar kesihatan aku sihat seadanya.. Itu yang lebih utama... 

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Alhamdulillah 10x..azz dah sihat..jago diri jago makan lopeh ni yo azz..mano yang agak2 borangin tu..tingga an dulu..tak lamo laie kito nak poso ni

Kamsiah yusoff said...

salam kenal tuan rumah...

akak dok telan tuju angin,HPA punya utk buang angin..mmg seksa bila satu badan berangin ni

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)