Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434H...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H...


Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk seluruh umat Islam walau di mana anda berada terutama sekali untuk kaum keluarga, sahabat handai, sanak saudara, tak lupa juga kepada semua para blogger serta pembaca blog aku ni..


Seperti biasa, ampun dan maaf yang dipinta daripada semua di atas segala salah silap baik dari segi tutur kata, perbuatan mahupun tulisan. Jangan simpan segala rasa sakit hati itu berpanjangan. Bimbang nanti makin lama hati makin membengkak.. huhuhu...


Entry pertama aku untuk Ramadhan 2009..
Masa ni baru je beberapa bulan bergelar blogger.. Baru je kenal dunia IT.. Tengok balik entry tu, kedudukan ayat dan gambar tunggang-langgang.. So, aku betulkan sikit bagi balance.. huhuhu...


Entry sempena Ramadhan 2011..
Masa ni kira dah okay sikit dari segi susun atur gambar dan ayat.. Kiranya ada la sikit kemajuan sebagai blogger picisan yang terpingggir ni... hehh..


Entry sempena Ramadhan 2012..
Masa ni dah pandai bermain dengan copy and paste.. Opppsss...!!!


Errr... Tahun 2010 takde entry sambut puasa ke..? Tak jumpa pulak.. Yang jumpa menu berbuka puasa je.. haha..


Muhammad (SAW) said: "When Ramadan comes, the gates of Paradise are opened, the gates of Hell are closed, and the devils are chained up.."


p/s: Kurangkan tayang gambar makanan waktu siang ni ya.. Tak bagus untuk pandangan mata.. hehe..

3 Tukang Tembak:

Angah said...

selamat berpuasa kak azz, semoga sihat walafiat

Acik Erna said...

assalam azz..tak boleh nak elak la azz..kok dah tak do idea tu..tayang gambar apo yang dimasak yo yang sonang e..he he

Tinta Lana said...

Salam.

Aah, betul..kurgkn tyg gambar mknn..ia salah satu cara menghormati bulan Ramadhan dan org yg berpuasa.. ^_^

Siap belek lagi kak entry lama..saya tah, ada ke tidak..sy pun tak ingat..ingat entry raya je,hehehe

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)