Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 25, 2013

Kecewa...

Assalamualaikum...

Kecewa...


Rasa kecewa sangat bila 'terbeli' novel yang tidak sempurna cetakannya. Aku dah selalu sangat dapat novel yang tak berapa nak 'lengkap'. Ada masanya muka surat novel tu melekat seperti tak dipotong dan ada juga yang potongannya tidak kemas dan bergigi. Tapi untuk novel sebegitu aku masih boleh bersabar. Takpe la, buat-buat tak nampak je la haiihh.. Malas nak berkira sangat.. As long as masih boleh baca, it's okay la.. 


Tapi bila dapat novel yang tulisannya kena potong sampai tak boleh nak baca, rasa kecewa tu makin mencanak naik sampai kepala rasa nak meletop.. Rasa rugi sangat bila beli naskhah yang sedikit 'cacat' ni.. Bukan satu dua muka surat yang tulisannya kena potong tapi lebih daripada itu.. Aku cuma tunjukkan tujuh muka surat je.


Tiada Dua karya Nurfaza Alisya terbitan Fajar Pakeer..


Aku dah hantar email kepada syarikat penerbitan novel ni. Menurut beliau, jika nak buku baru sebagai ganti, 'wajib' pos-kan dulu buku yang 'cacat' ni. Nak berurusan dengan kerja pos mengepos ni memang aku tersangatlah malas.. Tengok la kalau mood rajin tu melonjak naik baru aku buat kerja pos ni.. 


Buku ni aku beli kat kedai. Boleh pulangkan kat kedai tu jika ada resit.. Masalahnya, resit tu entah mana aku letak.. Lagipun buku ni dah agak lama aku beli.. Buku ni keluaran tahun 2012. Dah masuk cetakan kedua dah.


p/s:  Harap-harap orang lain tak 'terkena' macam apa yang kena kat aku.. Kalau ada yang 'terkena' tu, sila urut dada masing-masing... Sabar... Sabar.. Sabar... hehh...

3 Tukang Tembak:

Unknown said...

kak azz....ada gak kesilapan mcm gini kan? kalo gitu lepas beli kene cepat2 belek n resit pembelian tu kene simpan lek lok kan..huhuhu...

Cik Azz said...

Za>

Resit dah bagi kat kakak.. huhu..

Nak belek macam mana sebab novel sekarang ni semuanya berbungkus.. Pastu bila sampai rumah, bukannya terus baca.. Ada yang sampai berbulan-bulan tapi plastik tak bukak lagi..

Tinta Lana said...

Salam.

Aah la kak azz, mmg kecewa pun, saya pun pernah terbeli jugak buku/novel yang, tiba2 ada muka suratnya blank.

Mcm saya, salu beli kat book fair, bila nak tukar kena post la kan..satu keja plak. Salu beli yg kat bookfair la saya terkena kes cmni.

Tapi kalau tak menjejaskan jln citer, sya ok lagi..cuma ada satu dua tu, tgh kemuncak cerita, tiba2 hilang satu page kot, hohoho, bukan takat urut dada, urut kaki skali sy dibuatnya,ekeke

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)