Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Alasan tak boleh pakai..

Assalamualaikum...

Alasan tak boleh pakai..


Pernah nampak tak benda yang macam dalam gambar kat bawah ni...? Pernah..? Okay, bagus.. Tak pernah..? Lagiiiiiiiiiii bagus... hehh..


Selalunya apa yang akan korang buat jika nampak benda macam tu keluar..? Buat tak tau je ataupun laju-laju tulis komen bagitau si empunya post, 'tak nampak apaaaaaaaaaaaapunnnnnnnnnn' siap dengan simbol meraung-raung..


Dan apa pula jawapan dari si empunya post tadi..? Dia make donno aje ataupun dia reply komen tu dan bagitau, 'kalau bukan fren memang la tak dapat tengok.. Add la dulu jadi fren, baru boleh tengok..' 


Okay, nampak tak 'permainan' kat situ..?? Tak nampak jugak..? Payah betul la... hehh...


Dari pengalaman aku la kan, sebenarnya kita boleh je 'nampak' gambar yang di post tu jika si empunya post tu set-kan gambar tu kepada Public.. Tak perlupun kita nak add dia ataupun dia add kita.. Kalau rasa nak kongsi gambar novel, bunga, kucing ataupun gambar lain yang takde unsur yang tak baik, rasanya tak perlulah nak setting Custom.. Biar je la gambar tu Public..


Lagipun awak kongsikan gambar tu ke dalam Group. So, kenalah set gambar tu kepada Public.. Apa hal pulak cuma friend awak je yang boleh nampak sedangkan ahli grup yang bukan friend awak tak nampak gambar tu..? Tak rasa janggal ke bila share gambar kat grup orang, pastu cuma geng-geng awak je yang boleh tengok..? Lain la jika gambar tu dimuat turun kat wall sendiri, barulah boleh Custom sebab friend yang ada dalam list kita tu belum tentu jujur.. Kang tak pasal-pasal dorang 'share' gambar peribadi kita kat merata-rata.. Bahaya woooo.... hehh...


Maksud aku kat sini ialah jika ada orang yang share gambar kat satu-satu grup yang kita join tapi kita tak nampak gambar tu sebab kita bukan friend dia, pastu dia suruh kita add dia baru boleh nampak gambar tadi, pada aku, aku abaikan aje.. Tak rajin aku nak add.. Kalau ko ikhlas nak share, tak payah nak suruh orang add ko melainkan ko ada tujuan tertentu.. 


Salah satu tujuan tertentu itu ialah bila dah add dan jadi friend, secara tak langsung dia dah boleh tengok apa yang ada kat wall kita.. Larat ke kita nak Custom semua benda kat wall kita lebih-lebih lagi jika mempunyai friend yang ramai..? Mentaliti orang kita, bila tak accept jadi friend, kita dianggap sombong dan bajet bagus...


p/s: Buruk sangka itu tak baik tapi curiga itu perlu ada untuk keselamatan diri sendiri.. Terpulang pada penilaian masing-masing.. Boleh borak-borak kat grup ataupun inbox jika ada masalah atau perbincangan.. Tak perlu nak jadi friend kepada semua orang yang ada dalam grup yang kita join tu.. 

2 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Inila kelemahan facebook..dan juga kelebihan.

Mungkin yang buat ada reason tersendiri..cuma, sebelum settingkan apa2, baik kita fikir dulu camna kalau org lain juga buat perkara sama kat kita.

Cik Azz said...

Salam Lana...

Sebab tu akak cakap, apa tujuan orang tu suruh kita add dia..? Tak kan la dengan hanya sekeping gambar, kita rela meng-add orang tersebut..?

Pada akak, tak kisahpun kalau orang tu setting gambar dia kat wall dia sendiri dengan niat berhati-hati dan menjaga privasi.. Tapi kalau setting kat grup pastu suruh orang add, rasa macam tak sesuai pulak..

Bila nak share kat grup, kita kena ingat bahawa apa yang kita share tu adalah untuk dikongsi bersama kawan2 kat grup tu.. Kalau masih ada rasa nak Private, so, jangan share gambar tu kat grup..

Itu je..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)