Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 1, 2013

Sempurna tapi tak serasi...

Assalamualaikum...

Sempurna tapi tak serasi...

Antara kesempurnaan dan keserasian, aku lebih cenderung kepada keserasian..


Kenapa..?


Bagi aku, sebagai manusia biasa yang tidak punya apa-apa, yang punya banyak kekurangan dan dosa, kesempurnaan itu amat jauh untuk digapai.. Kita cuma mampu untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada.. Namun untuk menjadi lebih sempurna atau totally perfectionist, itu amatlah sukar.. Dan jika ada orang yang mengaku bahawa dia cukup sempurna dalam segala aspek, aku anggarkan bahawa orang itu sedang mendabik dada..


Justeru itu, aku memihak kepada keserasian.. Bagi aku, jika ada keserasian, di mana-manapun kita boleh hidup.. Campaklah ke ceruk mana sekalipun, jika kita serasi dan pandai menyesuaikan diri, segala-galanya akan menjadi mudah.. Insya-Allah..


Contoh paling mudah:

1- Ada orang yang tidak boleh menyewa rumah secara beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain dengan alasan tidak selesa dan takde privasi. Pada aku, jika kita pandai bawa diri, ini semua tidak menjadi masalah.. Kita kena belajar untuk serasikan diri kita dengan kawan serumah yang lain. Kecualilah jika kawan tadi bawak jantan masuk rumah tu, itu dah masuk bab lain..


Rumah yang sempurna dan besar, jika tiada keserasian di dalamnya, maka semuanya adalah sia-sia sahaja.. Hiburan kat luar juga yang akan dicari-cari.. Rumah yang kecil dan nampak tidak sempurna, jika ada keserasian di dalamnya, pasti ada keceriaan..


2- Ada orang jika menyidai kain baju di ampaian, dia akan pastikan sidaian itu mengikut barisan ampaian.. Setiap barisan ampaian khas untuk satu-satu jenis pakaian je.. Kalau barisan tu untuk kain batik, maka kain batik je yang penuh kat barisan tu dan lepas tu sidai kena betul-betul sama rata, tak boleh sebelah labuh atau senget. Terlalu mencari kesempurnaan hingga terpaksa menghabiskan masa kat satu kerja sahaja.. Lepas tu bersungut cakap tak cukup masa.. hmmm...


3- Sila berikan contoh yang lain, jika ada dan sudi berkongsi.. :)


Sampai macam ni sekali nak cari kesempurnaan... huhuhu..


Nak cari pasangan yang sempurna, memang tak akan jumpa punya la.. So, cari aje yang serasi di hati, pasti ada yang menanti.. Insya-Allah, kekal hingga hujung nyawa.. hehh... Kalau sempurna dalam segi kerja, mungkin banyak yang berjaya dan bergantung pada kerja masing-masing.. Tapi kalau kerja menjahit macam aku ni, ada kalanya kesempurnaan itu tidak membawa kepada keserasian.. Bila takde keserasian, bagaimana nak timbulkan keselesaan..?

Contoh, baju yang dijahit cantik sekali buatannya, namun bila dipakai, ianya tidak selesa, tak serasi di badan. Sama jugak macam baju ready made yang dibeli. Nampak sempurna sangat jahitannya tapi bila pakai, ketat sana la, longgar sini la, macam-macam  ada.. Jangan salahkan siapa-siapa. Anggap saja tiada keserasian di situ..


p/s: Ni sekadar pendapat dari orang yang tak sempurna.. hehh..

4 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Wahh akak..saya suka entry ni.. :)

Ada sesetengah perkara, mmg perlu cari kesempurnaan..walaupun kita sbnrnya taktau ukuran kesempurnaan tu mcmna..

Cth, dalam bab mengerjakan ibadat, lagi2 yg wajib spt solat n puasa, kita kena cuba buat sesempurna, dan sebaik mungkin..kalau ikut nak serasi diri sndiri..urmm, mana bleh kan..rsa2 nak puasa separuh hari, sbb puasa jenis tu serasi ngan diri, tak buat kita pening2..tak leh gitu..hehe.

Bleh pkai ke kak cth sya tu?hahaha

Tapi, bab pasangan, saya setuju ngan akk..cari yg serasi..agama pun ada menyeru, cari yg sekufu.. Tapi, angan2 tetap ada..dpt hensem2 kan seronok,ekekeke.

Cik Azz said...

Waalaikumussalam Lana..

Akak tak masukkan bab ibadat dalam entri ni sebab bagi akak semua orang memang mencari kesempurnaan dalam beribadat. Takut nanti tersalah tulis je.. Tak pasal-pasal nanti ada yang salah faham.. Bahaya tu.. huhuhu..

Jadi akak serahkan apa2 yang berkaitan dengan ibadat ni kepada para ilmuan yang sememangnya arif dalam bidang mereka..

gadisBunga™ said...

takde button like ke kat sini? suke lah!! nak share kat fesbuk ah! sebab point no 1 memang dah kene kat saya. mula nyewa kat umah besor 4 bilik, tapi tak best. takde soul. pindah masuk umah 2 bilik. serasi!

bab baju tu memang betul jugak. saya basuh baju la biasa asing asing. lembut dgn lembut. keras dengan keras. dulu lagi teruk. kaler gelap dengan kaler gelap aje. cerah dengan cerah. tapi memang banyak makan masa la kat situ. huhuhu~

contoh lain kan, daripada sibuk cari salah orang, konon orang punye keje tak perfect, apa kata kite bekerja bersama untuk melancarkan perjalanan keje. sama-sama untung.

firohar said...

ya..keserasian itu amat pntg dlm hidup berpasangn ni...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)